HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, March 14, 2011

Isu Banjir: Penduduk Kg. Rampayan teraniaya

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

12 Mac, Kg. Rampaian: "Mereka hanya berjanji, tetapi tidak pernah laksanakan", begitulah keluhan salah seorang penduduk yang tinggal di tebing Sg. Rampayan, Kota Kinabalu.

Dewan Pemuda PAS Sepangar baru-baru ini telah menziarahi salah seorang penduduk yang mendakwa kejadian banjir kilat sering melanda kampung mereka sehingga mengakibatkan kerugian harta benda. Kejadian banjir kilat ini sering berlaku sekiranya hujan lebat akibat dari dasar sungai yang sangat cetek dan laluan sungai yang sempit. Pada tahun lepas sahaja tiga atau empat kali kejadian banjir telah berlaku di kampung ini, kali terakhir ialah pada bulan Disember lepas.

Pengiran Hj. Hanafi Tajudin menunjukan paras air (banjir) yang dialami
oleh beliau setiap kali hujan lebat

Keadaan tebing sungai rampaian yang tidak di uruskan oleh pihak-pihak berwajib

Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, kejadian banjir kilat ini telah lama berlaku dan pernah juga meragut nyawa penduduk pada tahun 2005 yang lalu. Menurut beliau lagi, hampir 100 buah rumah disekitar Sg. Rampayan, Menggatal terlibat di dalam masalah ini. Walaupun telah dijanjikan lebih tiga penggal oleh wakil rakyat Karambunai untuk mengatasi masalah tersebut, namun sehingga kini tidak ada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara ini sebagai suatu isu yang sangat penting, kerana ianya melibatkan keselamatan penduduk dan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, DPP Sepangar menggesa agar pihak-pihak berwajib segera menyelesaikan masalah ini dan memastikan keselamatan nyawa dan harta benda masyarakat setempat terjamin.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD