Salam perjuangan..
Tajuk filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' pertama kali aku dengar melalui isteri aku, yang memaklumkan kepada aku bahawa ada sebuah filem epik baru akan ditayangkan. Sememangnya isteri aku mengetahu bahawa aku diantara mereka yang meminati filem-filem epik. Tanpa membuang masa aku terus melihat sedutannya di Youtube. Tanpa berselindung, dan secara peribadi aku memuji usaha KRU Studios di atas penerbitan filem ini. Aku juga pernah menukilkan tentang kehebatan yang terselindung dari filem-filem epik ini di dalam tulisan aku yang lalu (rujuk disini-mesti baca).
Hikayat Merong Mahawangsa, pertama kali aku bacanya ketika tingkatan 4 yang mana ianya aku perolehi melalui guru Bahasa Malaysia ketika itu. Membacanya sebenarnya sangat memboringkan kerana bahasa yang digunakan tidak merembes adrenalin untuk terus membacanya. Tapi hakikatnya, hikayat merong mahawangsa merupakan catitan-catitan sejarah yang mungkin ada kebenarannya dan mungkin banyak imiginasinya sahaja. Namun, apa yang penting ialah citra budaya yang ada di dalamnya adalah hasil penulisan bangsa Melayu (Nusantara). Oleh kerana itulah, aku berpendapat filem ini bakal mengangkat citra budaya bangsa Melayu-Nusantara.
Filem ini akan ditayangkan dipawagam pada sekitar bulan Mac ini. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan aku akan mendapatkan DVDnya untuk menyaksikan sendiri filem ini. Juga menantikan filem 'Empayar:Dendam Tamingsari'.
(p/s: ibarat kata aduka- sokong pada tajuk)
Nak tanya sikit, UMNO dah ada ka zaman epik-epik nie..? Sibuk nak kata Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu- Poorah)
No comments:
Post a Comment