HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, December 30, 2009

Kenangan 20an berlalu, Cabaran 30an menjelma


Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja dari sekarang. Mengikut kiraan Masihi, perubahan 2009 ke 2010 turut akan merubah angka usia kita. Saya merasakan tahun 2010 merupakan tahun perubahan yang sangat bermakna serta meninggalkan kesan mendalam di dalam diri. Menjelmanya 2010 beerti umur saya bakal mencecah 30 tahun. Rupanya telah separuh kehidupan saya di dunia ini telah saya habiskan.

Kenangan 20an berlalu

20an merupakan usia perubahan dari usia remaja ke usia dewasa. Kebiasaannya pada umur inilah seseorang akan mula menempuh alam pekerjaan. Pada usia ini jugalah seseorang itu biasanya mula mengenali erti percintaan sebenar sesama manusia dan seterusnya mendirikan mahligai perkahwinan. Juga pada usia ini jugalah kita mula belajar menjadi seorang suami dan ayah. Kenangan 20an bukan sahaja meninggalkan kenangan manis dalam sejarah kehidupan, tetapi turut meninggalkan kenangan pahit. Biarkanlah kepahitan itu berlalu dengan tangisan air mata keampunan dari tuhan yang Maha Pengasih.

Sekiranya umur belasan tahun, umur yang mendabakan masa bersama rakan-rakan sekolah, tetapi 20an membuka dimensi baru dalam erti persahabatan di kampus. Dari persahabatan sekadar mencari keseronokan kepada persahabatan yang diikat erti ukhwah islamiyyah.

Cabaran 30an menjelma

Terasa begitu cepat masa membawa pergi usia kita. Meningkatnya usia ini beerti, meningkatnya kematangan dalam kehidupan. Ini juga bermakna cabaran yang lebih besar bakal menunggu untuk diharungi. Terasa pada usia 30an inilah masa terbaik untuk sepenuhnya mencuruhkan perhatian dan kasih sayang kepada ibu tersayang. Namun apakan daya, moga dipanjangkan umur untuk kembali ke kampung halaman menemani keluarga yang telah lama ditinggalkan sejak bermula dari jihad ilmu hingga jihad lapangan umat.

30an juga bakal merubah langkah dalam perjuangan. Peningkatan usia juga, beerti peningkatan di dalam mengatur corak perjuangan. Hanya kematian yang mampu meragut semua cita-cita yang telah disasarkan untuk islam. Semoga Allah tetapkan hati dan semangat ke arah itu.

Selamat datang 1431 H..

Selamat Datang 2010 M!

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD