Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
20hb (ahad): Bersempena dengan Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Sabah pada sebelah siangnya, PKR Sabah telah menganjurkan Majlis Makan Malam Konvensyen PKR Sabah. Antara pimpinan pusat PKR yang turut serta pada majlis makan malam tersebut ialah YB Tian Chua, YB Zuraida dan Datuk Chua Jui Meng. Manakala antara pimpinan PAS yang hadir sebagai jemputan ialah Tn Hj. Aminudin Aling selaku timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Sdr Abd Hamid YDP PAS kawasan Putatan dan Sdr Amir Saifuddin selaku ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar. Turut serta pada majlis tersebut ialah wakil dari
Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, selaku pemidato utama terpaksa diganti dengan YB Tian Chua disebabkan masalah penerbangan DSAI yang ‘delay’. YB Tian Chua telah menyampaikan ucaptama dengan menekan bahawa inilah masa yang terbaik untuk melakukan perubahan kearah
Sebelum dari itu Datuk Chua Jui Meng turut memberi ucapan dengan menekan bahawa Pakatan Rakyat ingin membawa satu perubahan besar dari pelbagai aspek. Perubahan tersebut melibatkan fahaman perkauman, integriti, pendidikan dan ekonomi. Seterusnya antara perubahan besar akan dibawa ke Sabah ialah, pemberian royalti hasil minyak dan gas sebanyak 20% yang akan diberikan kepada kerajaan negeri Sabah sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah Malaysia.
Majlis berakhir yang pada pukul 11 malam tersebut turut membuat cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.
Penulis: Ketua Pemuda
No comments:
Post a Comment