Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
Oleh: almansur
2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan kini 2010 mengambil tempat. Seperti kebiasaan malam 31 Disember sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan masyarakat untuk menyambut ambang tahun baru. Kemeriahan sambutan ibarat satu pesta muda-mudi untuk bersuka-ria dan mencari kebebasan.
Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar (DPPKS) seiring dengan Pemuda PAS Pusat dalam melaksanakan 'Ziarah Kasih' di ambang tahun baru. Program yang diaturkan pada malam ambang tahun baru ini adalah bermatlamatkan untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan sedikit kefahaman tentang gejala yang merosakan generasi muda. DPPKS semalam telah bergerak dalam dua kumpulan utama iaitu di Pantai Anjung Lipat dan Padang Mardeka. Selain dari mengedarkan risalah, DPPKS juga mendekati remaja-remaja dalam usaha nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
Seperti kebiasaan, sambutan tahun baru di Sabah seringkali dicemari dengan unsur-unsur khurafat yang telah sebati dalam sesetengah masyarakat setempat. Upacara mandi membuang sial sering kali dikaitkan dengan sambutan tahun baru. Selain dari mandi, pelbagai objek dibuang ke laut dengan niat membuang sial agar tahun 2010 dilalui dengan lebih baik. Amalan seperti ini jelas bertentangan dengan Islam, yang mana Islam menuntut umatnya yakin kepada 'qada dan qadar' dari Allah s.w.t. Selain di Anjung Lipat, upacara buang sial juga turut di adakan di Tanjung Aru.
Selain dari itu, pergaulan bebas turut mencemari sambutan tahun baru, dimana rata-rata belia dan remaja yang hadir membawa bersama-sama pasangan masing-masing. Gejala sosial ini sekiranya tidak dibendung pastinya akan merosakan generasi akan datang. DPPKS yakin bahawa berleluasa amalan khurafat dan gejala sosial ini adalah akibat dari ketidak prihatinan kerajaan BN Sabah yang sambil lewa dan tidak berusaha ke arah menerangkan kesalahan serta amalan khurafat dikalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment