Salam perjuangan..
Semasa penulis dan family menjamu selera di 'Anjung Selera' (lokasi yang menyediakan gerai-gerai makan dan pemandangan yang indah di tepi laut) baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk membeli sebuah DVD filem terbaru Thailand. Mungkin sebelum ini filem-filem Thailand banyak memaparkan filem-filem seram dan aksi, namun tidak banyak dari filem-filem tersebut yang menarik perhatian penulis untuk menonton apatah lagi membeli DVD (pirate). Namun filem terbaru Thailand ini telah merembeskan hormon adrenalin penulis untuk membelinya dengan harga RM7. Filem Thailand yang penulis maksudkan adalah 'Queen of Langkasuka'.
Perkara pertama yang membuatkan penulis teruja adalah pada perkataan 'Langkasuka' dan keduanya 'costume' para pelakon filem ini yang memakai pakaian laksamana Melayu. Dua faktor ini telah menjadikan penulis terpaksa membazirkan duit sebanyak RM7 untuk memiliki DVD tersebut. Sejarah Langkasuka pernah kita pelajari semasa di sekolah menengah dahulu, untuk mengetahui tentang Langkasuka, pembaca boleh melihat DISiNI. Sekembali penulis ke rumah, terus penulis menonton filem tersebut yang mengambil masa hampir 2 jam. Memang seperti yang penulis duga, filem ini berlatar belakangkan kehidupan masyarakat melayu-hindu yang mengasaskan kerajaan Langkasuka. Selain dari struktur pemerintahan, masyarakat dan pakaian pembesar, suatu budaya yang di paparkan di filem ini juga adalah seni mempertahankan diri (persilatan) dikalangan panglima ketika itu (sekiranya berkesempatan penulis ingin menulis artikel tentang 'silat').
Penulis tidak berhajat untuk mengulas sipnosis filem tersebut atau ingin mempromosi kepada pembaca tentang filem tersebut (pembaca boleh melihat sipnosis filem tersebut DISINI). Tetapi apa yang penulis inginkan ialah, 'bermuhasabah' tentang apa yang pernah penulis katakan sebelum ini melalui tulisan yang lalu, iaitu 'Filem Malaysia: Kenapa tidak mengangkat martabat bangsa'.
Akhirnya Thailand telah memulakan langkah awal untuk menerbitkan filem berunsurkan 'Epik' dan 'Sejarah', dan penulis yakin bahawa mereka akan terbit lagi filem-filem selepas dari ini. Sedangkan penggemar dunia perfileman Malaysia masih lagi berbangga dan berkhayal dengan filem bertaraf 'Bohsia'.
Seperti kebiasaan mana-mana filem yang dihasilkan, ianya tidak akan terlepas dari agenda mengangkat mana-mana bangsa atau agama. Seperti juga filem 'Kingdom of The Heaven', yang mengisahkan penaklukkan kembali 'Salehhuddin Al-Ayubbi' ke atas Kota Palestin, telah memaparkan kesatriaan 'Pejuang Kristian'. Maka begitu juga filem 'Queen of Langkasuka', filem ini memaparkan kehebatan Siam semasa zaman keagungan pemerintahan Langkasuka.
Pada saat ini penulis mula berangan, alangkah baik sekiranya Malaysia mampu menerbitkan sebuah filem 'Epik' dan 'Sejarah' kerajaan-kerajaan Melayu Tua yang pernah memerintah dengan Syari'at Islam sebagai teras pemerintahan (sejarah membuktikan bahawa kesultanan Melayu pernah meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan). Oh.. Alangkah indahnya dapat menyaksikan filem tersebut.
3 comments:
saya setuju dgn anda
terlambat menonton Queen Of Langkasuka, tapi saya bersetuju dengan komen penulis. Filem siam memaparkan kehebatan melayu (walaupun itu di zamn pemerintahan melayu-hindu), filem melayu pula lebih senang menagungkan bangsa luar dan bak saudara kata, filem bertaraf bohsia. Sekarang saya menanti filem buah tangan KRU 'Hikayat Merong Mahawangsa' untuk melihat kehebatan anak melayu kita dalam menceritakan kehebatan bangsa Melayu. Tapi awal2 saya dah berasa sedikit kecewa bila hero filemnya hanya berdarah sedikit melayu dan dibesarkan dalam budaya bukan melayu...
terima kasih..
Post a Comment