HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, April 12, 2009

Antara I.C dan Penderitaan

Petang tadi penulis berkesempatan untuk bersama-sama dengan sebuah NGO Islam menziarahi pesakit di Hospital Queen, Kota Kinabalu. Program ziarah hospital ini merupakan program rutin NGO-NGO Islam di Sabah pada setiap hujung minggu. Walaupun program ini kelihatan remeh, tetapi kesannya adalah amat besar kepada dakwah Islam. Ini adalah kerana, diketahui umum bahawa gereja-gereja di Sabah sentiasa melaksanakan program ziarah ini di hospital-hospital seluruh Sabah.

Ziarah pada kali ini, penulis telah dipertemukan dengan seorang pesakit yang bernama Ishraf bin Abdullah. Beliau baru berumur 13 tahun, namun oleh kerana penyakit yang beliau hadapi, tubuh badan beliau tidak lagi normal seperti kanak-kanak lain. Menurut kakak saudara beliau, pada umur 10 tahun beliau pernah terjatuh dan ini mengakibatkan bahagian abdomen beliau membengkak. Keadaan tersebut membuatkan beliau amat sukar untuk tidur apatah lagi untuk bermain seperti kanak-kanak yang lain. Beliau juga sering mengalami kesesakan nafas akibat dari pembengkakan yang dialami pada bahagian abdomen beliau.

Adik Ishraf sedang cuba menjamah bubur yang akhir tidak berselera untuk menelannya

Apabila penulis bertanya kepadanya, Adakah pembedahan akan dilakukan bagi memulihkan keadaan? Beliau menjawab, Ya.. tetapi tidak tahu bila.. Ini membuatkan penulis berasa ingin tahu kenapa. Rupa-rupanya beliau tidak mempunyai I.C. Pada umur 9 tahun beliau telah ditinggalkan oleh ibu bapa beliau kepada saudara mereka disini tanpa apa-apa maklumat diri. Seterusnya penulis bertanya, kenapa tidak usahakan I.C untuk Ishraf? Kakak saudaranya menyatakan bahawa, ibu saudarannya sedang mengushakannya, namun masih belum mendapat apa-apa keputusan.

Hati penulis sungguh tersentuh.. sampai bilakah adik Ishraf ini harus menghadapi kesulitan dan penderitaan ini. Penulis dapat menyaksikan dihadapan mata penulis sendiri apabila beliau hendak makan bubur nasi. Beliau menunjukkan seolah-olah sangat lapar dan berkehendakan untuk makan, tetapi apabila menyuap bubur 3 suap, terus beliau tidak lagi berselera.. Sebelum pulang penulis berjanji untuk membeli 'game' kepada beliau bagi menghilangkan kebosanan beliau di hospital, untuk makluman beliau tidak tahu membaca kerana tidak pernah bersekolah.

Sepanjang perjalanan pulang, pelbagai persoalan bermain di benak hati penulis.. Adakah semata-mata kerana I.C menjadikan adik Ishraf terpaksa menderita 3 tahun berulang alik ke hospital dan menelan segala kesakitan ini...? Atau mungkin kah ini hanya sekelumit kisah penderitaan insan yang tidak mempunyai I.C di Sabah..?

4 comments:

albelurani said...

semoga ia menjadikan kita lebih menghargai kesihatan yang ada dan dengan nikmat sihat itu kita gunakan untuk manfaat kepada mereka yang memerlukan. Ana tak bersama dengan antum tadi, keletihan sebab hari ini ada kelas. Teruskan memberi manfaat untuk insan - insan yang memerlukan...

albelurani.blogspot.com

albelurani said...

semoga ia menjadikan kita lebih menghargai kesihatan yang ada dan dengan nikmat sihat itu kita gunakan untuk manfaat kepada mereka yang memerlukan. Ana tak bersama dengan antum tadi, keletihan sebab hari ini ada kelas. Teruskan memberi manfaat untuk insan - insan yang memerlukan...

albelurani.blogspot.com

Kunak Blogger said...

Masalah IC di Sabah memang susah hendak dihuraikan, Sedangkan emak atau bapa ada IC pun kekadang anak susah nak buat IC, Tanyala saudara Mutalib MD pasal IC nii..

pemudaislamsabah.blogspot.com

gopenghagen said...

pnderitaan yg saudara nukilkan adalah sekelumit dari masalah yg dialami oleh sejumlah besar anak2 di sabah. bukan setakat tidak mempunyai IC, hatta sebuah negara yg mengiktiraf kewujudan mereka juga tidak dipunyai..


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD