HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, April 20, 2009

Minda Melayu masih Ortodok dengan UMNO?

Salam perjuangan..

Saidina Umar pernah berkata:
"Kita dimuliakan Allah s.w.t dengan Islam, tetapi sekiranya kita meninggalkan Islam, maka nescaya kita pasti akan dihina oleh Allah s.w.t."

Perjuangan PAS untuk meletakkan Islam sebagai teras kepada kehidupan sebenarnya masih jauh perjalanannya. Namun cahaya-cahaya kemenangan itu kadang kala kelihatan dan kadang kala malap di dalam kegelapan jahiliyyah. Namun sekiranya kita membandingkan perkembangan Islam pada 60an dahulu dan kini, sebenarnya kebangkitan dan kesedaran tersebut telah ada. Cumanya sudah menjadi sunnah kepada perjuangan, semakin kuat kehendak kepada Islam, maka semakin kuatlah penentangan terhadapnya. Penulis cuba meletakan ikon PAS sebagai tanda aras penerimaan masyarakat kepada Islam, ini bermaksud penerimaan masyarakat terhadap pendekatan PAS memberi erti penerimaan masyarakat terhadap sistem Islam.

Pada era 60an-90an, jarang sekali untuk kita melihat orang bukan Islam untuk bersama-sama berdiri teguh di belakang PAS. Malah masyarakat bukan islam memandang serong terhadap PAS, dengan menganggap PAS sebagai sebuah parti kampung. Pada era tersebut juga golongan muda masih kurang memberi sokongan terhadap PAS melainkan pada tahun 80an ketika era Revolusi Iran, namun ianya tidak memberi impak yang besar kerana orang bukan Islam masih memandang sepi terhadap PAS.

Tranformasi atau keberalihan masyarakat kepada PAS bermula semasa zaman reformasi yang membawa kepada pemecatan DS Anwar Ibrahim. Namun disebabkan ketika itu, kefahaman masyarakat terhadap PAS hanya bersandarkan semangat dan bukan atas dasar ilmu, ditambah lagi penguasaan media massa yang sering menghentam PAS di dalam isu negara islam dan hudud membuatkan orang bukan Islam kembali dingin terhadap PAS. Kekeliruan orang bukan Islam terhadap Islam ditambah lagi dengan kejadian tragedi 11 Sept yang merupakan kemuncak kepada fitnah terhadap Islam, yang akhirnya meninggalkan kesan kepada PAS yang juga membawa imej Islam di dalam lanskap politiknya. Tragedi ini membuatkan orang bukan islam menyimpan pandangan serong terhadap Islam melalui istilah 'Islamfobia'.

Tahun 2008 menyaksikan masyarakat di Malaysia sudah berubah, walaupun tidak 100% tetapi tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakankan perubahan masyarakat Malaysia kepada memahami Islam melebihi 50%. Inilah yang sebenarnya membuatkan UMNO sangat berasa bimbang. Penguasaan media alternatif menjadikan maklumat tentang Islam mudah disampaikan dan seterusnya dapat menyangkal segala tohmahan dan fitnah terhadap Islam. Keberalihan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap Islam (PAS) jelas kelihatan dan ianya tidak dapat disangkal oleh sesiapa lagi. Ini jelas dilihat dari komitmen PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PAS dalam menerajui beberapa buah negeri. Peranan Kelab Penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS telah menaikkan imej PAS ke persada nasional.

Sekarang mari kita lihat PAS dizaman 60an-90an dan membandingkan PAS pada kedudukan sekarang. Penulis ingin membahagikan perbandingan ini kepada bahagian berikut:-

a) Masyarakat bukan Islam (40% 50% 60%)
b) Golongan muda (40% 50% 60%)
c) Orang Melayu (40% 50% 60%)

Tulisan hijau merupakan pandangan pribadi penulis terhadap kecenderungan masyarakat terhadap PAS. Asas penting kepada titik perubahan ini, bagi penulis ialah KUALITI KEPIMPINAN.

Bagi orang Melayu sengaja penulis tidak letakkan kecenderungan, ini kerana penulis inginkan para pembaca membuat andaian tersendiri terhadap kecenderungan golongan ini.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD