
Perkara pertama yang membuatkan penulis teruja adalah pada perkataan 'Langkasuka' dan keduanya 'costume' para pelakon filem ini yang memakai pakaian laksamana Melayu. Dua faktor ini telah menjadikan penulis terpaksa membazirkan duit sebanyak RM7 untuk memiliki DVD tersebut. Sejarah Langkasuka pernah kita pelajari semasa di sekolah menengah dahulu, untuk mengetahui tentang Langkasuka, pembaca boleh melihat DISiNI. Sekembali penulis ke rumah, terus penulis menonton filem tersebut yang mengambil masa hampir 2 jam. Memang seperti yang penulis duga, filem ini berlatar belakangkan kehidupan masyarakat melayu-hindu yang mengasaskan kerajaan Langkasuka. Selain dari struktur pemerintahan, masyarakat dan pakaian pembesar, suatu budaya yang di paparkan di filem ini juga adalah seni mempertahankan diri (persilatan) dikalangan panglima ketika itu (sekiranya berkesempatan penulis ingin menulis artikel tentang 'silat').

Akhirnya Thailand telah memulakan langkah awal untuk menerbitkan filem berunsurkan 'Epik' dan 'Sejarah', dan penulis yakin bahawa mereka akan terbit lagi filem-filem selepas dari ini. Sedangkan penggemar dunia perfileman Malaysia masih lagi berbangga dan berkhayal dengan filem bertaraf 'Bohsia'.

Pada saat ini penulis mula berangan, alangkah baik sekiranya Malaysia mampu menerbitkan sebuah filem 'Epik' dan 'Sejarah' kerajaan-kerajaan Melayu Tua yang pernah memerintah dengan Syari'at Islam sebagai teras pemerintahan (sejarah membuktikan bahawa kesultanan Melayu pernah meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan). Oh.. Alangkah indahnya dapat menyaksikan filem tersebut.
3 comments:
saya setuju dgn anda
terlambat menonton Queen Of Langkasuka, tapi saya bersetuju dengan komen penulis. Filem siam memaparkan kehebatan melayu (walaupun itu di zamn pemerintahan melayu-hindu), filem melayu pula lebih senang menagungkan bangsa luar dan bak saudara kata, filem bertaraf bohsia. Sekarang saya menanti filem buah tangan KRU 'Hikayat Merong Mahawangsa' untuk melihat kehebatan anak melayu kita dalam menceritakan kehebatan bangsa Melayu. Tapi awal2 saya dah berasa sedikit kecewa bila hero filemnya hanya berdarah sedikit melayu dan dibesarkan dalam budaya bukan melayu...
terima kasih..
Post a Comment