Salam perjuangan..
Peralihan kepimpinan PM baru-baru ini tidak sedikit pun menambat hati penulis untuk mengikutinya, malah berasa sedih di atas peralihan kuasa ini kerana jatuh ke tangan pemimpin yang masih tercalar dengan pelbagai skandal dan kes rasuah.
Baru-baru ini ketika hendak bersolat asar di sebuah surau, penulis di sapa oleh Abu Akhriah (seorang usahawan yang bejaya di Negeri Sabah). Beliau bertanya kepada penulis, apa maknanya apabila DS Najib membebaskan tahanan ISA. Penulis menjawab ringkas, "nak tunjuk baik". Lantas beliau membalas kepada penulis, "sebenarnya dia ingin mempertontonkan kuasanya kepada rakyat". Perbualan penulis terhenti setakat itu kerana ingin ambil air wuduk'.
Setelah sehari berlalu, penulis cuba berfikir dan merenung kembali pandangan dari Abu Akhriah semalam. Apabila difikirkan secara luaran, memang kita akan melihat seolah-olah strategi DS Najib ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah PM yang baik hati. (namun sejarah ini sebenarnya hanyalah ulangan lakonan sandiwara politik semata-mata, cuba buka kembali sejarah ketika mula-mula Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi PM dahulu). Kembali kepada topik tadi, sebenarnya tindakan DS Najib membebaskan tahanan ISA adalah kerana ingin mempertontonkan kepada rakyat bahawa beliau adalah 'King Maker' dalam menentukan segala-galanya.
Fahamkah kita bahawa ISA digunakan untuk menahan sesiapa yang didapati mengancam keselamatan negara (sebenarnya UMNO/BN). Rakyat terpaksa turun naik mahkamah semata-mata untuk mendapatkan perintah mahkamah (hebeous corpuse) semata-mata untuk menafikan penahanan ISA. Rakyat terpaksa melutut dihadapan SUHAKAM semata-mata ingin membebaskan saudara mara yang teraniaya di Tahanan ISA. Rakyat terpaksa berhempas pulas, mencari jalan membantu ahli keluarga tahanan ISA yang menderita. Tetapi dengan begitu mudah apabila seorang yang bernama Najib ini atas status Perdana Menteri, tidak sampai 2 minit memutuskan untuk membebaskan tahanan ISA (tidak semua).
Apakah makna semua ini..?
hakikat kezaliman UMNO/BN boleh dirungkai disini: http://siasahdaily.blogspot.com/2009/04/7-tahun-menunggu-suami-bebas-isa-tetapi.html
2 comments:
Pembebasan tahanan ISA hanya sendiwara dan lakonan sementara sahaja... jom teruskan perjuangan hapuskan ISA.
albelurani.blogspot.com
UMNO/BN tidak pernah kenal erti perdamaian dan keadilan..
Post a Comment