Sebenarnya, telah lama penulis berhajat untuk melakarkan kisah perjuangan Datu Mat Salleh di dalam blog ini. Malah sejak penulis hadir ke bumi Sabah ini 4 tahun yang lalu, telah menjadi harapan dan hasrat penulis adalah menjejaki sejarah perjuangan Datu Mat Salleh. Alhamdulillah, ketika pulang dari Jambori Amal di Keningau baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk menziarahi tapak kubu pejuang Datu Mat Salleh. Kubu Datu Mat Salleh, kini telah dijadikan memorial untuk tatapan generasi akan datang. Lokasi kubu @ memorial ini berada di daerah Tambunan, di Kampung Tibabar. Kehadiran penulis ke lokasi tapak kubu ini, mengimbau kembali segala sejarah yang pernah penulis saksikan suatu ketika dahulu di television. Kehebatan dan keberanian Datu Mat Salleh yang berasaskan keimanan kepada Allah telah membuatkan penulis berasa hormat kepada perjuangan beliau. Walaupun kubu beliau sudah tiada lagi, tetapi kedudukan lokasi bukit yang menjadi kubu pertahanan beliau, menggambarkan beliau seorang yang bijak memilih lokasi pertahanan. Beliau bukan sahaja memiliki kehebatan seorang yang berstrategis, tetapi beliau juga merupakan seorang pemimpin tempatan yang boleh diterima oleh semua suku kaum di Sabah ketika itu.
Disebelah kubu pertahanan Datu Mat Salleh terdapat sebuah lagi kubu pertahanan pengikut beliau. Kehadiran penulis ke tapak kedua kubu ini, didapati masih ada peninggalan bekas kubu tersebut. Ini membuatkan penulis berasa sangat puas kerana masih dapat menyaksikan kisah sejarah hebat ini melalui peninggalan-peninggalan ini. Kejatuhan kubu ini membuatkan pertahanan Datu Mat Salleh menjadi goncang dan akhirnya jatuh ke tangan penjajah. Selain dari itu kekakalan Datu Mat Salleh ini juga adalah akibat dari pembelotan sebahagian daripada suku kaum yang bersama-sama Datu Mat Salleh. Kejatuhan kubu pertahanan beliau pada 1 Feb 1900 ini menyaksikan penjajah telah dapat menguasai Negeri Sabah ini 100% tanpa apa-apa lagi penentangan dari penduduk dan pimpinan setempat (pedih dihati penulis mengenangkannya). Maklumat mulut yang penulis terima, mayat Datu Mat Salleh tidak ditemui, dan sehingga kini tidak seorang pun tahu dimana kubur Datu Mat Salleh. Semoga roh beliau dan pengikutnya diterima sebagai sebahagian daripada syuhada-syuhada yang mempertahankan tanah air dari penjajah kafir.
Bersama ini juga penulis sisipkan 'Memorial Penjajah' di Kundasang yang juga penulis berkesempatan untuk mengunjunginya sebelum ini. Penulis tinggalkan persoalan ini kepada rakyat Sabah, di antara kedua-dua memorial ini, yang manakah yang menjadi kebanggaan anda sebagai rakyat Sabah?
Berikut adalah sebahagian gambar yang dapat penulis rakamkan semasa di Memorial Datu Mat Salleh.
Penulis bergambar di tugu pengkisahan perjuangan Datu Mat Salleh
.
.
Gambar bahagian dalam Memorial Datu Mat Salleh
.
.
Kubu pengikut Datu Mat Salleh disebelah bukit @ kubu Datu Mat Salleh
1 comment:
Lanun Sabah... Datang cuma merompak n menghancurkan kampung2 orang lain.
Post a Comment