HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, July 17, 2010

Perjalanan terakhir seorang Ustaz..

Salam perjuangan..

Ketidak kesepatan memerah fikiran untuk menulis membuatkan beberapa artikel yang ingin dinukilkan tidak berkeupayaan untuk saya tuliskan. Walaupun sebenarnya terlampau banyak idea serta isu nak dicurahkan ke dalam blog ini, namun kesesuaian waktu dan kesihatan agak tidak mengizinkan. Sehinggakan, pelancaran 'Boikot Berstrategi' yang sepatutnya dilancarkan semalam (jumaat) terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah ianya akan tetap dilancarkan..

Kesempatan ini, sekadar ingin saya menulis tentang kenangan yang masih segar di fikiran bersama Allahyarham Ustaz Hj Nahar sebelum ianya luput dari ingatan ini. Sebetulnya saya tidaklah serapat dengan beliau sebagaimana rakan-rakan atau teman-teman yang lain. Namun ada juga secebis kenangan yang dapat saya kongsikan bersama beliau.

Perkenalan saya dengan Ust, hanya melalui dua cara sahaja. Pertama melalui mimbar masjid negeri dan kedua melalui kedai 'fresh mart' yang beliau buka di depan rumahnya. Melalui mimbar masjid saya mengenali beliau sebagai iman besar masjid negeri dan seterusnya pernah beberapa kali mendengar khutbah beliau semasa di Masjid Negeri Sabah. Khutbah beliau yang jelas berterus terang dan menyatakan yang hak, membuatkan beliau telah di 'gam' dari membaca khutbah. Beberapa tahun lepas, pernah mas'ul saya di universiti dahulu sampai di Sabah dan berkesempataan solat jumaat di Masjid Negeri. Pada sebelah malamnya ketika saya berkesempatan keluar minum bersama beliau, beliau bertanyakan kepada saya siapakah khatib solat jumaat siang tadi. Kerana katanya, beliau seolah-olah sedang mendengar khutbah di masjid di Kelantan.

...

Perbualan rasmi saya bersama arwah hanya dua tahun yang lepas apabila saya bercadang ingin membuka 'charity shops' kelolaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah. Perbualan kami di masjid Kg. Likas selepas solat asar itu, seterusnya membuatkan Ust Nahar membawa saya ke perkarangan rumah beliau untuk menunjukkan lokasi yang beliau sediakan secara percuma untuk membuka 'charity shops'.

Perkenalan saya lebih rapat apabila beliau terlibat secara langsung di dalam Yayasan Amal Malaysia. Beberapa aktiviti seperti bantuan barangan keperluan kepada penduduk miskin serta program ibadat korban telah bersama-sama saya ikuti bersama beliau. Saya juga berkesempatan mengatur kuliah magrib beliau di Masjid Kg. Melayu Delima yang berlangsung setiap malam selasa.

Ianya bertambah rapat rapat setelah beliau mula bergerak di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kedudukan beliau sebagai YDP PAS kawasan Sepanggar (penaja) dan saya sebagai orang yang berperanan membantu beliau dalam urusan jamaah membuatkan saya sering berhubung dengan beliau. Saya berjanji dengan beliau untuk membuka cawangan pemuda dalam masa terdekat dan berhasrat ingin menjemput beliau merasmikannya.

Pertemuan terakhir saya bersama beliau adalah semasa mengikuti kursus ToT di Kundasang. Sepanjang 2 hari tersebut saya berada disebelah beliau. Saya sempat berbincang dengan beliau tentang satu email dari penduduk Kg.Rampaiyan berkenaan masalah mereka mengenai tanah dengan pemaju Alam Mesra. Beliau berjanji untuk berjumpa dengan penduduk kampung, dan meminta untuk saya mengaturkan pertemuan tersebut. Itulah perbincangan terakhir saya bersama Allahyarham..

11 Julai 2010 (ahad) jam 11.30 pagi selesai mesyuarat JPN negeri, 12 Julai 2010 (isnin) jam 11.00 pagi saya menerima berita pemergian beliau.. alfatihah..

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD