Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan sahaja mengambil masa hampir 6 jam. Menurut urusetia program, tapak program yang diaturkan adalah di suatu kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik.
Mengenang kembali program sebegini semasa di kampus dahulu, membuatkan hati berasa seperti kembali ke zaman tersebut. Walau apapun, semoga perjalanan pergi dan balik selamat dan memperoleh kekuatan untuk terus berjuang.
'Tamrin' dijelmakan di dalam semangat menegakkan keadilan
p/s: Teringat kata-kata kekanda Hisyamuddin (YDP Keningau), "Tian Chua, walaupun tak pernah bertamrin tetapi semangat perjuangannya mengalahkan pemuda yang semangat bertamrin". Fikir-fikirkan.. Selamat Bertamrin Pemuda Sabah..
No comments:
Post a Comment