30 Jan: Jabatan Amal Negeri Sabah sekali lagi telah membuktikan semangat 'Beramal kerana Allah'. Bertempat di Kota Marudu seramai hampir 50 orang anggota yang terdiri unit amal kawasan Sepanggar, unit amal kawasan Kota Belud dan unit amal kawasan Kudat telah turun ke kawasan mangsa banjir di Kg. Marudu, Kota Marudu.
Sumbangan barang keperluan yang terdiri daripada beras, pakaian terpakai serta buku.
Setibanya di kawasan kejadian, apa yang jelas kelihatan ialah timbunan pasir di jalan-jalan raya akibat daripada limpahan air sungai berdekatan. Juga kelihatan tebing-tebing sungai yang terhakis. Menurut penduduk setempat, banjir pada kali ini adalah antara yang paling teruk kerana melibatkan kemusnahan harta benda.Bergerak ke kawasan yang dilanda banjir
Laluan jalan yang dipenuhi dengan timbunan pasir yang dibawa oleh arus banjir
Bantuan yang terdiri daripada beras dan pakaian terpakai telah di sampaikan kepada mangsa banjir dengan dibantu oleh penduduk setempat serta mendapat kerjasama yang baik dari pihak JKKK. Anggota jabatan amal telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan utama. Kumpulan pertama ditugaskan untuk membersihkan masjid, manakala kumpulan kedua dan ketiga telah ditugaskan untuk menyampaikan bantuan.
Menurut Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah, saudara Amirul Saifuddin Sulaiman, kehadiran jabatan amal adalah bagi memenuhi tanggunjawab kemanusiaan di atas musibah yang telah berlaku di beberapa buah kampung di Kota Marudu. Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak seberapa, namun apa yang penting ialah sikap tolong menolong di dalam menghadapi musibah adalah yang terpenting. Menurut beliau lagi, misi kali pertama ini merupakan satu ujian kepada anggota amal diseluruh Sabah agar bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa bagi membantu mangsa bencana pada masa-masa akan datang.
Kesempatan ini Jabatan Amal Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan serta segala bentuk sumbangan yang telah disampaikan. Semoga ianya dikira sebagai amalan soleh untuk bekalan di akhirat kelak.
Lagi gambar sekitar misi bantuan.
Keadaan lopak air akibat limpahan sungai berdekatan
No comments:
Post a Comment