Keputusan menteri besar Perak hanya akan diketahui kurang sejam sahaja dari sekarang. Mengikuti perkembangan di Perak (kes mahkamah) membuatkan diri dilanda delima sama ada ingin meletak harapan atau membiarkan begitu sahaja apa yang bakal berlaku.
Andai di lihat dari sudut perjuangan, kami anak negeri Perak tidak sesekali akan menyerah kalah. Selagi nyawa dikandung badan dan selagi maruah menyelimuti diri, selagi itulah doa dan harapan tidak sesekali dapat dipudarkan. Teruskan perjuangan DS Nizar dan Pakatan Rakyat, kami anak Perak diperantauan akan terus mendoakan kejayaan bersama.
-almansur-
Anak jati Perak
No comments:
Post a Comment