Majlis diadakan di sebuah bangsal yang dibuat sendiri oleh masyarakat yang juga dijadikan kelas KAFA.
Kg. Mustika, Sook merupakan kampung pilihan pertama untuk projek ini. Kampung yang terdiri daripada 20 keluarga ini hanya bergantung semata-mata dengan sumber air hujan. Mereka terpaksa meredah perjalanan berkilometer untuk mencari sumber air sekiranya hujan tidak turun lebih dari seminggu. Keperitan ini diluahkan oleh ketua kampung mereka iaitu Ust Sufian Abdullah, yang menyatakan bahawa sejak kampung ini dibuka dengan rasmi pada tahun 2003 dan sebenarnya telah diterokai dari tahun 70an lagi, tidak pernah mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau NGO yang hadir mendengar rintihan dan keluhan mereka.
Menurut beliau lagi, kesediaan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah turun padang untuk membantu penduduk sangat-sangat dialukan serta menepati sasaran. Beliau juga melahirkan rasa sedih kerana kerajaan tidak mampu untuk membela nasib penduduk disini walaupun setelah lama menghadapi masalah sumber air.
Pada majlis perasmian tersebut, Tn. Hj. Khairan Untoh yang juga pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah melahirkan rasa bersyukur, dan berharap semoga dengan adanya sumber air ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t dengan menyempurnakan ibadat kepadaNya. Seterusnya pada majlis tersebut, Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah juga telah menyampaikan sumbangan beras, gula dan keperluan harian kepada 10 keluarga miskin di kampung tersebut.
Turut hadir bersama pada rombongan tersebut ialah Ust. Mohd Ridhuan Othman selaku setiausaha Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah, Pn. Noor Rafidah Abd Hamid selaku Naib Pengerusi 3 Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah dan sdra Nadir An Nuri Kamarulzaman selaku wakil dari Persatuan Siswazah Sabah.
gambar sepanjang program
Perjalanan ke ke Kg. Mustika, Sook.
Sumbangan keperluan harian kepada penduduk
Naib Pengerusi 3 (Pn. Noor Rafidah Abd Hamid) bergambar bersama kaum ibu
Sumbangan yang sangat bermakna buat penduduk kampung
Sumber air bawah tanah untuk keperluan penduduk.
Sumber air bawah tanah untuk keperluan penduduk.
Rombongan YAM cawangan Sabah bergambar bersama sebahagian penduduk
Laporan disediakan oleh:
Mohd Saifuddin Ahmad
Biro Latihan dan Pembanggunan Sumber Manusia
Koordinator Projek 'Gravity Water Supply'.
2 comments:
Assalamu 'Ala Man Ittaba' al-Huda.
Tahniah kerana kejayaan tuan dan rombongan. Setiap suatu perkara itu tentu ada hikmahnya. Setiap yang baik maupun yang kurang baik, bahkan hidup dan mati adalah ujian jua dari Allah swt.
Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kekurangan kita. Amin. Katalah amin!
Apa-apapun layarilah laman blog. Terima kasih kerana menyiarkan ulasan ini dan tahniah jika melayari dan membacanya:
http://surah-al-kahfi.blogspot.com/
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/
Alhamdulillah, terima kasih..
Semoga kita diberi kekuatan untuk terus beristiqamah.
Saya juga berminat dengan apa yang terdapat di dalam blog saudara.
Sekiranya berkesempatan, boleh kita berjumpa untuk saya lebih memahami apa yang saudara tuliskan.
-almansur-
Post a Comment