Salam Takziah buat Ayahanda MOHD HAMDAN ABD RAHMAN. Segala perjuangan yang ayahanda tinggalkan akan kami galas demi generasi akan datang.
...............................................................................................................................
Selamat Hari Pahlawan
Salam perjuangan..
Pahlawan merupakan gelaran kepada insan yang banyak menabur pengorbanan. Kesusahan, penderitaan, penyeksaan, darah dan air mata adalah teman bagi mereka yang bergelar pahlawan. Maka bukan semudah ucapan yang diberikan "Selamat Hari Pahlawan" kerana nilai pengorbanan mereka yang bergelar pahlawan tidak mampu dinilai dengan ucapan dan harta benda.
Pengorbanan Rasulullah, sahabat & generasi dahulu.
Melihat bagaimana penghulu segala nabi menyelusuri jalan dakwah, sebetulnya amat memberi keinsafan kepada kita selaku insan diakhir zaman yang menerima nur islam melalui tangan-tangan pendakwah yang telah mengalirkan air mata dan darah. Berapakah nilai Islam yang kita anuti sekarang jika dibandingkan dengan penderitaan generasi-generasi terdahulu di dalam membina empayar akidah?
Pengorbanan pahlawan tanah air
Setelah tanah air yang bernama 'Tanah Melayu' dijajah hampir 400 tahun, umat ini telah dihina oleh satu kaum yang mungkin datang hanya untuk memiliki kekayaan dan misi menyelewengkan akidah umat. Ramai pahlawan yang telah mengorbankan segenap jiwa raga semata-mata untuk memelihara maruah dan kedaulatan tanah air. Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Mat Kilau, Mat Salleh dan yang lain-lain merupakan insan yang bergelar pahlawan tanah air. Darah kepahlawanan mereka diteruskan oleh generasi terkemudian sehinggalah negara mencapai kemardekaan. Antaranya pasukan polis, tentera, homeguard dan penduduk tanah melayu yang tidak pernah gentar dengan kemaraan musuh.
Pengorbanan Ulama' dan Da'ie.
Disebalik kebangkitan yang berpaksikan akidah ini, jiwa-jiwa pahlawan ini telah disuntikan dengan semangat jihad oleh para ulama'. Antaranya ulama' yang telah banyak menabur jasa ialah Tok Janggut, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Kenali dan lain-lain lagi. Peranan mereka di dalam kemardekaan tanah air telah menjadi lakaran sejarah dan tidak mampu dinafikan lagi oleh mana-mana pihak.
Segala pengorbanan ini, blog islamreturn ucapkan 'Selamat Hari Pahlawan'. Kepada pejuang keadilan dan kebenaran, teruskan usaha kalian untuk membenam kezaliman sehingga Allah dan Rasul menjadi panduan umat.
No comments:
Post a Comment