Salam perjuangan..
Bulan Mac yang lalu, saya agak terkejut apabila menerima panggilan dari Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) yang mengatakan ingin hadir ke Sabah untuk misi Jelajah Dakwah. Bukan saya tidak pernah menguruskan aktiviti sedemikian, tetapi bila melibatkan artis dan memakan masa hampir seminggu, risau juga dibuatnya. Maka bermulalah otak kurnian Allah ini memikirkan apakah program yang perlu diaturkan untuknya. Antara program yang tidak dapat saya rancang adalah konsert di 'Padang Mardeka' Bandar Kota Kinabalu. Itu adalah antara cita-cita saya untuk mengadakan konsert nasyid besar-besaran di Sabah. Kepulangan saudara Nasirin ke Semenanjung membantut seketika idea tersebut. Namun, Alhamdulillah beberapa program berjaya juga di aturkan untuk beliau dengan dibantu oleh sahabat-sahabat dari Jabatan Amal, Yayasan Amal dan Persatuan Siswazah Sabah. Berikut adalah program yang diaturkan:
Konsert di Sekolah Agama Bukit Padang
Tarikh: 21 Julai 2009
Masa: 8.30 mlm
Konsert di Sekolah Menengah Teknik
Tarikh: 22 Julai 2009
Masa: 8.30 mlm
Majlis Makan Malam Amal
Tarik: 24 Julai 2009
Masa:8.30 mlm
Selain dari itu, juga diaturkan beberapa program kemasyarakatan di Kg. Kindu, Tuaran, Kg. Luanti serta sekitar Ranau dan sekitar daerah Tambunan. Beberapa kuliah magrib dan subuh juga diaturkan antaranya di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah.
Kehadiran beliau bersama-sama Ust Akhwan (pengurus motivasi ADNIN) menambahkan lagi kerancakan usaha dakwah di bumi Sabah. Ust Akhwan yang sememangnya terkenal dengan aktiviti-aktiviti seperti Jelajah Ramadhan dan Program Korban Amal sebelum ini. Semoga usaha sekecil ini akan menyemarakan lagi perkembangan dakwah di bumi Sabah, InsyaAllah.
-beberapa gambar akan saya masukan dalam masa terdekat-
wuzere: Semalam tidur lewat siapkan 'Slide Show' Yayasan Amal Malaysia Sabah bersama-sama dengan saudara Maslin (ahli kelab Islah Politeknik). Nantikannya untuk dilancarkan malam nanti..
No comments:
Post a Comment