Aktiviti Dakwah Melalui Ziarah Kebajikan
Sumber: http://raudhatuljannah-mujahidah.blogspot.com/
menyusuri jalan ke Kg. Timbang
KOTA BELUD, 13 Mei: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Belud meneruskan
aktiviti dakwah melalui ziarah kebajikan masyarakat Kota Belud. Pada
kali ini, DMPKKB berkunjung ke rumah penduduk Kg. Timbang yang
majoritinya penduduk kadazan/dusun bukan Islam. Ini menunjukkan bahawa
Islam tidak memilih kaum dan bangsa untuk berdakwah dan memberikan
sumbangan.
Pada petang itu, ahli DMPKKB bergerak menuju ke rumah ketua kampung
untuk bertanyakan tentang latarbelakang kampung dan mencari penduduk
yang kurang berkemampuan (miskin/ ibu tunggal/ sakit dll) yang boleh
diziarahi. Malangnya ketua kampung tidak ada di rumah.
Walaubagaimanapun, isterinya memberikan kejasama yang baik.
Nenek Sumping terbaring sakit ditemani adiknya
Cerita punya cerita, rupanya dua orang nenek yang disangka beragama
'pagan' ini asal usulnya Islam tetapi hanya mereka sendiri tidak tahu
mereka Islam. Ini kerana mereka hidup dalam masyarakat bukan Islam dan
tidak pernah mempelajari Islam, bahkan anak-anak mereka semua menganut
agama Kristian. Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk kembali
kepada Islam dan mengamalkannya sebelum terlambat.
rumah nenek Sumping
Akhirnya, muslimat pulang dalam suasana hujan lebat dengan perasaan
terharu dan berazam akan kembali untuk mengajarkan Islam agama tauhid
kepada mereka. Insya' Allah...semoga Allah mempermudahkan urusan
menegakkan kalimah tauhid.
No comments:
Post a Comment