Salam perjuangan..
Politik UMNO sememangnya penuh dengan sifat kemunafikan.
Isu kehadiran Irshad Manji menjadi buah perbualan kebelakangan ini kerana hasrat beliau yang ingin memasuki Malaysia (yang akhirnya beliau berjaya).
Persoalannya sekarang...
Siapa yang lepaskan dia (Irshad Manji) di Imigesen..? Ohh.. tak mungkin DAP kot.. Selepas dibenarkan masuk JAKIM melalui menteri Hal Ehwal Agama melalak nak cegah buku Irshad Manji disebarkan, sedangkan dia dah lancarkan buku tersebut. Nah.. jelas konspirasi 'UMNO-Munafiq' sedang memperbodohkan umat Islam. Keadaan seperti ini dirancang seolah-olah menunjukan UMNO sedang berusaha membendung gejala LGBT dari menular.. tetapi sebaliknya menjadi penaja kepada golongan ini untuk terus bergembira (dengan kemasukan tokoh LGBT- Irshad Manji).
Namun, pada hakikatnya mereka ada kuasa untuk menahan dia dari memasuki Malaysia.. Untuk itu, sekian kalinya saya katakan sekali lagi bahawa.. 'UMNO parti MUNAFIQ'.
Lakonan UMNO/BN hanya untuk mengaburi mata masyarakat
Pernah ada seorang teman berkata kepada aku, "Kau percayakah tangkapan polis kepada pengedar-pengedar dadah di Malaysia". Aku bertanya kembali kepada beliau, kenapa soalan itu ditanya kepada aku. Lantas beliau menjawab "Yang ditangkap itu hanya budak suruhan yang menjadi kambing hitam, sedangkan Big Boss mereka sebenarnya dilindungi" Aku tercengang dengan tuduhan yang berat itu..
..........................................................................
Namun berita dibawah ini ada kebenarannya..
Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/
Serbuan rumah urut hanya 'wayang'?
(Selepas menaiki black maria ini ke mana mereka. Kenapa tiada berita mereka didakwa atau dihantar pulang ke negara asal?)
Percambahan rumah urut khususnya diSelangor pada hari ini menjadi isu
hangat dan diperkatakan serta telah menjadi cerita politik.
Tambahan pula, kemunculan rumah urut ini bukan sahaja di bandar-bandar utama tetapi telah menular ke pekan-pekan kecil.
Sebahagiannya berselindung di sebalik nama pusat refleksologi. Hakikatnya mereka menjalankan kegiatan pelacuran.
Sebahagian besar pekerja seks ini dibawa dari China sama ada secara rela atau paksa.
Pada
masa yang sama, setiap hari rakyat Malaysia dapat melihat di kaca
televisyen pihak berkuasa khususnya pihak polis dan imigresen bertungkus
lumus menyerbu tempat-tempat berkenaan.
Namun, walaupun pihak berkuasa bekerja siang dan malam, kegiatan tersebut tidak pula berkurang, malah semakin banyak.

Pelbagai
persoalan timbul yang memerlukan siasatan dan jawapan. Antaranya,
selepas diserbu dan ditahan, ke manakah para pelacur ini di bawa? Adakah
mereka dihantar pulang ke negara asal? Adakah pemilik premis atau
perniagaan ini didakwa di mahkamah?
Hal ini kerana, walaupun
telah diserbu dan disita beberapa kali, rumah urut yang sama akan
beroperasi semula seperti biasa tidak lama selepas itu. Seolah-olah
mereka ini kebal undang-undang atau pihak berkuasa tidak
bersungguh-sungguh bekerja.
Beberapa tahun yang lalu, saya pernah
melihat suatu operasi bersama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
pihak polis menyerbu dan merampas DVD lucah dan cetak rompak. Operasi
yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut disertai media cetak dan
elektronik.
Saya dan seorang rakan lagi yang kebetulan bersarapan
di sebuah gerai tidak jauh dari lokasi operasi. Kami cuma melihat
kejadian itu dan masing-masing berkata tindakan memang wajar.
Pada
sebelah petangnya kami makan di gerai yang sama, namun mendapati kedai
yang diserbu oleh PBT dan polis pada pagi tersebut telah beroperasi
semula.
Untuk memastikan bahawa perkara itu, sebaik selesai
makan, kami lalu di hadapan kedai tersebut dan mendapati memang benar
taukeh yang sama telah meneruskan perniagaannya.
Kami saling
berpandangan dan saya tertanya-tanya dengan tindakan lanjut akibat
serbuan pada paginya. Beberapa hari selepas itu, ketika menonton sebuah
rancangan televisyen, maka disiarkan cerita tentang kejayaan pihak
berkuasa menyerbu dan menumpaskan sindiket pengedaran DVD lucah dan
cetak rompak.
Secara spontan saya ketawa besar menonton “wayang
gambar” yang lihat itu. Masakan tidak, peristiwa ini menimbulkan banyak
persoalan daripada jawapan.
Apakah tujuan serbuan ini dibuat dan
disertai pihak media? Adakah pihak kerajaan mahu menunjukkan bahawa
agensi di bawah mereka memang bekerja siang dan malam membanteras
jenayah.
Hakikatnya semua itu hanya untuk mengabui mata rakyat.
Sebagai rakyat, saya berasa tertipu dengan lakonan tersebut. Tiada
apa-apa tindakan susulan dibuat.
Tiada pendakwaan di mahkamah
dan tiada apa-apa yang berlaku luar daripada kebiasaan – perniagaan
mereka berlangsung seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Oleh
itu, tidak mustahil perkara yang sama berlaku terhadap rumah urut dan
pusat refleksologi yang hangat diperkatakan oleh kerajaan UMNO-BN
melalui media mereka.
Hal ini kerana, tiada pula berita tentang taukeh rumah urut ini didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Tiada
pula berita tentang penghantaran kembali semua pelacur yang ditahan
itu. Atau, mungkinkah mereka ini kembali menyambung tugas selepas usai
lakonan yang tersiar di kaca TV.
(Ke mana mereka selepas ini)
Jika hal yang demikian berlaku, patutlah semakin banyak rumah urut dan pusat refleksologi bercambah di negara ini.
Sepatutnya,
semakin banyak serbuan dan tangkapan dibuat semakin berkuranglah tempat
tersebut. Namun, yang berlaku adalah sebaliknya.
Malah, ada pusat maksiat ini hanya beberapa kilometer dari balai polis dan telahpun diserbu beberapa kali.
Dalam hal ini, saya berasa simpati terhadap anggota-anggota penguatkuasaan yang terpaksa bekerja siang dan malam.
Mereka
menjadi tunggangan pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya kerajaan
Umno-BN. Penat lelah yang dilakukan hanyalah untuk tujuan politik.
Mereka
menjadikan berita ini sebagai alat untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Sebenarnya, mereka sendiri tidak bersungguh-sungguh menghapuskannya.