Selama beberapa hari ini aku berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur kerana ada urusan. Seharian berada di kota raya ini, mengenangkan kembali nostalgia semasa zaman sekolah dahulu. Keindahan malam dinikmati dalam suasana yang berbeza mengikut citarasa masing-masing. Namun keindahan ciptaan tuhan hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang ikhlas mencari cinta Agong dari Nya, manakala bagi mereka yang mencari keseronokan dikala malam, hanya akan menikmatinya sementara sahaja. Begitulah resam kota raya.
Antara jamaah yang hadir bersolat terawih di Masjid Jamek Kuala Lumpur
Aku mengambil kesempatan ini untuk bersolat magrib-isya (jamak) di Surau Pudu Raya dan Teraweh di Masjid Jamek. Keadaan surau Pudu Raya kini telah berubah wajah dan memberi keselesaan kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah dan berehat melepas lelah berbanding dahulu. Kisah mengenai Pudu Raya pernah aku paparkan disini. Namun ibarat kata pepatah 'rumah siap, pahat masih berbunyi' begitulah yang dialami oleh penghuni sebenar Pudu Raya terutamnya peniaga.
Kesempatan ini juga aku ambil untuk menjejaki kisah-kisah nostalgia zaman remaja, kerana sudah lebih 13 tahun sebenarnya aku tidak singgah di 'Kota Raya' dan 'Central Market'. Biasalah zaman-zaman remaja dahulu, bersama kawan-kawan, inilah tempat-tempat persinggahan, selain dari 'Lot 10', 'Sogo', 'Daya Bumi', 'Dataran Mardeka' dan lain-lain.
Keindahan Menara Maybank diwaktu malam (menara yang menjadi saksi tuntutan rakyat terhadap pilihanraya yang Bersih dan Adil)
Kemeriahan sambutan ramadhan jelas kelihatan di pintu masuk Masjid Jamek Kuala Lumpur
Berbuka di salah sebuah hotel di tengah-tengah kota raya
...................................................................................
Aku biarkan nostalgia lama berlalu, namun sekarang dan 20 tahun akan datang 'Kota' ini akan menjadi saksi bahawa aku pernah menentang sang penguasa yang zalim (BERSIH 2.0).
Hidup! Hidup!.. Hidup Islam! Hidup! Hidup!.. Hidup Rakyat! Hancur! Hancur!.. Hancur BN!
No comments:
Post a Comment