HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, August 21, 2011

Bicara Nurani: Biarkan isterimu bersama Tuhannya!

Oleh: Waridah Lothpi


Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.” Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: “(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.” Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”
(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Wahai suami-suami sekalian! Kasihanilah isteri anda. Selamatkanlah dia dari neraka jika anda benar-benar menyayanginya.

Caranya?

Berikanlah sedikit masa dan kelapangan untuknya bersama dengan Tuhannya. Sesekali cuba ambil alih beban tugasnya yang membukit itu.

Kahwin sama-sama.

Cari duit sama-sama.

Jaga anak dan buat kerja rumah?

“Awak jagalah anak tu…abang tak pandai la,”kata sesetengah suami.

“Abang tak pandai basuh pinggan, pinggan tu berat!” alasan entah apa-apa.

Kalau para suami sekalian sudi-sudikan diri untuk membantu, barulah mereka akan faham betapa banyaknya kerja isteri. Tak habis-habis sampai akhirat!

Kerjanya biasa-biasa sahaja. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, memasak, selesaikan urusan anak-anak, leraikan pergaduhan anak-anak dan senarai itu berterusan. Walaupun kerjanya nampak mudah, tapi ia masih memakan masa. Setelah selesai semuanya, isteri pun sudah hampir kehilangan nyawa, tiada daya lagi untuk bersunyi-sunyi dengan Tuhan.

Kalau suami merasakan mereka perlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk memantapkan diri sebagai khalifah, isteri apa kurangnya. Perlu juga kekuatan itu untuk mendepani rutin sehari-hari yang menekan. Mendidik anak, mudahkah? Tentu sahaja tidak. Orang yang mendidik itu sendiri perlu stabil fizikal, mental dan emosinya untuk menghadapi kerenah anak-anak yang kadangkala di luar jangkaan itu.

“Alah yang, yang tahu kan…kalau abang pergi beribadah ni, yang pun dapat pahala sama macam abang. Kan untung tu! Pahala banyak, apalagi, masuk syurga lah!”hujah si suami.

Oh, malang sekali jika masih ada yang berfikiran begini. Beribadah hanya untuk mendapat pahala? Itu mentality kanak-kanak sekolah rendah. Apakah jika tidak dijanjikan pahala dan syurga, maka kita tidak mahu melakukan ibadah? Pahala yang diberi adalah ganjaran dari Allah yang Maha Pemurah.

Tujuan ibadah itu sendiri sangat besar.

Ibadah, terutamanya solat, sangat berkesan membentuk hati dan perilaku sekiranya roh solat itu dapat dirasai. Terasa kehebatannya menjalar di setiap saraf dan gerak nadi. Tidak ada yang lebih membahagiakan bagi mana-mana manusia selain daripada kesempatan bercakap dan mengadu pada Tuhannya. Solat yang berkesan akan membentuk sangka baik yang tinggi pada Tuhan.

Namun demikian, ada sesetengah isteri terpaksa bersolat dengan kepayahan. Mampu khusyukkah jika terpaksa menahan kepala yang senget kerana telekung dipijak anak? Boleh tenangkah jika anak-anak saling bergusti di sebelah?

Para suami sekalian,
Letakkan diri anda di tempat isteri, fahami dan empati kepenatannya. Biarkan dia bersama Tuhannya tanpa gangguan. InsyaAllah anda sendiri akan teruja dengan transformasi baik isteri hasil dari solat dan ibadahnya yang berkesan itu. Dia akan lebih cemerlang melayan keperluan anda dan anak-anak, insyaAllah!

Wallahu a’lam.

Penulis seorang graduan dari UTHM

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD