HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Friday, July 1, 2011

TERKINI: Pemuda yang memakai baju kuning ditahan di Kota KInabalu (update)

Berita yang baru aku terima, beberapa orang pemuda yang memakai baju kuning telah ditahan di Kota Kinabalu sebentar tadi. Mereka telah dibawa ke balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu.

Antara Pemuda PAS Sepangar yang hadir bagi memberi sokongan moral kepada yang ditahan

Ketua Pemuda PAS Sabah (dua dari kiri) dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah (dua dari kiri)

Kehadiran pemuda PAS dan PKR di IPD Karamunsing memberi sokongan kepada mereka yang ditahan

Bergambar bersama Hj Ansori (peguam)

Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu ketika memberi kenyataan media

p/s: Aku mendapat bisikan dari teman-teman yang berada di IPD yang menyatakan, ada diantara anggota polis yang merungut banyak kes-kes jenayah yang belum selesai tetapi mereka terpaksa di sibukkan dengan tangkapan 'baju kuning'.

Laporan Harakahdaily

KOTA KINABALU, 2 Julai: Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata ketua pemuda, Lahirul Latigu. “Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah," tegas Lahirul. Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10  pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.

Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK. Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.

Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka ditangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning. “Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja. “Saya tidak berpakaian Bersih malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju Bersih 2.0," kata Zaiem.

Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.

Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.

1 comment:

Abu Uwais said...

dulu takut HIJAU, la ni takut KUNING pulak...


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD