Muhasabah diri di dalam mengharungi konflik..
Mari kita meniti kembali khazanah 'khulafa al-rashidin' kerana disana kita akan dipertemukan pelbagai siri tauladan yang begitu bermanfaat. Khazanah yang menyimpan kisah suka dan duka kedua sahabat Rasulullah s.a.w ini sebenarnya patut menjadi rujukan kepada kita sebagai muhasabah di dalam landasan perjuangan. Mereka ialah Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.
Era khalifah Uthman r.a dan khalifah Ali r.a merupakan period yang begitu tragis buat sekelian umat menatapnya. Amat malang sekiranya jiwa kita tidak terusik apabila membuka lembaran kisah mereka. Secara pribadi, saya pasti akan mengalirkan air mata ketika membaca kisah kedua sahabat ini.
Kepada sekelian sahabat, kenalan dan para pembaca blog ini, andai kiranya anda berpeluang mencari naskah kisah hidup kedua sahabat ini, bacalah.. dan kepada saudara ahli jamaah yang bakal menjadi perwakilan, sekiranya cadangan Tn Guru Nik Aziz diterima, jadikan sirah kedua sahabat ini sebagai bekalan..
Tulisan ini saya catatkan atas apa yang berlaku sekarang, buat renungan bersama..
No comments:
Post a Comment