"Negara akan mundur 20 tahun kebelakang bagi setiap projek yang bermasalah" itulah ucapan yang terpancul dari mulut seorang kawan saya ketika bersarapan sebentar tadi.
Menurut beliau lagi "Bagi setiap projek yang gagal, maka pertambahan kos 3 kali ganda perlu keluarkan oleh kerajaan, iaitu pertama kos pembaik pulih, kedua kos pembinaan semula, ketiga kos pembanggunan seterusnya"
Saya tidak banyak mengulas pandangan rakan saya ini, cuma sekadar memberi beberapa contoh tentang apa yang beliau katakan itu. Antara projek yang menyebabkan negara akan mundur 20 tahun kebelakang ialah:-
1. Pembinaan Hospital Queen, Kota Kinabalu yang terbengkalai.
2. Pembinaan Makmal Komputer sekolah yang bermasalah (beberapa tahun lalu).
3. Isu kerugian projek PKFZ.
4. Pembatalan projek jambatan Malaysia-Singapura.
Mungkin itu hanya sekadar secebis dari kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat dari projek yang tidak diurus dengan baik, malah ditelah dicemari oleh gejala rasuah.
Mungkinkah Malaysia akan mundur 20 tahun kebelakang..? jawapannya ada di dalam minda anda..
No comments:
Post a Comment