Pengalaman sejarah telah mengajar kita tentang mengapa kejatuhan Tanah Melayu ditangan penjajah. Penulis pernah melontarkan pandangan tentang perkara tersebut sebelum ini (lihat DISINI). Sejarah seharusnya menjadi pengajaran kepada umat Melayu tentang kekalahan mereka dalam mempertahankan tanah air suatu masa dahulu. Sekiaranya kita lihat, penjajah pada ketika itu merupakan suatu kuasa yang kuat, tetapi kita tidak menafikan juga bahawa para pejuang Melayu pada ketika itu memiliki semangat jihad yang tinggi serta berkemampuan untuk menghalau penjajah keluar dari bumi Tanah Melayu. Tetapi dimanakah silapnya? Ays Syahid Dol Said dan Ays Syahid Mat Salleh merupakan contoh kekalahan pejuang dalam mempertahankan tanah air. Sekali lagi penulis bertanya, dimanakah silapnya?
Silapnya ada pada PERJANJIAN. Lihatlah bagaimana Ays Syahid Dol Said dan Ays Syahid Mat Salleh mengadakan perjanjian dengan penjajah ketika mana mereka memenangi beberapa peperangan dengan penjajah. Mereka menyangka dengan memenangi beberapa kali peperangan, menandakan penjajah sudah mengalami kekalahan mutlak (lemah). Silap! Inilah silapnya, mengadakan perjanjian damai dengan pihak yang kuat. Musuh yang disangka lemah sebenarnya menyediakan jarum-jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan pejuang, yang akhirnya membuatkan mereka mengalami kekalahan ditangan penjajah. Penulis meletakkan teori perjanjian dengan pihak musuh seperti berikut:-
1. Ketika musuh kuat.
Perjanjian hanya bagi meredakan keadaan untuk mencari kekuatan.
2. Ketika musuh terdesak.
Jangan sesekali mengadakan rundingan damai.
3. Ketika musuh lemah.
Adakan perjanjian damai yang rapuh.
4. Ketika musuh lumpuh.
Adakan PERJANJIAN DAMAI
Persoalan yang ingin penulis lontarkan disini, diperingkat manakah UMNO berada?
UG: Bahaya peluru yang tersasar
Pada pandangan penulis, polimik profesonal vs ulama merupakan isu yang dicipta oleh musuh. Oleh itu seluruh anggota jamaah perlulah berhati-hati di dalam membicarakan persoalan ini. Rentak dan gendang musuh janganlah menjadi tarian kita. Jika tidak, pasti kita akan lemah dan kucar-kacir. Dalam membicarakan soal UG, isu pokok yang seharusnya diselesaikan, bukannya ranting-ranting yang yang dibicarakan.
Contohnya, persoalan pokok di dalam isu UG ini adalah idea penubuhannya, maka bincanglah isu tersebut dengan semangat ilmiah dan persaudaraan. Tetapi janganlah yang diserang itu 'ulama' atau 'profesional' atau 'aktivis'. UG adalah pokok kepada timbulnya pelbagai polimik sekarang. Maka pada pandangan penulis, selagi peringkat atasan (pimpinan) tidak menyelesaikannya, maka banyaklah lagi peluru yang tersasar. Umpamanya di dalam sesuatu peperangan, bila anggota kucar-kacir, peluru yang tersasar ini tidak lagi mengenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Itulah bahaya peluru yang tersasar.
No comments:
Post a Comment