HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, June 4, 2012

Pemuda PAS Sabah: Orang Kita Mesti Beralih Dari 20 Perkara Kepada Perjanjian Malaysia 1963

Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/

Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?

Jika dulu 20 Perkara ini diketagorikan sebagai isu sensitif, sekarang tidak lagi. Orang kita sudah menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu kita perjuangan.  Walau bagaimanapun penulis dikhabarkan bahawa Perjanjian 20 Perkara/perkara 20 ataupun 20 Perkara sebenarnya tidak wujud. Bahkan tiada dokumen sah. Pada awalnya penulis hanya diam kerana tidak mendapat timeline yang jelas tentang khabar tersebut  ketika  mendengar taklimat tentang sejarah Sabah di pejabat Pemuda PAS Sabah. Pernah juga penulis bertanya kepada beberapa orang yang terlibat dalam politik, dah rata-ratanya menerima 20 Perkara wujud.



Namun, dalam kenyataan bertentangan daripada dua orang pemimpin BN khabar itu mula muncul di dada akhbar. Salleh mengatakan ’20 Point no longer valid’ dan ini mengundang kemarahan orang kita. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Salleh, Ongkili mengatakan bahawa ‘20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila’. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu
“20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan,"
Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula yang tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut.
"Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara itu yang boleh kita perjuangankan. Yang dimasukkan di dalam wikipedia pun cuma perjanjian Malaysia 1963. Jika dikatakan 20 Perkara sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14. Ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi.

Disamping perkara-perkara di dalam 20 perkara yang mesti disemak kembali oleh rakyat Sabah, contohnya Perkara 7: Hak Menarik Diri iaitu hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada. (bagaimana wujud sebuah 'perkahwinan' yang tidak boleh 'bercerai'?)

Maka, 20 Perkara tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Jika masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya 20 Perkara, sila buktikan di manakah dokumen tersebut?

Pemuda PAS Sabah mengajak kita untuk beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas dan mesti kita perjuangkan.  Tinggalkan 20 Perkara yang kerana BN sendiri menolak kewujudan dan kita beralih kepada perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).

Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan untuk ke arah itu telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO Tempatan. Ditegaskan bahawa Pemuda PAS (Sabah) tidak berhasrat untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia, tetapi menuntut hak-hak kita. Nantikan satu demi satu pendedahan daripada pemuda PAS Sabah. - Ikhwan Nain

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD