Sumber: http://ikhwannain.blogspot.com/
Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen 
yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya 
Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian 
Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20?
Jika dulu 20 Perkara ini diketagorikan sebagai isu sensitif, sekarang 
tidak lagi. Orang kita sudah menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu 
yang perlu kita perjuangan.  Walau bagaimanapun penulis dikhabarkan 
bahawa Perjanjian 20 Perkara/perkara 20 ataupun 20 Perkara sebenarnya 
tidak wujud. Bahkan tiada dokumen sah. Pada awalnya penulis hanya diam 
kerana tidak mendapat timeline yang jelas tentang khabar tersebut  
ketika  mendengar taklimat tentang sejarah Sabah di pejabat Pemuda PAS 
Sabah. Pernah juga penulis bertanya kepada beberapa orang yang terlibat 
dalam politik, dah rata-ratanya menerima 20 Perkara wujud.

 

 
Namun, dalam kenyataan bertentangan daripada dua orang pemimpin BN 
khabar itu mula muncul di dada akhbar. Salleh mengatakan ’20 Point no 
longer valid’ dan ini mengundang kemarahan orang kita. Lantas Dr. 
Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan 
Salleh, Ongkili mengatakan bahawa ‘20 Perkara Sah & Relevan sampai 
bila-bila’. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan 
yang sama iaitu 
“20
 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik 
pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, 
tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi 
mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh 
IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta 
Perlembagaan Persekutuan,"
Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa
"Datuk
 Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 
20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, 
Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom.
Petikan dalam laman Wikipedia pula yang tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut. 
"Perjanjian
 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang 
dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara 
bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura 
membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri
 Sabah. Penerimaan 
perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan
 Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja."
Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat 
hitam putih berkaitan perkara itu yang boleh kita perjuangankan. Yang 
dimasukkan di dalam wikipedia pun cuma perjanjian Malaysia 1963. Jika 
dikatakan 20 Perkara sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa 
Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14. Ia masih belum ada asas yang 
jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya 
laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi.
Disamping perkara-perkara di dalam 20 perkara yang mesti disemak kembali oleh rakyat Sabah, contohnya 
Perkara 7: Hak Menarik Diri iaitu 
hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada. (bagaimana wujud sebuah 'perkahwinan' yang tidak boleh 'bercerai'?)
Maka, 20 Perkara tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Jika masih ada pihak yang 
berkeras tentang wujudnya 20 Perkara, sila buktikan di manakah dokumen 
tersebut?
Pemuda PAS Sabah mengajak kita untuk beralih kepada sesuatu yang 
benar-benar mempunyai asas dan mesti kita perjuangkan.  Tinggalkan 20 
Perkara yang kerana BN sendiri menolak kewujudan dan kita beralih kepada
 perjanjian Malaysia 1963 
(sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan).
Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang
 sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. 
Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan 
perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. 
Beberapa pelan tindakan untuk ke arah itu telah pun dirangka secara 
bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO Tempatan. Ditegaskan bahawa 
Pemuda PAS (Sabah) tidak berhasrat untuk 
membawa Sabah keluar daripada Malaysia, tetapi menuntut hak-hak kita. 
Nantikan satu demi satu pendedahan daripada pemuda PAS Sabah. - 
Ikhwan Nain