Masa depan milik Islam..
HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)
Sunday, January 29, 2012
Saturday, January 28, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Kemeriahan Tahun Baru Cina diraikan bersama oleh Pemuda PAS Sepangar
Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
21hb Januari (Inanam): Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini telah mengedarkan buah limau sebagai tanda persaudaraan terhadap masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Pekan Inanam telah menjadi lokasi edaran buah limau pada kali ini. Rata-rata masyarakat cina yang ditemui terkejut dengan kehadiran pemuda PAS serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya PAS sebagai sebuah parti Islam.
Pada kesempatan ini juga PAS kawasan Sepangar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini mendatangkan kemenangan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya.
Gambar sekitar edaran buah limau

 Pemuda PAS Sepangar bersedia untuk mengedarkan buah limau
 Berdoa memohon keberkatan di atas usaha yang dilaksanakan
Menyampaikan buah limau kepada pengunjung restoran
 Salah seorang masyarakat Tionghua yang menerima buah limau dari pemuda PAS Sepangar
Monday, January 23, 2012
BR1M bakal mengundang padah pada UMNO/BN
Rata-rata rakyat kini menunggu janji BN untuk memberi 'wang saku' seperti yang dinyatakan oleh PM ketika pembentangan 'Bajet Pilihanraya' baru-baru ini. Tidak kiralah samaada rakyat kebanyakan, pelajar sekolah, kakitangan awam, bahkan mahasiswa juga menuntut janji tersebut. Secara zahirnya, kita akui bahawa pemberian itu mampu memberi sedikit senyuman pada mereka, tetapi pada hakikatnya ianya umpama racun yang sedang meresapi jangka hayat UMNO/BN.
Mana tidaknya, pemberian baucer pada mahasiswa kini dijadikan bahan tukaran wang untuk mereka enjoy malah ada yang melelongnya di internet. Manakala, rakyat pula terpaksa bersusah payah hadir ke majlis-majlis penyerahan BR1M sehinggakan ada yang menunggu berjam-jam, malah ada yang kecewa apabila nama mereka tidak tersenarai dalam pemberian sumbangan tersebut.
Jelas segala apa yang berlaku kini memperlihatkan bahawa kerajaan UMNO/BN berada pada hujung usia, kerana apa yang mereka cuba laksanakan umpama 'adhoc decision' yang mengundang bencana kepada mereka sendiri.
Mari kita tunggu dan saksikan peristiwa seterusnya yang bakal berlaku dari BR1M ini nanti..!
 Berbaris panjang (sumber)
Hingga ada yang pengsan

Thursday, January 19, 2012
Ugutan dari Pengerusi Masjid ada kaitan dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim ke Kota Kinabalu
Salam perjuangan..
Pagi tadi ketika bersarapan pagi bersama bro KP Sabah dan ketua penerangan pemuda, aku ditunjukan dengan SMS dari Pengerusi Masjid di salah sebuah masjid di Sepangar. Isi SMS tu boleh dibaca dibawah, namun apa yang mengecewakan aku ialah, beginikah cara urus tadbir masjid sehinggakan takut pada banyang-bayang UMNO/BN. Mampus UMNO..!
Pemberian BR1M di Semporna kecoh
Juga berita yang aku perolehi, pemberian wang BR1M di Semporna kecoh serta pemimpin UMNO yang hadir dimalukan apabila kehadiran rakyat labih dari 10000orang, tetapi yang menerimanya sumbangan hanya 3000orang sahaja. Betulkah berita tersebut..? hanya teman-teman di Semporna yang boleh menjawabnya.. rujuk disini. Mungkin inilah yang dikatakan "manusia merancang tipu daya, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu lah yang terbaik"

SMS yang diterima

Tuesday, January 10, 2012
SETENGAH HARI BERSAMA YB DS MOHD NIZAR
Sumber: http://abunuha.wordpress.com/

Catatan santai oleh : Mohd Jubirin (melalui emel) & foto oleh Abu Nuha.

Catatan santai oleh : Mohd Jubirin (melalui emel) & foto oleh Abu Nuha.
Selesai bersarapan pagi 31 Disember 2011  di Restoran Sri Keningau Putatan, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin Ahli  Parlimen Bukit Gantang yang juga AJK PAS Pusat singgah di Tamu Pekan  Putatan. Beliau ditemani oleh Encik Suhaimi Embong dari Terengganu yang  juga Pengarah Jabatan IT PAS Pusat. Tamu ini beroperasi bermula petang  jumaat sehingga tengahari ahad. Di sini beliau bertemu dengan masyarakat  yang berurusan sama ada penjual, pembeli dan sebagainya. Kami  perhatikan, sejak mula beliau turun, ramai yang melihatnya dari dekat  dan jauh, mungkin sebahagian mengenalinya atau sebahagian lagi ‘macam  kenal’.
Rupanya bekas Menteri Besar Perak.
Kira-kira 45 minit di sini, ramai juga  yang disapa oleh beliau atau beliau disapa oleh orang lain. Tidak  ketinggalan beberapa orang yang berasal dari Perak  yang bekerja di sini  dan memberi sokongan terhadap beliau. Ada seorang wanita tionghua dari  Putatan yang lama berbual dan menyatakan masalah yang beliau alami. Kami  perhatikan YB Nizar memberi tumpuan penuh kepada aduan wanita  berkenaan. Beberapa jemaah masjid (yang kami dimaklumkan dari) sekitar  Petagas dan Putatan juga sempat beramah mesra dengan beliau dan mereka  merasa teruja dengan kehadiran beliau di sini.
Dari Putatan menuju ke Pekan Tanjung  Aru. Di sini rombongan singgah di beberapa restoran cina dan melayu.  Kami melihat beliau begitu agresif bertemu rakyat dan sebahagian besar  yang ditemui menyambut baik kedatangan beliau. Mungkin sikap masyarakat  yang peramah dan tidak berkira dengan sesiapa yang menyapa mereka. Atau  juga sebahagiannya terkejut dan teruja dengan kehadiran seorang tokoh  yang tiba-tiba saja ada di hadapan mereka. Kepada masyarakat tionghua,  YB Mohd Nizar bertutur dalam 3 bahasa, melayu, inggeris dan cina. Tidak  kurang juga mereka yang berterus terang menyokong Pakatan Rakyat.
Dari Pekan Tanjung Aru bergerak ke Pasar  Besar Kota Kinabalu. Tidak dapat penganjur membawa ke seluruh pasar  yang memang besar. Hanya di bahagian hadapan sahaja yang sempat  diziarahi dan beliau dapat bertemu dan mendengar beberapa permasalahan  rakyat terutama hal ekonomi yang membelenggu rakyat serta isu-isu  politik Sabah. (Kami pula berdiri sedikit jauh untuk memberi peluang  mereka berbual). Kebetulan kami bertemu dengan beberapa penjual majalah  dan suratkhabar, ada harakah dijual di sana yang di muka hadapannya  memaparkan foto Presiden PAS dan YB Nizar sedang makan-makan santai dan  bersila. Terkejut juga penjual tu yang melihat orang dalam foto itu ada  di hadapannya.
Dari Pasar Besar ke Pasar Tani Asia City  pula. Beliau beramah mesra dengan beberapa peniaga dan pelanggan  termasuk seorang peniaga yang berasal dari Perak juga. Ada peniaga  durian, penjual arnab, penjual ubat-ubatan tradisional, semuanya disapa  dan ditegur oleh beliau. Sebelum berehat minum di restoran berhampiran,  YB Nizar mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan darah yang  disediakan percuma oleh seorang peniaga di sana. Di restoran  berhampiran, beliau duduk bersama tuan kedai dan bercerita dengan  beberapa orang yang lain.
Waktu zuhur kami semua ke Masjid Negeri  Sabah. Rombongan tiba tepat ketika azan dilaungkan. YB Nizar dan berada  di saf pertama sebelah bilal bertugas. Kami saksikan ramai jemaah yang  bersalaman dengannya termasuk beberapa orang ketua jabatan (kami  dimaklumkan) yang kebetulan solat zuhur bersama-sama juga. Beliau  beramah mesra dengan tuan imam dan jemaah lain. Juga ada seorang yang  kelihatan sangat teruja kerana sebelum ini katanya hanya melihat di  surat khabar atau internet saja. Ada seorang pelancong muslim dari  Australia yang turut bersama-sama bercerita dengan beliau. Rupanya  pelancong berkenaan boleh bertutur dalam bahasa melayu.
Program terakhir yang kami sempat  bersama-sama sepanjang setengah hari itu ialah jamuan tengahari di  Restoran Lengkuas Sembulan. Sekitar setengah jam di sana, dan sebelum  berangkat beliau sempat menemui taukeh restoran dan mendoakan agar  restorannya maju dan berkembang. Program berikutnya YB Nizar hari itu  ialah bersama kawan-kawan di Sepanggar dan seterusnya ke Kota Belud pada  sebelah malam. Tugasan kami selaku kumpulan media Putatan berakhir di  sini.
Keseluruhannya, kami melihat atas  peribadi YB Nizar sendiri amat dikenali ramai, dan kami mempelajari  banyak perkara contohnya dalam mendekati masyarakat seperti apa yang  dikenali sebagai dakwah bilhal, seperti sentuhan, sapaan, senyuman dan  ucapan-ucapan yang bersesuaian kepada setiap mereka yang ditemui. Ini  kerana perkara-perkara asas dan mudah ini cukup memberi kesan walaupun  tidak mesti mengungkapkan isu-isu politik pada semua keadaan. - (Penulis – Mohd Jubirin)
Thursday, January 5, 2012
Pelancaran KinabaluTV dan Wacana Media Baru di Sabah
Sumber: http://www.prkn41.pas.org.my/
KOTA KINABALU: Menjelang kedatangan tahun baru 2012, Jabatan IT PAS Sabah telah melancarkan satu saluran webtv sendiri dengan jenama KinabaluTV pada 30hb Disember di Pejabata PAS Putatan, Kota Kinabalu Sabah.

Pelancaran tersebut dilakukan oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Saudara Suhaimi Embong. KinabaluTV boleh dilayari melalui youtube dan blog di alamat www.youtube.com/user/kinabalutv dan kinabalutv.blogspot.com
Serentak dengan pelancaran KinabaluTV, satu wacana Media Baru dihadiri 50 penggerak Media Baru Sabah.

Subscribe to:
Comments (Atom)
UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD