HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, February 6, 2011

Inikah cara memperbodohkan umat Islam dan rakyat Sabah

Salam perjuangan..

"Aku di Sabah ok saja ba.. hidup sempurna, makan minum ok, kehidupan barjalan dengan baik saja ba.., jadi apa masalah juga di Sabah ini..?" Itulah kata-kata salah seorang teman sekerja aku ketika aku berbicara tentang 'Isu Rakyat Sabah', dan itulah jawapan seorang yang berpendidikan tinggi yang dikatakan rakyat yang celik IT. Jadi bagaimanakah lagi untuk aku katakan pada rakan aku tadi bahawa sebenarnya Rakyat Sabah sedang diperbodohkan.

Sepanjang 6 tahun aku dibumi Sabah ini, aku melihat sendiri bagaimana rakyat diperlakukan dengan sesuka hati oleh pimpinan BN. Di Kota Kinabalu (dibawah seliaan DBKK) sendiri, lihat bagaimana rakyat tempatan di diskriminasikan..

1. Keadaan jalan raya yang sangat teruk. Pernah sekali kereta aku terpaksa menggantikan tayar kedua-dua sekali kerana terlanggar lubang, ini juga dilalui oleh ramai lagi mereka yang membawa kereta. Sekiranya jalan-jalan utama di KK ini tidak dapat diselia dengan baik, bagaimanakah jalan-jalan dipendalaman, fikirlah pada logik akal.
2. Ada kampung yang tiada kemudahan air disediakan walaupun cukai pintu terpaksa dibayar. Pergilah ke Kg. Ratau dan tanyalah sendiri penduduk disana. (lihat googlemaps disini)
3. Begitu juga Kg. Melayu Delima yang dikatakan setinggan haram, yang mana tiada langsung kemudahan air dan elektrik disediakan, sedangkan ianya berada bersebelahan dengan Kompleks Membeli belah One Borneo.
4. Keadaan sungai yang tidak diurus dengan baik, sehinggakan apabila hujan lebat sahaja, maka akan bajirlah sekitarnya. Pergilah bertanya penduduk Kg. Rampaian, dan pemandu-pemandu kenderaan sekitar Likas-Inanam.
5. Kemudahan solat (surau dan masjid) yang langsung tidak dipedulikan oleh kerajaan. Perumahan Indah Permai yang majoritinya adalah masyarakat muslim, tetapi kemudahan masjid tidak dirancang bagi kemudahan rakyat muslim. Pergilah melihat keadaan surau di shopping-shopping kompleks yang langsung tidak menunjukan mereka (pemilik) menghormati kemudahan tersebut untuk umat Islam, manakala kerajaan BN Sabah langsung tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.
6. Rakyat di Pulau Gaya, yang hanya beberapa kilometer dari bandar KK, sehingga hari ini setelah lebih 50 tahun mardeka, masih menggunakan generator dan air bukit bagi meneruskan kehidupan seharian.
7. Rakyat yang terpaksa berniaga kecil-kecilan ditepi jalan untuk mencari sesuap nasi dan pendapatan, yang mana pada bila-bila masa sahaja tapak mereka ini boleh dirampas dan dihalau. Tidak mampukah kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada mereka secara yang lebih sempurna. Lihatlah di siring (tepi) jalan UMS, mereka menjual ikan.. lihatlah di siring jalan Salut, mereka menjual kelapa bakar. Inilah 'standard' rakyat bawahan berniaga!
8. Menyediakan kemudahan kesihatan yang tidak sempurna, lihatlah Hospital Likas, pergilah kesana waktu kerja, pasti anda tidak akan punya parking dan terpaksa parking di siring-siring jalan. Manakala Hospital Queen di terpaksa dirobohkan semula kerana di klafikasikan tidak selamat setelah banggunan itu hampir siap 60%.

Apa yang aku dedahkan ini adalah apa yang berlaku di Kota Kinabalu dan sekitarnya. Jadi bolehkah pembaca diluar sana berfikir, bagaimanakah keadaannya di luar bandar raya Kota Kinabalu, jauh dipendalaman-pendalaman.

Artikel ini akan bersambung..

1 comment:

choor said...

memang benar semua cerita ini terlalu teruk kehidupan rakyat sabah ni dan terlalu berbeza nak dibandingkan dengan kemajuan di semenanjung....jalan terlalu teruk di sabah ni setiap bulan pasti kena buang duit nak selenggara kenderaan.tapi hairan dengan warga sabah ni tidak kah sedar dengan perbezaan kemajuan dengan semenanjung walhal sabah merupakan negeri yang kaya dengan hasil bumi dari ekonomi seperti minyak dan hasil hutan seperti balak.kenapa bole jadi negeri yang miskin dan lagi teruk dari kelantan...............


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD