Salam perjuangan..
Sejarah telah mengajar kita bagaimana golongan munafik merobohkan sesebuah tamadun manusia. Kita melihat bagaimana runtuhnya Kesultanan Melaka adalah akibat golongan munafik yang mendedahkan peta Melaka kepada Portugis. Malah kejatuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah kerja-kerja para munafik yang berhubung rapat dengan sultan-sultan Melayu yang akhirnya mengkianati pejuang-pejuang kemardekaan menentang penjajah (British) seperti Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Mat Salleh dan yang lain-lain lagi. Kehadiran para gerombolan munafik ini akan ada pada setiap masa dan ketika samaada secara individu atau berorganisasi, sama ada secara terang atau bersembunyi.
Istilah munafik sebenarnya telah kita faham sejak dari sekolah rendah lagi apabila kita diajar oleh ustaz atau ustazah berkenaan orang-orang munafik. Rasa tidaklah perlu lagi aku berbicara tentang istilah, ciri-ciri dan kelakuan golongan ini. Kalau para pembaca rajin, taip sahaja perkataan munafik kat google, beribu artikel tentang munafik akan dapat dibaca dan difahami.
Apa yang ingin aku paparkan disini ialah golongan munafik yang bergerak secara terang dan berorganisasi. Mereka ini kelihatanya seperti orang yang biasa, namun adakalanya mereka ini akan menonjolkan sifat dan sikap sebenar mereka apabila terdesak atau ketika mereka bersama-sama dengan sesama mereka.
UMNO sebagaimana kita tahu merupakan sebuah gerakan kebangsaan yang telah diberi peluang oleh rakyat selama lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Sebuah gerakan terbesar di Malaysia yang menghimpunkan orang-orang Melayu-Islam (termasuk juga india-muslim) di dalamnya. Namun apa yang malang pada organisasi ini ialah, di dalamnya terhimpun golongan munafik yang teramat banyak, malah golongan ini hampir menguasai kepimpinan tertinggi UMNO. Mungkin ada yang tidak bersetuju apabila aku (atau ramai lagi diluar sana) berpandangan bahawa UMNO terdiri dari golongan munafik, namun fakta telah membuktikannya dan ianya dapat dilihat jelas dengan mata kepala sendiri. (para pembaca akan menyaksikan pendedahan yang akan dibuat)
Sebelum aku memaparkan pendedahan ini, ingin sekali aku bertanya soalan ini kepada sekelian pembaca yang sudi untuk meluangkan masa menjengok blog islamretun. "Sekiranya ada seorang munafik yang bernama (Abdullah b.Ubai) yang mengaku sahabat Rasulullah mampu mengucar-ngacirkan kekuatan Islam ketika itu, persoalannya bagaimana pula akan terjadi sekiranya golongan munafik ini bergabung didalam satu organisasi besar seperti UMNO?"
Pendedahan yang telah TERDEDAH!
-nantikan-
No comments:
Post a Comment