Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Kesedihan di atas kejadian yang menimpa mangsa serta truma yang dihadapi oleh keluarga turut dikongsi bersama oleh DPP Sepanggar. Semoga ahli keluarga mangsa sentiasa tabah dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t di dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. DPP Sepanggar juga mendoakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Seterusnya, DPP Sepanggar berharap agar pihak polis segera menyelesaikan siasatan kes ini dan segera mendakwa mereka yang terlibat tanpa mengira kedudukan. Ini adalah kerana kes seperti ini berkemungkinan ada kaitan dengan pembunuh upahan serta dilakukan secara berkumpulan. Sehubungan dengan itu sekali lagi DPP Sepanggar berharap agar semua yang terlibat di dalam kes pembunuhan kejam ini akan dihadapkan ke mahkamah bagi memberi keadilan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.
DPP Sepanggar mengingatkan agar kes pembunuhan kejam Altantuya beberapa tahun dahulu perlulah dijadikan iktibar. Setelah lebih 3 tahun kes berlalu, namun ahli keluarga mereka masih lagi tertanya-tanya akan pembunuh sebenar Altantuya.
No comments:
Post a Comment