HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Sunday, May 31, 2009

SPM 10 Subjek: Memutar Masa ke Belakang

Salam perjuangan..

Keadaan sekarang memerlukan Sistem Pendidikan Negara dikendalikan oleh golongan cendiakawan & intelektual. Ini kerana, para cendiakawan dan intelektual bertindak di atas kewarasan dan kajian Ilmiah. Namun, apa yang berlaku sekarang, sistem pendidikan negara telah dikendalikan sepenuhnya oleh tangan-tangan politik. Maka tidak hairanlah berlakunya perkara-perkara diluar kotak fikiran (tindakan bodoh) yang menyebabkan kicar-kacirnya perlaksanaan sistem pendidikan negara. Beberapa tindakan bodoh kerajaan seperti PPSMI dan yang terbaru menghadkan pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran sahaja hanya akan merugikan kebangkitan intelektual dikalangan pelajar yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Menghadkan 10 subjek bukanlah penyelesaian kepada masalah pembiayaan biasiswa. Mungkin banyak lagi cara lain yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, badan-badan pembiayaan biasiswa hanya dibenarkan membiayai biasiswa dengan merujuk kepada 10 subjek teras sahaja bagi setiap aliran. Manakala subjek selebihnya dijadikan sebagai kaedah persaingan sihat dikalangan pelajar.

Alangkah malangnya pelajar di Malaysia, dalam keadaan masyarakat dunia yang sedang berkembang di era globalisasi ini, sebaliknya pelajar Malaysia telah di sekat dari menguasai kepelbagaian cabang ilmu, ini sangat merugikan negara dan umat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mengambil aliran agama, sudah pasti tidak akan dapat mengambil subjek pure science kerana terikat dengan peraturan bodoh ini (terhad kepada 10 subjek sahaja). Maka akan berlakulah pemisahan ilmu, yang mana pada 50 tahun dari sekarang, kita akan menyaksikan lahirnya golongan-golongan intelektual yang buta tentang kensep 'Kesepaduan Ilmu'.

Persoalannya sekarang, kemana para cendiakawan-cendiakawan negara di dalam menganalisa isu ini? Kenapa tiada seorang pun yang tampil memberi pandangan terhadap tindakan bodoh kerajaan ini?

2 comments:

F.Aswan said...

apa rasionalnya buat 10 subjek? leh tolong analisis sekali?

saif al mansur said...

10 Subjek akan menghalang sifat semulajadi manusiawi untuk meneroka kepelbagaian cabang ilmu. Secara psykologi, minda manusia akan sentiasa berkembang mengikut arus perkembangan semasa. Sebaliknya apabila menghadkan 10 subjek akan memberi kesan kepada perkembangan dunia intelektual. Analisis secara umum dapat dilihat dari mula SPM diperkenalkan, cuba bandingkan SPM 15 tahun dahulu dengan SPM kini. Banyak perkembangan yg memberansangkan telah berjaya di wujudkan dalam melahirkan insan yang berilmu, walaupun saya rasa masih ada kekurangan. Tetapi menghadkan 10 subjek hanya akan mengembalikan SPM kepada 15 tahun yang lalu.


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD