Salam perjuangan,
Kalau zaman dahulu, keperwiraan panglima dan pandekar melayu diukur sejauh mana pandekar tersebut berani menerima tawaran untuk beradu tenaga di dalam gelanggang. Setelah gelanggang dibuka maka disanalah perwira menunjukan kehebatan masing-masing. Kelincahan menjadi taruhan dalam menentukan siapakah pandekar yang sebenar. Kini, gelangang silat bukanlah lagi menjadi lapangan keperwiraan dan kelaksamanaan seseorang pendekar, gelanggang tersebut telah bertukar kepada gelanggang berhujjah dan berdebat di dalam mencari kebenaran. Sekiranya mahkamah tidak mampu mencari penyelesaian, kuasa rakyat melalui pilihanraya menjadi medan berhujjah dan berdebat dalam menentukan sifat keberanian. Namun UMNO, apabila gelanggang silat dibuka di Penanti, para pandekar dan laksamana yang mengaku 'melayu' menjadi kecut untuk beradu tenaga. Pandekar apakah mereka ini? Panglima dari manakah mereka ini?
Dengan izin Allah s.w.t, satu lagi gelanggang dibuka buat UMNO di Manik Urai. Nampaknya sahutan cabaran untuk beradu disana disahut oleh UMNO. Tapi yang pastinya, umpama pergi ke gelanggang dengan hanya mempunyai ilmu (senjata hujjah) sejengkal cuma. Pasti akan kecundang dengan tusukan hujjah, yg pasti akan menyebabkan mereka tersembah di bumi akibat kelemahan diri. 'Gelanggang Manik Urai' dibuka buat UMNO untuk mereka menginsafi keegoan dan keangkuhan mereka.
Nostalgia era 60an - 90an masih menjadi mimpi indah UMNO/BN
Apabila membicara tentang nostalgia, pastinya kenangan-kenangan indah yang terpahat di minda dan hati. Kenangan-kenangan tersebut pasti akan menjadi catatan sejarah yang paling manis dalam hidup. Namun apakah kenangan atau nostalgia indah UMNO/BN pada era 60an - 90an? Kenangan apakah yang paling meninggalkan nostalgia pada UMNO/BN? Berikut adalah sedikit nostalgai indah yang dapat penulis agak:-
1. Menahan sesiapa tanpa bicara tanpa ada bantahan dari mana-mana pihak.
2. Menyebarkan berita palsu tanpa ada mana-mana media alternatif untuk menjawab.
3. Melayan tahanan-tahanan lokap dengan zalim dan tidak berperikemanusiaan tanpa ada pembelaan dari mana-mana pihak.
4. Mengugut rakyat dengan pelbagai cara tanpa ada tentangan dari rakyat.
Penulis sekadar menyenaraikan beberapa kenangan indah UMNO/BN sekitar era 60an - 90an. Mungkin nostalgia ini masih menguasai UMNO/BN kini tanpa memahami bahawa kita telah berada di era 'melinium' yang mana masyarakat telah memahami hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Mungkinkah nostalgia indah UMNO/BN akan berada di muzium negara suatu masa nanti. Kebarangkalian itu ada, kerana dengan izin Allah s.w.t, kebenaran pasti akan meleyapkan kebatilan!
PKM, LTTE dan UMNO
Perjuangan Parti Komunis Melaya telah lama berkubur. Walaupun masa telah berlalu sekian lama tetapi parut kekejaman komunis masih kelihatan sehingga sekarang. Kekejaman komunis tidak dapat lagi dinafikan oleh mana-mana pihak. Perjuangan bersenjata PKM yang membawa ideologi komunis merupakan punca kebejatan mereka. Walaupun niat dan tujuan mereka menentang Jepun dan British baik, tetapi muncung senjata mereka dihalakan kepada penduduk yang tidak berdosa. Inilah wajah sebenar PKM, walau apa jua niat, tujuan dan cita-cita mereka rakyat menjadi mangsa kekejaman PKM.
Manakala perjuangan LTTE yang bermatlamatkan untuk memperolehi kuasa autonomi bagi kaum Tamil di Sri Langka juga menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan komunis. Walaupun mereka tidak menganut ideologi komunis, tetapi perjuangan yang menumpahkan darah penduduk yang tidak berdosa bukanlah tiket untuk mencapai matlamat. Muncung senjata tidak lagi mengenal yang mana musuh dan yang mana penduduk. Kekejaman mereka terhadap rakyat Sri Langka seringkali menjadi tatapan masyarakat dunia, sehinggakan masyarakat minoriti Islam yang tidak terlibat di dalam pertikaian turut menjadi mangsa.
UMNO yang ditubuhkan melalui kerjasama penjajah British, asalnya bermatlamatkan untuk memperolehi kedaulatan sebuah negara. Namun perjuangan tersebut telah dicemari oleh tangan-tangan yang tamak dan haloba terhadap kuasa. Hasil dari sifat ini, rakyat telah menjadi mangsa, cuma perbezaannya bukanlah darah yang menjadi taruhan, tetapi pengkianatan terhadap agama, bangsa dan negara yang menjadi taruhan.
PKM dan LTTE telah menjadi contoh berkuburnya sebuah perjuangan yang telah menyeleweng. Ianya terjadi apabila rakyat dijadikan mangsa untuk mengejar matlamat. Penulis sangat berharap UMNO tidak lagi menjadikan rakyat sebagai sasaran mereka. Sekiranya terus juga menjadikan rakyat sebagai mangsa, pasti nasib seperti PKM dan LTTE akan terjadi kepada UMNO.
2 comments:
Salam ziarah dari bumi Tawau... Teruskan perjuangan....
terima kasih.. noktah perjuangan di hujung nafas.
Post a Comment