HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, May 6, 2009

Faktor Pendesak: PAS tidak bersifat Ilmiah dan Pragmatik?

Salam perjuangan..

PAS sebagai Badan Dakwah dan Siasah

Pengenalan

Ramai yang masih keliru PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bergerak atas kapasiti pertubuhan politik. Ada juga yang menyangka bahawa PAS hanyalah semata-mata gerakan politik kepartian yang lebih memfokuskan kepada pilihanraya (memerintah) sebagai agenda utamanya. Namun penulis tidak menyalahkan pandangan sedemikian, kerana penulis bersangka bahawa mereka yang berpandangan sedemikian sebenarnya tidak terlibat secara langsung di dalam gerak kerja parti (jamaah) secara khusus dan konsisten. Penulis bermaksud mereka yang berpandangan sebegini mungkin datang dari kalangan yang tidak menjadi penggerak utama jamaah atau mungkin juga mereka ini terlibat di dalam menggerakkan parti (jamaah) tetapi tidak konsisten dengan tugas/amanah.

PAS dari sudut perlembagaan

Memahami perlembagaan PAS, akan menjadikan pendokong gerakan ini berasa gerun untuk menyatakan mereka adalah ahli gerakan Islam yang bernama Parti Islam Semelaysia (PAS). Penulis pernah menghuraikan serba sedikit tentang perlembagaan PAS diblog ini dahulu. Para pembaca boleh menelitinya semula diSINI.

PAS dari sudut gerakan siasah

Peranan PAS di dalam gerakan siasah (politik) negara dan antarabangsa sebenarnya tidak dapat dinafikan lagi. Sejak penubuhannya pada tahun 1951 PAS telah membuka gelanggang politiknya untuk masyarakat Malaysia khususnya. Walaupun ada kelemahan dan kekurangan, tetapi sekiranya kita menyelusuri perjalanan perjuangan PAS di persada politik negara pasti kita akan ketemu titik persamaan dengan perjuangan Rasulullah s.a.w.

PAS sebagai badan dakwah dan tarbiah

Kebenaran Islam berdasarkan hujah, maka atas dasar itulah PAS menggerakkan jentera dakwah dan tarbiah dikalangan ahli. Tidak dapat dinafikan lagi, setelah bertapak lebih 50 tahun sebagai badan politik yang sah, PAS masih mampu bertahan, malah berkembang pesat dan mendapat sambutan dari pebagai golongan. Ahli PAS terdiri dari nelayan, petani, peniaga, kakitangan kerajaan, pegawai atasan dan pembesar. Ahli PAS yang berlatarbelakang pelbagai ini merupakan cabaran besar buat PAS bagi menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah. Mungkin mudah bagi sesetengah gerakan Islam yang ahlinya hanya dari golongan professional untuk menyatukan fikrah dan amal, tetapi bagi PAS dakwah dan tarbiah merupakan agenda sukar bagi mengukuhkan fikh dan amal dikalangan ahli. Namun itu bukan penghalang kepada agenda dakwah dan tarbiah PAS.

Kepentingan PAS menguasai ‘strategic post’

Perjalanan PAS di dalam usaha menguasai sesebuah negara (membentuk kerajaan Islam atau Negara Islam) bukanlah mudah. Perjalanan ini mungkin memakan masa yang lama dan memerlukan kesabaran dikalangan pemimpin dan pendokong. Menguasai ‘strategic post’ adalah suatu yang penting bagi kelangsungan pembinaan ‘Islamic State’. Ekonomi, Pendidikan, Perubatan, Khidmat Sosial, Kehakiman dan lain-lain merupakan ‘strategic post’ yang memerlukan ahli PAS yang bersedia dan berkemampuan untuk memikulnya. Kelahiran ‘Islamic State’ bukan sahaja melalui laluan politik, tetapi kelahirannya bersama-sama dengan penguasaan ‘strategic post’ yang penulis sebutkan tadi. Alhamdulillah, penulis melihat agenda tersebut berada di ‘track’ yang diharapkan. Cuma masa yang menentukan bila kelahiran itu akan terjadi.

PAS sebagai faktor pendesak

Kekeliruan disinilah kadang kala dilihat bahawa PAS sekadar parti (jamaah) yang mementingkan sentimen, tidak bersifat ilmiah, rasional dan pragmatik. Sekiranya PAS itu dilihat hanya dari sudut protes, demontrasi, memorandum, bantahan dan lain-lain, maka pastinya mereka akan menyangka PAS hanya sebuah parti (jamaah) yang berkarektor lemah, sentiasa diperbodohkan, dipijak, dan seolah2 tiada usaha yg lain. Ini kesilapan dan penyelewangan perspektif dikalangan masyarakat, sedangkan PAS memainkan peranan sebagai faktor pendesak. Analoginya faktor pendesak penulis huraikan sebegini, “di dalam sesuatu peperangan, faktor pendesak ini boleh diibaratkan sebagai ‘jet fighter’ yang mengebom pihak musuh dari udara. Maka apabila musuh mula kucar akibat dari pengeboman ini, maka bermulalah serangan ‘infantri’ dari pasukan angkatan tentera darat. ‘Infantri’ inilah kerja-kerja utama PAS! Infantri inilah yang dikenali sebagai dakwah, tarbiah, diskusi ilmiah, kebajikan, bimbingan dan lain-lain”. Maka apakah kita boleh mengatakan peranan 'faktor pendesak' ini tidak penting?

Penutup

Kekeliruan terhadap PAS adalah kerana gerakan ini hanya dilihat dari sudut makro, tetapi tidak di dalam komponen mikro. Seharusnya ahli PAS memahami bahawa kekuatan PAS berada dikalangan ahli yang komited dan bersedia memikul amanah yang terkandung di dalam perlembagaan PAS. Ahli PAS perlu meresap di dalam 'strategic post' hingga ke akar umbi bagi meralisasikan pembinaan kota Khilafah Islamiyyah yang di impikan.

2 comments:

Nurhidayah Jaafar said...

PAS mampu mentadbir negara apabila seluruh agenda jihad itu dirangkul bersama. Jihad itu bukan politik kepartian semata tetapi jihad ekonomi, keilmuan, pendidikan, sains, teknologi, seni hiburan, ideoligis, pemikiran dan lain2 cabang jihad.

Namun, sejauhmanakah PAS sudah bersedia ke arah ini untuk mentadbir.

Untuk mentadbir, ahli PAS perlu tampil sebagai negarawan bukan hanya ahli politik mewakili kawasan. Adakah PAs sudah berinjak paradigmanya untuk mentarbiyyah ahli sebagai negarawan?

Negarawan memerlukan dua golongan ini dijalinkan dgn toleransi yang adil iaitu ulama' dan profesional. Namun, apabila ini masih berlegar sekitar isu tanpa kesudahan, masih bertelingkah di dewan persidangan masih belum menemui titik persamaan, maka PAS seolah bermimpi di siang hari.

Apabila ada ahli PAS yang pandai mengkritik tetapi melenting apabila dikritik, maka ada sesuatu kesilapan besar untuk PAS terus berubah.

Untuk berubah, seluruh jentera PAS harus menerima kritikan dgn adil dan jujur. Bersifat terbuka dengan strategi2 baru, meraikan pandangan generasi muda terutamanya mahasiswa yang penuh idealisme.

saif al mansur said...

terima kasih,

Ahli perlu menguasai 'bidang' bagi memastikan usaha membina sebuah 'baldatun toibatun wa rabul gahfur' menjadi sebuah kenyataan.

InsyaAllah, usaha murni ini sentiasa dan akan terus dilaksanakan hingga tertunainya janji-janji Allah.


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD