
HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)



Friday, April 30, 2010
Inilah pemuda UMNO yang dilahirkan oleh APCO

Wednesday, April 28, 2010
Majlis Makan Malam
Informasi : 0138637499, 014-8571971
Monday, April 26, 2010
Polis: Mengapa terlalu mudah..?
Nanti kena ISA!
Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah (klik disini)

Sunday, April 25, 2010
Benarkah BN-APCO menang?
Kemenangan BN-APCO sebenarnya tidaklah dapat mengenepikan kemenangan rakyat. Mungkin PR kehilangan satu kerusi Parlimen, tetapi sokongan rakyat kepada perubahan tetap tidak berubah. Lawan tetap lawan..
Allahuakbar!! Reformasi!!
Keputusan Hulu Selangor yang Menghairankan?
Sumber: http://perisik-rakyat.com/2010/04/keputusan-hulu-selangor-yang.html
Dari keputusan rasmi yang saya baru dapat:
PKR - 23,272
BN - 24,997
Majoriti - 1725
Saya mengucap syukur kepada Allah SWT kerana telah mentaqdirkan keputusan seperti ini. Ia bermakna kekuataan PR masih utuh dan kuat. BN dengan menggunakan segala kekuatan dan keupayaan mereka cuma mampu meraih 1725 majoriti sahaja
Secara mudahnya, majoriti BN itu didapati dari undi pos (650) serta undi-undi rosak pada 2008 yang kembali pada BN (1466)
Apabila dijumlah keduanya menjadi 2110 undi. Dan majoriti BN yang baru didapati hanyalah 1725, dibawah undi rosak yang kembali + undi pos.
Perlu diingat, ini adalah kawasan yang PALING KUAT UMNO dalam SElangor dan dalam Malaysia. Sekiranya keputusan ini dijadikan rujukan, maka ia bermakna UMNO akan KEKAL KALAH di Selangor dan di semua kerusi yang mereka menang tempohari.
KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?
Keputusan baru
Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:
2008 : 23,177
2010 : 23,272
Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.
Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.
Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.
Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.
Tulang Besi
Friday, April 23, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Lubnan tangkap warganya yang berurusan dengan Israel.
Rabu, 21/04/2010 – Semalam Lubnan mengisytiharkan bahawa seorang warganya telah ditangkap kerana disyaki berurusan dengan Israel.
Menurut surat khabar Lubnan “Al-Safeer” , Pengarah Perisikan Tentera Lubnan telah menahan suspek kerana disyaki berurusan dengan Israel. Mereka merampas sebuah komputer dan beberapa cakera padat dari rumahnya yang kemudian dibawa ke markas besar Jabatan Pertahanan Nasional di”Yarzeh” untuk soalsiasat.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz
Apahal dengan Malaysia?
Tuesday, April 20, 2010
Hulu Selangor: Satu undi untuk BN bererti satu peluru untuk rakyat Palestin
Malaysia sebuah negara yang berdaulat seharusnya mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang campurtangan pihak luar di dalam urusan negara. Apatahlagi campurtangan tersebut melibatkan negara yang memusuhi umat Islam. Namun amat malang apabila Malaysia dibawah kepimpinan UMNO/BN telah mengkianati amanah ini. Ini terbukti dengan perjanjian kerajaan Malaysia dengan salah sebuah syarikat proksi Yahudi/Zionis iaitu APCO Worldwide Sdn Bhd. Seterusnya menunjukkan bahawa kepimpinan negara sekarang telah menyeleweng dan mengkianati kepercayaan umat Islam di Malaysia khususnya.
Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar memberi amaran terhadap tindakan kerajaan UMNO/BN yang mengadakan perjanjian dengan syarikat APCO. Malah DPP Sepanggar menganggap perbelanjaan dana negara sebanyak RM77 juta setahun untuk perkhidmatan APCO merupakan pembaziran besar wang rakyat.
DPP Sepanggar juga akan menggerakan jentera penerangan di setiap cawangan bagi menjelaskan kepada masyarakat setempat bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang merupakan tindakan yang tidak mengambil peduli sensitiviti umat Islam serta mengancam keselamatan negara.
Seterusnya DPP Sepanggar juga ingin mengingatkan kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Hulu Selangor pada 25 April nanti, agar menilai hubungan UMNO-APCO selama ini, yang bakal menjerumuskan Malaysia bersekongkol dengan regim Zionis. Oleh itu jadikan pilihanraya kecil Hulu Selangor sebagai undi protes hubungan UMNO-APCO.
Friday, April 16, 2010
NAJIB-OBAMA: Tahniah PALESTIN berjaya dibebaskan!

Betapa media UMNO/BN mewar-warkan pertemuan Najib dan Obama selama 7 hari 7 malam. Namun apakah hasil pertemuan tersebut? Adakah ianya dapat memberi keuntungan pada umat Islam? Tidak lain ianya hanyalah gambaran luar yang ingin dibina oleh kerajaan BN bahawa Malaysia kini diterima sebagai salah sebuah negara kroni Amerika Syarikat. Pada saya ianya umpama samseng kampung yang mencari perlindungan dari gengster.
Walau bagaimanapun kita tetap berbangga dengan pertemuan tersebut kerana PALESTIN berjaya dibebaskan! Tahniah PM!
Tuesday, April 13, 2010
Mengubat hati yang rindu
Kehadiran saya di Kuala Lumpur sebenarnya mengubat kerinduan terhadap kampung halaman yang telah hampir 6 bulan tidak menjenguk. Keberadaan di KL, saya berkesempatan hadir ke PWTC yang mana di adakan pameran pendidikan kanak-kanak terbesar di Malaysia. Alhamdulillah banyak juga info serta beberapa keperluan pendidikan yang dapat saya beli untuk buah hati di Sabah. Masa tidak banyak untuk saya terus melihat sekitar pameran kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Jabatan Amal Pusat yang diadakan di Pejabat Agong PAS pada sebelah petangnya.
Kini saya sedang habiskan masa cuti di kampung halaman, mana lagi kalau bukan Tg. Piandang, Perak Darul Kartun. Kerinduan terhadap bonda dan keluarga terubat setelah sekian lama terpisah. InsyaAllah 'islamreturn' akan memaparkan beberapa berita tentang perkembangan terkini sekadar yang termampu.
-gambar akan dilampirkan dalam masa terdekat-
Monday, April 5, 2010
APCO menilai sensitiviti umat Islam Malaysia
Suatu ketika dahulu apabila Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz mengistiharkan bahawa UMNO proksi Yahudi, maka berdegar-degarlah hubala-hubala UMNO mempertikaikan kenyataan tersebut. Isu tersebut boleh dilihat disini.

Isu Palestin
Sebelum dari ini, umat Islam di Malaysia telah terbukti kesetiaan mereka membela umat Islam di Palestin. Kehadiran pelbagai NGO yang tampil memberi sokongan dan bantuan terhadap pembebasan bumi Palestin membuktikan rakyat Malaysia amat prihatin terhadap isu Palestin. Malah telah berpuluh kali diadakan demontrasi dan menghantar memorandum ke kedutaan. Ini jelas menunjukkan umat Islam di Malaysia tidak rela saudara mereka di Palestin dizalimi oleh Israel.
Namun di dalam isu APCO, pelbagai pihak diam membisu. Sedangkan pendedahan DSAI membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN telah mengadakan hubungan terus dengan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Yahudi-Zionis. Kemana NGO-NGO pembela Palestin? Kemana ulama-ulama dan cendiakawan-cendiakawan yang sering membela umat Islam Palestin? Kemana PERKASA yang lantang membela ISLAM kononnya? Semuanya diam membisu.
UMNO mengkianati umat Islam
Hubungan ini secara tidak langsung telah mengkianati perjuangan umat Islam di Malaysia. Seharusnya UMNO/BN segera menamatkan kontrak perjanjian dengan APCO serta merta. Selagi kerajaan menafikan, maka selagi itulah umat Islam yang bermaruah akan terus memperjuangakan isu ini. Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, saya tinggalkan dengan satu persoalan untuk semua pembaca.
"Adakah umat Islam di Malaysia hanya berani menyalak Yahudi-Zionis yang jauh? Tetapi menikus apabila berhadapan dengannya".
Maklumat tentang One Israel lihat disini
Pendedahan penglibatan perisik Israel di dalam PDRM lihat disini
Sunday, April 4, 2010
Taman Indah Permai tiada kemudahan masjid
Taman Indah Permai, Kota Kinabalu merupakan antara taman yang menghadapi masalah kemudahan masjid. Terletak di kawasan Sepanggar, taman ini mempunyai penduduk yang majoritinya muslim yang mencecah hampir 1000 orang. Malah terdapat juga penempatan asrama pelajar UMS di sini. Malangnya taman ini tidak mempunyi masjid untuk kemudahan umat Islam beribadat. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menunaikan ibadah solat 5 waktu secara berjamaah dan solat Jumaat.
Rata-rata penduduk dan pelajar UMS yang ditemui meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang berwajib kerana mengabaikan kemudahan asas umat Islam. Malah untuk menunaikan solat Jumaat, penduduk serta pelajar UMS terpaksa untuk pergi ke masjid perkampungan berdekatan, yang hanya dapat memuatkan ahli jamaah kampung mereka sahaja.
Menurut seorang penduduk yang tidak mahu dikenali, beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini telah lama di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu. Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan lanjut yang diambil. Menurut beliau lagi, Taman Indah Permai bukan sahaja sebuah taman perumahan, tetapi di sini juga terdapatnya pasar raya Giant dan Mini Mall yang menjadi tumpuan orang ramai. Oleh itu, kebanyakkan dari orang ramai dan para peniaga akan menghadapi masalah untuk mencari tempat menunaikannya solat apabila masuk waktu.
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar melihat perkara ini sebagai satu lagi kegagalan kerajaan negeri mengurus kepentingan umat Islam di Sabah. Perkara sebegini tidak akan terjadi sekiranya kerajaan negeri mengutamakan kemudahan dan kepentingan rakyat. Memandangkan kawasan ini adalah majoriti muslim, sepatutnya sejak dari awal lagi kerajaan negeri telah mengambil kira untuk menyediakan kemudahan masjid untuk umat Islam.
Sikap kerajaan negeri yang mengambil lewa dalam mencari penyelesaian terhadap permasalahan ini bakal mengundang masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Sekiranya masjid yang menjadi nadi ukhwah, medan ilmu dan pengisian jiwa tidak ada, maka masyarakat yang bagaimanakah yang ingin dilahirkan. Mungkinkah masyarakat yang lalai dan lupakan pada tuhan yang ingin dilahirkan oleh kerajaan negeri.
Sehubungan dengan itu, DPP Sepanggar hari ini mendesak agar kerajaan negeri segera menyelesaikan permasalahan penduduk Taman Indah Permai. DPP Sepanggar tidak teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini bagi memastikan kepentingan umat Islam terbela dan tidak dipinggirkan oleh kerajaan negeri Sabah.
UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD
