HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, December 6, 2008

Catatan Perjalanan: Program Qurban Amal

Hari Pertama (5hb Dis 2008)

laluan yang becak untuk ke surau Kg. Lobou
ruang sebelah surau yang bakal digunakan untuk kelas PASTI pada sesi tahun hadapan

Program yang bermula di Kampung Lobou, kk dengan solat Magrib bersama penduduk. Kemudian program disusuli dengan berta’aruf bersama penduduk kampung dan para rombongan.



Selepas selesai solat isyak, ust Akhwan memberi sedikit motivasi kepada semua yang hadir. Turut bersama ialah cikgu Jamil dan ust Akmal dari PUM.

Majlis perasmian yang bermula pada pukul 9.00 malam di mulakan dengan ucapan aluan oleh sdr Miasin yang juga Pengerusi Surau Kg. Lobou. Menurut beliau kampung ini diasaskan pada tahun 1982, dimana pada tahun 1999 terdapat seramai 8 keluarga beragama Islam, dengan usaha yang dijalankan oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) sejak tahun 2004 kini sehingga 2008, kini bilangan keluarga yang memeluk Islam seramai 23 rumah. Majlis yang di pengerusikan sdr Saifuddin dari Yayasan Amal Malaysia Cwgn Sabah diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Haji Khairan b. Untoh. Pengerusi YAM Cwgn Sabah telah menekan tentang peri pentingnya untuk mendalami ilmu agama agar menjadi benteng di dalam kehidupan.


Jamuan makan bersama penduduk
Jamuan makan pada malam tersebut telah disediakan oleh pihak JAKIM. Di akhir majlis, para rombongan dibahagikan kepada 5 keluarga angkat untuk tinggal bermalam bersama. Majlis tamat pada pukul 11.30 malam.


Antara muslimat yang hadir
Taklimat keluarga angkat oleh Ust Akhwan

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD