HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, March 31, 2009

RTM media pro UMNO/BN yang memualkan

Penulis berasa muak dan loya dengan media UMNO/BN. RTM terutamanya RTM 1 sememangnya menjadi media rasmi dan propaganda UMNO/BN sepanjang tempoh berkempen di PRK kali ini. Mari kita kaji/analisis sedikit dari sudut masa rancangannya untuk berkempen. Penulis berkesempatan untuk membuka web RTM dan melihat intisari rancangan untuk 31hb Mac. Rancangan RTM 1 bermula pada pukul 5.00 am dan rancangan terakhir pada 4.30 am. Berikut adalah anggaran masa yang digunakan oleh RTM 1 untuk berkempen.

5.00-5.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

6.00-6.07 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

7.00-7.30 am – NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

7.30-9.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 30 minit untuk kampen

9.00-9.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

9.05-10.00 am – SELAMAT PAGI MALAYSIA : 2 minit untuk kempen

10.00-11.00 am – LANGSUNG DARI PARLIMEN : 30 minit untuk kempen

11.00-11.05 am – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

12.00-12.20 pm – NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen

1.45-2.00 pm – NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen

2.00-2.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

3.00-3.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

4.00-4.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

5.00-5.05 pm – SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

6.00-6.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

7.30-8.00 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

8.00-8.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

8.30-9.00 pm – WILAYAH@1 : 10 minit untuk kempen

9.00-9.30 pm - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

9.30-10.30 pm – BICARAWARA: ISU : 60 minit untuk kempen

10.30-11.00 pm – PARLIMEN@1 : 15 minit kempen

11.00-11.05 pm - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

12.00-12.30 am - NASIONAL@1 : 10 minit untuk kempen

12.30-1.30 am – DILUAR GELANGGANG BERSAMA SAYED MUNAWAR : 60 minit untuk berkempen

2.00 – 2.20 am - NASIONAL@1 : 5 minit untuk kempen

3.00-3.05 am - SEMASA@1 : 1 minit untuk kempen

4.00 – 4.15 am - NASIONAL@1 : 3 minit untuk kempen

Sekiranya kita mengkaji dan mengira secara purata, RTM 1 memperuntukan masa sekurang-kurangnya 233 minit untuk berkempen. Ini bermakna selama 24 jam bersiaran, RTM 1 telah memperuntukkan hampir 4 jam untuk berkempen. Sekiranya kita mengira dari sudut peratusan, didapati RTM 1 telah memperuntukan 16.7% masa khusus untuk berkempen. Ini membuktikan bahawa RTM 1 adalah pencacai utama kempen UMNO/BN. Media RTM akan terus menerus menyiarkan propaganda bagi memperbodohkan rakyat. Namun kita tetap yakin bahawa rakyat telah muak dan loya dengan media UMNO/BN.

Catatan Perjalanan: UTM dan nostagia

Setelah hampir 5 tahun tidak berkunjung ke UTM Skudai, pada 28-29hb baru-baru ini penulis sekeluarga telah diizinkan Allah s.w.t untuk datang ke UTM. Keadaan sudah jauh berbeza, banggunan baru semakin banyak dibina bagi menampung pertambahan pelajar dan warga UTM. Sebenarnya penulis bukan lah bekas pelajar UTM, tetapi penulis pernah menjadi sebahagian daripada warga UTM, ini adalah kerana ITTHO (kini UTHM) adalah sebahagian daripada UTM sebelum ia berpisah menjadi institusi berasingan. UTM adalah tempat penulis menghabiskan masa hujung minggu bersama teman-teman (akh khairuddin, akh faizul dan lain-lain) dalam mengikuti latihan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan sesi 1998-2001).

Kehadiran penulis ke UTM adalah bagi menghadiri majlis Konvokasyen Bro Zul (adik penulis-TAHNIAH). Penulis bersama isteri tiba terlebih dahulu, manakala ibu tersayang serta lain-lain ahli keluarga tiba keesokannya. Rasa kerinduan yang mendalam terhadap ibu tersayang terubat apabila hampir 6 bulan tidak bertemu sua. Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang dapat penulis rakamkan sepanjang berada di sana.

Ulfah tolong jaga bag abi dan ummi
.
Bergambar kenangan seisi keluarga
.
Ulfah dan Pak Su
.
Bergambar kenangan bersama Isteri dan Ulfah di Balai Cerap UTM

Sebelum pulang, penulis keluarga bersempatan bermalam di Politeknik Johor Bharu, tempat dimana Bro Firdaus (mujahidperak) belajar suatu masa dahulu. Boleh dikatakan kami adik beradik semuanya pernah belajar di Johor Darul Ta'zim (moga Islam tertegak di bumi Johor).

Dari kiri: penulis, khairul anuar dan syakirin

Seketika berada di Poli JB, penulis berkesempatan untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan semasa di ITTHO. Indahnya ukhwah bila lama sudah tidak bertemu.

Monday, March 30, 2009

Apabila umat lalai untuk meneruskan agenda Boikot

Salam perjuangan,

Usaha boikot bukanlah satu usaha yang bermusim dan berdasarkan sentiment. Usaha boikot adalah tanggungjawab yang WAJIB untuk umat Islam laksanakan. Penulis menulis artikel ini ketika berada di atas flight, jam menunjukan pukul 10.55 pg. InsyaAllah mungkin tiba di JB pukul 12 pm nanti. Semasa di airport kota kinabalu tadi, ulfah (srikandi penulis) merentih-rintih dan menangis meminta untuk dibelikan coklat KitKat. Walaupun gelagatnya menyentuh perasaan penulis, tetapi atas tekad dan keazaman penulis untuk memboikot coklat KitKat, tidak sekali penulis menuruti apa yang anak kesayangan ini pinta, lalu penulis membeli coklat jenama lain untuknya.

Ketika berada di atas kapal terbang, penulis cuba untuk menghabiskan masa membaca segala bahan bacaan yang telah disiapkan sebelum berlepas tadi, antaranya Harakah terbaru (edisi Jumaat: 27-29 Mac). Kini untuk mandapatkan Harakah seumpama mendapatkan dadah dipasaran gelab (kerja bacul UMNO/BN).

Seterusnya penulis meneruskan bacaan dengan membelek Majalah I (keluaran Mac) yang sememanngnya menjadi bacaan tetap bulanan penulis. Kebetulan isu boikot menjadi topik perbualan kali ini. Maka terus penulis keluarkan labtop dan mula menaip bagi menghabiskan sisa-sisa bateri yang ada. Antara yang memberi penjelasan tentang kempen boikot adalah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Dr. Ma’amor Osman. Walaupun penglibatan beliau di dalam PERKASA tidak menyenangkan banyak pihak termasuk penulis, tetapi usaha beliau di dalam agenda boikot mestilah diberi kerjasama sepenuhnya. Beliau menyarankan agar seluruh umat Islam bersatu untuk melemahkan ekonomi kuasa besar Amerika Syarikat (AS) yang turut menjadi sekutu Israel. Cara yang paling berkesan ialah dangan memboikot produk dan perkhidmatan dari negara terbabit. Menurut beliau lagi “Sudah menjadi rahsia umum, orang Yahudi tidak pernah berbelanja melainkan sesama Yahudi dan mereka berjaya membina ikatan dan memperkayakan ekonomi sehingga menguasai ekonomi dunia. Malangnya umat Islam iaitu melebihi 4.1 billion, tidak mengamalkan konsep Walak wal Barra dalam kehidupan mereka iaitu sikap tolong menolong dan Bantu membantu sesama Muslim dan bertegas apabila berurusan dengan orang yang bukan Islam”.

Seterusnya menurut penulis yang bernama Mazlan bin Zainol, “Sewajarnya kempen boikot dijayakan dengan konsisten, terancang, kolektif dan tidak hanya bermusim”. Menurut beliau lagi, “Sesungguhnya boikot adalah jihad kecil yang hakikatnya mampu untuk dilakukan oleh seluruh umat Islam”.

Kempen yang konsisten, terancang dan kolektif ini disokong lagi oleh Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) yang juga Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Jamaah Islam Malaysia (JIM) di dalam temu bual dengan majalah I. Menurut beliau, “Masyarakat perlu meletakkan kepentingan terhadap barangan yang penting (buy American last). Ia dilakukan dalam keadaan tiada pilihan, contohnya computer dan kapal terbang. Rakyat tiada pilihan dan terpaksa menggunakan produk-produk ini akibat desakan hidup. Menurut beliau usaha meneruskan usaha boikot ini, secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat melumpuhkan ekonomi mereka dan memberi isyarat rakyat seluruh dunia membenci kezaliman yang dilakukan.

Berikut adalah sedikit sebanyak kesimpulan yang dapat penulis huraikan di dalam kesempatan menghabiskan bateri laptop. Itu pun dah keluar warning bateri. Maka penulis menyeru kepada semua pengguna diluar sana, kibarkan bendera jihad bagi melumpuhkan ekonomi musuh Allah. Moga usaha kita ini akan menggerunkan musuh-musuh Allah sebagimana Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Anfal ayat 60.

“Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu dari kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu”.

Sirru Ala’ Barakatillah


p/s: tulisan ini ditulis pada 28.Mac (hari kelahiran penulis). Namun agak lambat untuk dipostkan kerana tidak dapat perkhidmatan internet sepanjang berada di JB.

Friday, March 27, 2009

Muktamar UMNO melahirkan kepimpinan yang bermasalah

Perhimpunan Agung UMNO baru sahaja melabuh tirai sebentar tadi. Sepanjang penulis berada di arena politik, tidak sebegini teruja untuk mengikuti persidangan ini. Tetapi kali ini penulis sangat berlainan, sekiranya ada kelapangan masa, pasti akan penulis amati ucapan dan perkembangan perhimpunan. Antara sebab penulis teruja adalah kerana:-

1. Nak tengok macam mana gelagat UMNO mempertahankan kebobrokan mereka.
2. Nak tengok UMNO yang di saat-saat akhir nafas mereka.

Antara yang penulis perasan, sepanjang ucapan wakil-wakil UMNO tidak sekali pun ayat-ayat Al-Quran dan terjemahan menjadi selingan di dalam ucapan mereka. Entah.. mungkin pembaca diluar sana terdengar ayat-ayat Al-Quran dibaca, tetapi penulis secara pribadi tidak terdengar langsung. Sedangkan Al-Quran itulah yang menjadi panduan hidup orang-orang mukmin. Sedih sungguh dengan UMNO, ibarat orang yang hampir mati tetapi tidak dapat melafazkan shahadah.

Apa-apa pun, para pembaca blog ini diluar sana nilailah sendiri, dimanakah roh tarbiah di dalam UMNO...? Kalau roh islam pun tidak dapat dizahirkan didalam Muktamar UMNO, bagaimanakah pimpinan yang bakal di lahirkan nanti..?

wuzere: gambar diatas, UMNO sedang dibaiki untuk dilupuskan..

Tuesday, March 24, 2009

Laporan penuh Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-3

Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana telah mengizinkan untuk kami menyempurnakan program Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-3 dengan jayanya.


Program yang bermula pada 20hb Mac (Jumaat) baru-baru ini telah membuka satu lembaran baru kepada Jabatan Amal Negeri Sabah dan seterusnya Dewan Pemuda PAS Sabah. Program yang diadakan di sebuah kampung di Sook ini telah mendapat kerjasama yang baik dari penduduk kampung tersebut. Mana tidaknya, rombongan peserta dari Kota Kinabalu seramai hampir 25 peserta yang tiba terlebih dahulu di tapak program telah disambut oleh penduduk kampung dengan jamuan makan tengah hari. Kemudiannya, rombongan dari Keningau yang diketuai oleh Ust Kamal dan Ust Shakir seramai 24 peserta turut tiba. Suasana bertambah meriah apabila robongan dari Sandakan seramai 26 peserta tiba. Untuk makluman, Sandakan adalah rombongan yang paling jauh, yang mana mengambil masa hampir 10 jam untuk sampai ke tapak program.

Seekor kerbau telah menjadi santapan pada para anggota amal selama tiga hari di sini. Petang itu juga bersama penduduk kampung, kerbau tersebut diselesaikan. (terima kasih kepada penyumbang bahagian aqiqah). Manakala sebelah malamnya telah diadakan majlis ringkas bersama penduduk kampung dan seterusnya penyerahan anak angkat. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ust. Hafiz selaku pengarah program dan Ust. Ridwan selaku pengerusi masjid.

21hb dimulakan dengan solat berjamaah di masjid dan seterusnya perbarisan pagi. Kekuatan anggota pada hari ini seramai 89 peserta. Kehadiran pada hari ini ditambah lagi dengan kehadiran rombongan dari Tawau seramai 8 orang dan Labuan seramai 4 orang. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugas-tugas pagi ini. Peserta dibahagikan untuk menyelesaikan tugas-tugas berikut, gotong royong membersih kubur, gotong royong mengecat masjid, ‘team’ teknikal wirering, ‘team’ lapah lembu/masak, ‘team’ tayangan kanak-kanak dan ‘team’ program bersama penduduk. Aturcara program bersama penduduk ialah, majlis perasmian oleh Ust. Misri, ceramah motivasi keibubapaan oleh Sdr Hisamuddin Sulaiman, Tayangan Amal dan penyampaian sumbangan kepada penduduk (terima kasih kepada semua penyumbang) .

Sebelah petangnya pula ialah acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu, rempuh halangan, timbang bola takraw dan futsall. Program turut disertai oleh belia penduduk kampung dan tidak ketinggalan juga sukaneka kanak-kanak yang dikendalikan oleh Sdr Saifulrijan. Manakala pada waktu malam, program Malam Hiburan Islam telah diadakan dan seterusnya penyampaian hadiah oleh Ust Jamsari kepada pemenang-pemenang ‘game’ yang telah diadakan pada sebelah petang tadi. Kelihatan kepuasan dan kecerian kepada hadirin yang terdiri daripada peserta dan penduduk.

22hb dimulakan dengan solat subuh, tazkirah subuh dan seterusnya perbarisan pagi. Peserta umpama tentera merah apabila mula memakai t-shirt Unit Amal Malaysia yang tiba petang semalam. Perbarisan pagi yang diketuai oleh Sdr Saifuddin ini telah disempurnakan oleh Ust. Jamsari dengan pemeriksaan barisan peserta. Seterusnya peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kerja iaitu ‘team’ membersih kawasan, 'team' kursus memasak untuk ibu-ibu (terima kasih kepada Sdr Mustaqim) dan ‘team’ perubatan (chek kandungan glukosa dalam darah) yang dikendalikan oleh saudara Aswadi (terima kasih kepada Farmasi Aslam kerana sumbangan alatan). Pada pagi ini juga diadakan ‘Induksi Amal’. Program yang dikendalikan oleh Ust. Jamsari ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan khusus untuk Ahli Lembaga Pengarah Negeri dan umumnya untuk anggota Amal. Diakhir program adalah penyampaian watikah perlantikan sebagai ALP Negeri.

Majlis penutup dibuat dengan disertai penduduk setempat setelah selesai induksi. Ucapan ringkas dari ketua kampung begitu memberi semangat kepada peserta untuk terus menabur bakti kepada masyarakat. Allahuakbar !!

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga berjumpa lagi di Jambori Amal Negeri Sabah kali ke-4

Monday, March 23, 2009

Gambar Sekitar Jambori Amal Negeri Sabah

Salam perjuangan,

Kepenatan menguruskan Jambori belum pun hilang, InsyaAllah laporan penuh akan disampaikan pada masa terdekat, berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program Jambori baru-baru ini. Terima kasih pada semua.

khemah para peserta

aktiviti jambori: rempuh halangan

aktiviti jambori: rempuh halangan

aktiviti jambori: timbang bola takraw

aktiviti jambori: perlawanan futsall

sukaneka kanak-kanak
bergambar bersama pasukan belia penduduk kampung, kelihatan cikgu anuar dan Ust. Jamsari

Aqiqah seekor kerbau

Lagi gambar menarik akan disiarkan, insyaAllah.

Tuesday, March 17, 2009

Ali ulangai rekod Isa

Salam perjuangan,

Kebanyakan dari kita tahu bahawa rasuah itu adalah perkara yang sangat jijik. Mari kita berfikir sejenak, sekiranya perkara yang jijik ini dilakukan oleh ketua jabatan kita, atau majikan kita, atau bos kita, apa pandangan kita sebagai orang bawahan terhadap mereka? Tentulah hilang segala hormat kita terhadap mereka bahkan rasanya tidak layak lagi untuk mereka memimpin kita di dalam sesebuah organisasi.

Tapi pelik sungguh dalam dunia politik UMNO. Rasuah bukan lagi perkara yang jijik bagi mereka. Malah UMNO menganggap rasuah sebagai batu loncatan untuk memiliki kuasa dan pengaruh. Faktor kredibiliti tidak lagi menjadi kayu ukur di dalam memilih pemimpin UMNO tetapi siapa yang memiliki kuasa wang, dialah yang selayaknya memimpin. Jijik sungguh UMNO, patutlah Profesor Emeritus Shahnon Ahmad pernah menerbitkan sebuah novel satira 'SHIT'.

Seperti kita sedia maklum kes rasuah di dalam UMNO bukan lagi perkara baru, malah ianya telah menjadi budaya dikalangan pemimpin UMNO, seterusnya menjadi ikutan dikalangan ahli-ahli UMNO. JIJIK sungguh UMNO. Memalukan bangsa melayu!

Thursday, March 12, 2009

Filem Malaysia: Kenapa tidak mengangkat martabat bangsa?

Salam perjuangan..

Tulisan kali untuk merehat seketika minda dari kekalutan politik kotor UMNO/BN. Pandangan ini dilontarkan bagi melihat perkembangan filem di Malaysia. Secara umumya penulis secara pribadi agak kecewa dengan arus perfileman Malaysia. Rasanya bukan sahaja penulis yang berpandangan sedemikian, tetapi pandangan ini sebenarnya telah lama diperdebatkan di media arus perdana.

Sebelum penulis meneruskan ringkasan ulasan tentang filem Malaysia, penulis memuji beberapa penerbit filem yang sanggup mempertaruhkan keuntungan dengan menerbitkan filem gern baru seperti ‘CicakMen dan Upin&Ipin’ yang menampilkan kaedah/teknik baru dalam bidang perfileman

Fokus penulis tentang perfileman Malaysia bukan menumpukan kepada teknik/kaedah filem dihasilkan, tetapi penulis ingin mengajak para pembaca menilai sejauh mana ‘Filem Malaysia’ telah mengangkat martabat bangsa. Othman Puteh selaku pengkritik filem Malaysia satu ketika dahulu pernah menyatakan kekecewaan beliau terhadap perfileman Malaysia. Penulis masih ingat kata-kata beliau kerana penulis turut hadir ke majlis/forum yang mana beliau menjadi panel di dalam topik perbincangan.

Pernah kah pembaca diluar sana melihat filem China, Korea, Jepun, juga Eropah? Filem yang penulis maksudkan adalah filem berunsur ‘Epik’ dan ‘Sejarah’. Nescaya kita pernah melihatnya. Sebagai contoh filem ‘The Last Samurai’, filem ‘Fearless’ lakonan Jet Lee, filem ‘Trojan’ dan berbagai lagi filem ‘epik’ yang berjaya dihasilkan. Entah berapa banyak lagi penulis pun dah ingat, tetapi yang pastinya disebalik filem-filem tersebut sebenarnya adalah penonjolan kepada imej dan kebanggaan sesuatu bangsa di atas sejarah yang mereka miliki.

Namun amat malang bagi Malaysia yang juga kaya dengan nilai sejarah bangsa, tetapi tidak diketengahkan melalui dunia perfileman. Walaupun ada juga cubaan dari dari penerbit untuk menerbitkan filem ‘Epik’ Melayu tetapi masih banyak perlu di perbaiki dan dihalusi agar ianya menjadi rujukan sejarah bangsa Melayu.

Sebagai contoh:-

Filem Hang Tuah

Penulis memberi kredit pada filem jika dilihat dari segi latarbelakang filem. Namun jalan ceritanya tidak menghala kepada pengkisahan kehebatan Kesultanan Melayu Melaka, tetapi lebih kepada dunia percintaan yang akhirnya merendahkan nilai seorang yang bernama Laksamana Hang Tuah.

Filem Paloh

Filem ini menceritakan zaman penjajahan Jepun dan kekejaman komunis serta suvival bangsa Melayu dalam mengharungi antara dua kuasa yang kejam. Penulis memuji filem ini dari sudut jalan ceritanya tetapi amat benci dengan adegen ‘menghairahkan’ yang menghilangkan sifat kesopanan bangsa ketika itu, seolah-olah hubungan tersebut sah untuk dipertontonkan kepada umum.

Filem Let. Adnan

Seperti yang penulis katakan sebelum ini, buku mana lagi yang tidak pernah penulis baca tentang sejarah perjuangan bangsa Melayu. Namun Filem Let.Adnan pada penulis hanya 60% memenuhi ciri kehebatan bangsa Melayu. Pada penulis, kelemahan filem ini adalah kesalahan memilih pelakon.

Filem Embun

Filem kehidupan zaman penjajahan Jepun, tetapi apa yang penulis cuba untuk mengkaji, benarkah ada seorang perempuan yang bernama Embun dan benarkah apa yang berlaku padanya itu adalah pengkisahan semula? Atau mungkin rekaan yang pada penulis tidak termasuk di dalam kelompok filem ‘Sejarah’ kerana tidak ada nilai sejarah pada filem tersebut.

Filem Bukit Kepong

100% penulis ‘respect’ filem ini. Mempunyai nilai sejarah kehebatan bangsa Melayu mempertahankan maruah dan tanah air. Namun filem ini sahaja tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan perjuangan bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Secara ringkas yang penulis huraikan di atas, dapatkah pembaca menilai, adakah filem kita mengangkat martabat bangsa Melayu di persada dunia? Kadangkala filem tersebut lebih menonjolkan kisah percintaan dari kisah perjuangan, yang menyebabkan penulis keliru yang mana sebenarnya ingin dipertontonkan. Sekiranya penulis ingin senaraikan kehebatan perjuangan bangsa Melayu mempertahankan tanah air rasanya tidak tersenarai banyaknya, namun disini penulis cuba untuk menyenarai ringkaskan filem yang sepatutnya diberi perhatian untuk diterbitkan agar ianya menjadi tatapan sejarah anak bangsa.

i) Perjuangan Dato Maharaja Lela

ii) Perjuangan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah

iii) Kehebatan Gerila Force 136

iv) Perjuangan 7 Daeng bersaudara.

Persoalannya, kenapa kehebatan ini tidak ditonjolkan di dalam Filem Malaysia?

Wednesday, March 11, 2009

Sumbangan & Derma Amal
untuk
Kg. Binowou Tengah, Sook, Keningau.
(Tiada bekalan Elektrik dan Air)


Bagaimana Anda Boleh Menyumbang?


1. Tajaan RM25/Pakage Sumbangan (Beras, Gula, Tepung, Minyak Masak & Susu)
2. Sumbangan berbentuk barangan keperluan masjid (Sejadah, Al-Quran, Mikrofon, rehal dll.
3. Sumbangan berbentuk wang tunai.

Sumbangan akan disampaikan melalui
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
pada 21 Mac 2009

Sila hubungi En.Saifuddin (013-5305244) atau boleh terus menyumbang ke akaun Ust Ahmad Hafizullah Ubaidah (0301 8020 349483 - BIMB)

"MOGA AMAL IKHLAS KITA DITERIMA ALLAH"

Monday, March 9, 2009

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun ‘pengharaman arak’ untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan.”

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

Dato’ Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS

Sunday, March 8, 2009

Catatan Perjalanan: Jalan ke puncak gunung

Semalam penulis bersama beberapa orang rakan berkesempatan bersama-sama ke Keningau untuk mengadakan pertemuan bersama penduduk setempat berhubung dengan program khidmat masyarakat yang akan kami adakan disana. Selama 4 tahun penulis di Sabah ini, inilah kali pertama penulis sampai di daerah Keningau, Alhamdulillah. Perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam ini melalui jalan 'kimanis'. Sebelum ini penulis hanya digambarkan bahawa jalan ini merupakan 'jalan maut' kepada para pengguna, mana tidak nya, tahun lepas 2 orang sahabiah dari UMS telah meninggal dunia dijalan ini. Pada bulan lepas, seorang guru dari daerah Keningau turut terkorban di jalan ini. Kalau tidak salah penulis Jefri Kitingan juga hampir-hampir maut/lumpuh kerana terlibat kemalangan di jalan ini. Hati penulis sangat berdebar semasa melalui jalan ini. Syukur kepada Allah kerana bantuan dari seorang sahabat yang sering berulang alik di jalan ini sentiasa mengingatkan penulis tentang jalan-jalan yang bahaya. Berikut adalah gambar yang sempat penulis rakamkan semasa berhenti untuk rehat di atas puncak sebuah gunung (istilah orang tempatan 'jalan ke puncak gunung').

Kabus tebal menyelubungi bukit bukau (ketika berada dipuncak gunung)

Keadaan jalan (terpaksa menggunakan gear satu)

Berhenti rehat seketika (menikmati pemandahan Maha hebat ciptaanNya)
.
Seterusnya perjalan kami ke sebuah kampung di daerah Sook. Kampung yang penulis boleh katakan memiliki pemandangan yang cantik dan bersih. Numun perjalanan ke kampung ini terpaksa melalui jalan yang tidak bertar sepanjang hampir 7km. Bekalan air dan elektrik juga tidak diperolehi dikampung ini. Maka terpaksalah penduduknya menggunakan generator dan menadah air hujan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air. Situasi ini benar-benar menginsafkan penulis. Diceritakan oleh salah seorang penduduk, bahawa pernah 3 bulan hujan tidak turun. Namun keadaan masjid yang sempurna menjadikan penawar bagi sesiapa yang hadir ke kampung ini. Menurut ketua kampung, masjid ini diluluskan pembinaan semasa Tun Ghafar Baba. Walau bagaimanapun agak mendukacitakan keadaan tikar di dalam masjid. Setelah berbincang dengan beberapa sahabat, kami bersetuju untuk berusaha menganti tikar yang mungkin tidak sesuai lagi digunakan. Oleh yang demikian penulis membuka kepada para pembaca diluar sana yang berhajat untuk melaksanakan wakaf tikar getah. (1 meter RM 5.00). Jumlah yang diperlukan 40mx40m. Setelah selesai berbincang dan bermesyuarat bersama penduduk, kami pun berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Semoga usaha ini mendapat pertolongan dari Allah s.w.t.
Keadaan tikar masjid

Keadaan tikar masjid

Tiang 'politik': Telah bertahun dijanjikan elektrik, tetapi hanya tinggal janji

Saturday, March 7, 2009

Sekitar Ceramah YB Abd Wahid Endut di Kota Kinabalu

Khamis 5 Mac 2009- Kota Kinabalu telah didatangi oleh YB Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu dalam rangka lawatan sempena kemenangan beliau yang mewakili PAS di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
.
Ceramah YB Abd Wahid Endut di Palace Hotel, Kota Kinabalu
.
Program Ceramah Umum beliau bermula pada pukul 8 mlm di Hotel Palace, KK. Turut bersama malam itu, rakan-rakan pimpinan PR dari PKR & DAP. Banyak maklumat & pendedahan telah disampaikan oleh para pimpinan PR pada malam itu terutama mengenai isu Perak, keadilan dan lain-lain. Tuan Hj. Ansari sebagai contoh, banyak mendedahkan bagaimana kerajaan membelakangkan undang-undang untuk survival mereka dalam satu ‘desperate moves’ untuk merampas kuasa.

Hadirin yang hadir
.

Antara hadirin yang hadir

YB Abdul Wahid juga telah mendedahkan pelbagai perkara selain menceritakan pengalamannya & PAS dalam menghadapi tekanan berat sebelah & bagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum ini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meringankan beban rakyat.
YB Abdul Wahid berpesan 5 perkara berhubung perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pertama ialah, ‘jangan cari musuh, & jumpa musuh jangan lari.’ Kedua, istiqamah, iaitu usaha & semangat yang sentiasa berterusan, tak kira dalam keadaan susaah atau senang. Ketiga, hendaklah berserah kepada Allah, tawakal & sentiasa percaya kepada pergantungan kepadaNya. Keempat, jangan berpecah, elakkan permusuhan sesama sendiri & sentiasa bersatu. Yang kelima-sabar. Perjuangan mungkin akan mengambil masa yang lama, menghadapi pelbagai cabaran & rintangan.

Kaunter JoM Sertai PAS turut dibuka

Unit Penerangan
Pemuda PAS Pantai Barat

rujukan:
http://dppsabah.blogspot.com/

Friday, March 6, 2009

Perkembangan Perhimpunan Membantah PPSMI [update]

Maklumat yang diterima dari mujahidperak pada 12.51 tadi mengatakan polis dan FRU mula berkampung dihadapan Istana Negara. Manakala dari bro zul yang berada di Masjid Negara, memberitahu orang ramai mula berkumpul. Berikut adalah gambar terkini dari bro zul di Masjid Negara.

keadaan dihadapan masjid negara (1.55pm)

2.15pm
bro zul yang berada di Masjid Negara melaporkan polis menutup pintu masjid bagi menghalang perarakkan ke Istana, manakala orang ramai mula merempuh pintu pagar. Kini rakyat mula berarak ke Istana Negara.

2.35pm
Maklumat terkini, polis mula menembak bom asap kepada rakyat.

2.47pm
Maklumat dari mujahidperak, rakyat mula bergerak sekali lagi kehadapan.

2.51pm
Serangan kedua oleh pihak polis.

3.10pm
Perarakan berundur kembali ke masjid negara. Water cannon ditembak, DS Tn.Guru Hj. Abd Hadi mengarahkan rakyat berundur seketika.

3.23pm
Tembak bom asap dan air sehingga ke dalam kawasan masjid. DS Tn. Guru terkena gas pemedih mata dan diselamatkan oleh Unit Amal.

3.43pmpm
Tn. Guru sedang memberi ucapan, rakyat diminta bersurai setelah memorandum berjaya di sampaikan pada Agong sebentar tadi.

Gambar Pilihan
YB Mahfuz Omar memberi ucapan
.
Rakyat berarak ke Istana Negara
.

Mengusung keranda '152'
Antara rakyat yang menyertai perarakan
.
Rakyat menuju ke Istana Negara

Water Cannon disembur ke arah Rakyat

Keadaan diperkarangan Masjid Negara

Kepungan polis


wuzere: terima kasih pada mujahidperak dan bro zul, perjuangan memartabatkan Islam akan diteruskan..!

Wednesday, March 4, 2009

LINTAS LANGSUNG PERHIMPUNAN MEMBANTAH PPSMI

Blogislamreturn akan berlintas langsung terus menerus dari tempat perhimpunan. InsyaAllah sekiranya tiada apa halangan maklumat terus akan diperolehi dari mujahidperak. Nantikan 7 Mac 2009 (2.00 pm).

Nantikan..!

Ucapan Takziah

Saya sekelurga mengucapkan takziah buat Hj Rahimin sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau. Semoga beliau sekeluaga tabah menghadapi dugaan dan juga semoga roh ayahanda beliau ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. (tentang beliau:http://abunuha.wordpress.com/2009/03/02/berita-keluarga-2/)


Monday, March 2, 2009

Pengumuman Penting!!

Kepada sekelian rakyat,
anda boleh ke Perak untuk menyaksikan satu lipatan sejarah yang berlaku di sana.
Jangan lupa bawa kamera dan video cam.
Rakamkan segala sejarah yang berlaku,
dan pastikan gambar tersebut ditunjukan pada anak cucu kita.
Katakan kepada mereka,
UMNO telah kembali ke zaman batu.


lagi sejarah tercipta:

Sidang tergempar DUN di bawah pokok

2 usul sudah diluluskan

Usul pertama- yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

Usul Kedua- membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.



Malu ada Melayu seperti UMNO

Salam perjuangan,

Syukur

Pertama sekali penulis ingin merafakkan sepenuh kesyukran kehadrat Allah s.w.t kerana menggerakkan hati seorang penderma untuk menyumbang RM4000.00 bagi menjayakan program kebajikan yang akan diadakan di Sook. Sebuah kampung pendalaman yang majoritinya muslim, namun apa yang mendukacitakan, tempat ini tiada bekalan air dan hanya bergantung pada perigi dan tadahan air hujan. Amat malang lagi apabila masjid yang berada dikampung ini juga hanya bergantung pada tadahan air hujan semata-mata. Bayangkan, sekiranya hujan tidak turun 2 minggu, akibatnya solat tidak dapat dilakukan di masjid tersebut. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan penderma tersebut, insyaAllah ianya akan digunakan untuk membina perigi bagi mendapatkan sumber air dalam tanah. Semoga Allah s.w.t membalasi tuan/puan dengan nikmatnya yang lebih berganda. Penulis juga mengalu-alukan, sekiranya masih ada pembaca yang ingin memberi sumbangan, kerana program yang akan diadakan di kampung tersebut selama 3 hari 2 malam. Sumbangan boleh diberikan sama ada, wang, beras ataupun bahagian aqiqah. Pembaca boleh merujuk di NoticeBoard al-mansur disebelah kanan.

Perangai UMNO amat memalukan bangsa Melayu.

Terus terang, penulis sebenarnya berasa amat mual dengan UMNO. Sebab tu penulis tidak akan iktiraf UMNO sebagai pertubuhan yang mewakili orang Melayu. Penulis yakin bahawa kemuliaan sesuatu bangsa hanya terletak kepada setinggi mana bangsa itu menjulang kemuliaan Islam. Persoalan diminda kita, betulkah UMNO tu Melayu dan Melayu tu UMNO? Pada penulis, kalaulah UMNO pupus di muka bumi ini sekalipun, rasanya bangsa Melayu tetap ada.

Kalau betullah UMNO nie melayu, tolong jawab soalan-soalan berikut:-

1. Kenapa menghapuskan tulisan Jawi (asal tulisan melayu)?
2. Kenapa mendikriminasikan bangsa Melayu Kelantan hanya kerana perbezaan ideologi?
3. Kenapa sanggup mempertahankan PPSMI?
4. Kenapa memperendahkan dan mempermainkan kehebatan hukum-hukum Allah s.w.t?
5. Kenapa merosakan anak bangsa Melayu dengan hiburan yang melalaikan?
6. Kenapa..?
7. Kenapa..?
8. Kenapa..?

Kanapa 6, 7 dan 8 dan seterusnya, cuba pembaca fikirkan dan renungkan..

Proton dan masa depan ekonomi Melayu

InsyaAllah sekiranya diizinkan, penulis ingin sekali mengulas sedikit tentang tajuk diatas.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD