HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, March 31, 2012

Ahmad Lutfi Othman bersama penggerak media di Kota Kinabalu

Salam perjuangan..

Secara pribadi aku mengenali saudara Ahmad Lutfi Othman sejak dari belajar di universiti lagi, apabila minat dan kecenderungan pembacaan isu-isu semasa dan politik mula menguasai diri. Majalah DETIK dan seumpamanya akan menjadi pilihan bacaan pada sekitar era Reformasi 1998. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga bertemu sua dengan beliau dan bertukar-tukar pandangan.

Pada awal sesi pembentangan 'Etika Penulisan dan Kewartawanan Berintegriti' beliau banyak menyentuh tentang hak kebebasan media di Malaysia yang berada pada kedudukan yang teruk. Sebagai contoh, kementerian (kerajaan) boleh menamatkan, menggantung atau mengharamkan cetakan mana-mana terbitan tanpa apa-apa notis tunjuk sebab. Malah pihak yang terlibat tidak boleh mencabar keputusan tersebut pada mana-mana mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa seorang wartawan/penulis memerlukan integriti, kridibiliti dan fakta serta ideologi (kekuatan dalaman). Menjadi seorang penulis juga merupakan satu proses dan cabaran paling besar seorang penulis ialah istiqamah. Beliau memetik kata-kata Pak Sako, "Aku boleh sahaja meletak jawatan apabila dilantik sebagai raja, tetapi sekali aku menjadi penulis, tidak sesekali akan aku berundur". 

Program Seminar Kewartawaan dan Media Baru Hadapi PRU13 ini dianjurkan oleh Jabatan IT PAS Negeri Sabah. Turut sama pada majlis tersebut ialah Saudara Suhaimi Embong, Pengarah JITP.


 Ahmad Lutfi ketika menyampaikan pengisian beliau

p/s: Kata-kata Ahmad Lutfi yang aku tag - "Dapatkan rahsia kehebatan disebalik satu penulisan"

Wednesday, March 28, 2012

BN Sabah bergolak: Bukti pendaftaran PATI di Sabah di dalangi oleh UMNO/BN

Salam perjuangan..

Kebelakangan ini isu PATI di Sabah semakin hangat diperkatakan. Ini membuktikan bahawa UMNO/BN di Sabah semakin tergugat dan yakin bahawa kuasa mereka bakal hilang pada PRU ke-13 nanti. Walaupun jelas aktiviti haram ini dilakukan secara terbuka, namun tiada apa-apa tindakan undang-undang diambil terhadap penyelewengan ini. Malah kita yakin bahawa keselamatan negara turut terancam dengan pendaftaran PTI sebagai warganegara kerana mereka akan bebas kemana sahaja, bahkan ke Semenanjung. Inilah kemusnahan yang sedang dibina oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Pendatran ini berlaku di Semporna dan persoalannya sekarang, kenapa pendaftaran ini dibuat di Bilik Gerakan Barisan Nasional..?


Bukti bergambar:




Kenyataan yang diambik dari 1 Suara Sabah (facebook)

PRU13, UMNO CUMA MAHU MNGEKALKAN 32 KERUSI DUN YG DIMENANGINYA DLM PRU12 UTK KEMBALI BERKUASA DI SABAH SECARA 'SIMPLE MAJORITY'. 40,000 ORG YG AKAN DIBERI SIJIL KELAHIRAN DAFTAR LEWAT DIPERCAYAI MAJORITI PTI DARI FILIPINA. SBLUM PRU13 DIADAKAN, MREKA AKAN DIKLUARKAN MYKAD DAN STERUSNYA DIDAFTARKAN SBG PENGUNDI DI 32 KWASAN DUN YG DIMENANGI UMNO DLM PRU 2008. DGN CARA INI, UMNO AKAN DAPAT MENGEKALKAN KERUSI2 YG DIMENANGINYA DLM PRU 2008, MUNGKIN DGN MAJORITI YG LEBIH BESAR! 

............................................................................................................

Kilang KP UMNOBN beroperasi dipejabat ADUN Sinallang dengan bantuan kakitangan JPN yang menggunakan 5 kenderaan rasmi JPN. JPN ada pejabat di Semporna, kenapa harus beroperasi dipejabat ADUN UMNOBN

Gambar suasana di adun Senalang,Tetapi Datuk Nasir telah menafikan dalam keluaran Daily Express baru-baru ini, dan hanya untuk Kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil lahir. Tetapi di manakah kanak-kanak itu dalam gambar ? 




...................................................................................................................

Kepada sesiapa yang tidak mempercayai projek I/C ini. selama 2-3 hari ini 1SS menerima beberapa gambar dari semporna, PATI di katakan dari seluruh pelusuk Sabah mengambil cuti serentak untuk ke Semporna membuat pendaftaran/mengambil I/C. Jika benar ia adalah hari penerimaan BR1M mengapa perlu ada JPN bergerak sebanyak 5 buah kereta.

Photo showing some of the 5 JPN vehicles being parked outside the office of the UMNO-BN Assemblyman's Office as mentioned in my earlier posting.

Tuesday, March 27, 2012

Gengster FELDA pukul dan halau peneroka di Lahad Datu

Salam perjuangan..

Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.







Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya. 

tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak

sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah

Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya...

Bob Lokman di Kota Belud

Salam perjuangan..

Semalam aku dan teman-teman pemuda PAS Sepanggar telah menghadiri majlis Makan Malam bagi mengutip dana banggunan PASTI Al-Firdaus di Kota Belud. Perkembangan PASTI di Sabah tidak dapat lagi dinafikan oleh banyak pihak. Sekalung tahniah kepada sahabat di KB terutama ketua pemudanya, saudara Jumat Sakmat yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.

 Antara tetamu yang hadir memenuhi ruang dewan

 Bob Lokman sedang berucap dan menceritakan kisah hidup beliau

 Terbaik dari Bob Lokman

Bob Lokman sebagai tetamu khas yang dijemput telah merasmikan pelancaran Dana Wakaf Banggunan PASTI Al-Firdaus. Aku sangat tertarik dengan kisah beliau yang telah kembali ke fitrah Islam dan tekad beliau menghantar semua anak-anaknya ke aliran agama bermula dari tingkatan satu walaupun anak-anaknya telah berusia 17, 18 dan 19 tahun. Ini kerana menurut beliau, sebelum ini beliau telah tersalah memilih jalan dengan menghantar anak ke sekolah hanya semata-mata kerana untuk kemegahan dunia, tetapi bukan untuk mengenali Allah. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Ust Farhan (Pendakwah Bebas) dan En. Lahirul Latigu (Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah).

Untuk Sumbangan Dana Wakaf Banggunan PASTI Kota Belud, boleh menghubungi En. Ahmad Fauzi (019-8096640) atau terus bank-in ke Akaun Agro Bank (1001941000053319) atas nama PASTI Al-Firdaus.

Sekali lagi tahniah PAS Kota Belud.. Terbaaeekk,,,

Tuesday, March 20, 2012

PSS komited membangunkan Remaja di Sabah

Sumber: http://siswazabah.blogspot.com/

Kenangan bersama perwakilan PSS & KRU yang hadir

Kota Kinabalu, 18 MAC 2012 – Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunannya sesi 2012 kelmarin. Mesyuarat Agung yang diadakan di dewan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) tersebut telah dihadiri oleh seramai 70 orang perwakilan PSS serta pemerhati dari seluruh daerah yang merangkumi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Beaufort, dan Sipitang. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penasihat PSS iaitu Dr. Ali Akbar.

Dalam ucapan dasar Presiden, En. Mohd Fairuz Bin Bend, beliau telah menggariskan 3 gagasan utama yang akan diperkasakan oleh PSS menjelang sambutan sedekadnya pada tahun 2014 nanti. 3 gagasan utama tersebut ialah, Gagasan Pendidikan yang merangkumi 3 elemen iaitu pendidikan peringkat sekolah menengah, pendidikan mahasiswa di IPT, dan pendidikan tambahan sebagai siswazah keluaran IPT. Manakala gagasan yang kedua adalah pemerkasaan program-program kemasyarakatan serta hubungan dengan badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) di negeri Sabah.

Melalui mesyuarat agung itu juga, kepimpinan baru telah dipilih melalui mesyuarat dan diumumkan kepada seluruh perwakilan dan pemerhati yang hadir. Barisan kepimpinan PSS yang baharu bagi sesi 2012 ialah, Sdr. Engr. Mohamad Zul Hilmey Makmud selaku Presiden, Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin selaku Timb. Presiden 1, Sdri. Rohana – Timb. Presiden 2, Sdr. Azizul Julirin – Setiausaha Agung, Sdr. Fanshuri Badaruddin – Bendahari Kehormat, serta barisan Exco yang dilantik yang terdiri dari Sdr. Fazrin Musin, Sdri. Hasnidar, Sdr. Hasmadi Hasbi, Sdr. Lamin Siamir, Sdr. Zaiem Hilmi, dan Sdri. Azlinah Awang.




Duduk Dari Kiri : Fazrin, Zaiem, Azizul, Zul Hilmey, Fauzi, Fanshuri , Hasmadi
Berdiri Dari Kiri : Azlinah : Rohana 

Mesyuarat ditangguhkan dengan kelulusan usul pemantapan sistem pendidikan tambahan kepada pelajar sekolah menengah melalui program PSS dan kelab remaja dibawahnya iaitu Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) untuk membantu kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan bagi membangunkan sakhsiyyah dan akademik pelajar. Ia sejajar dengan program-program remaja seperti Kem Remaja Islam (KRIS), Kem Remaja Cemerlang (KRC), Islamic Summer Camp (ISC) yang telah pun dijalankan oleh PSS sejak tahun 2008 hingga kini. – MediaPSS

Monday, March 19, 2012

DS Nizar dan Dato' Husam Musa di Kota Kinabalu

Salam perjuangan..

PAS Sabah sangat bertuah kerana kehadiran dua tokoh ikon nasional PAS yang berada di Kota Kinabalu semalam. Kehadiran mereka adalah bagi mengundang jemputan ke Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Negeri Sabah. Majlis yang sepatutnya dihadiri oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz ini tetap diteruskan walaupun menteri besar Kelantan tersebut tidak dapat hadir bersama diatas sebab keuzuran. Namun begitu, pihak penganjur tidak menghampakan para pengunjung apabila menyediakan video conference secara langsung bersama TGNA dari Kota Bharu (dikediaman beliau).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Menteri Besar Tuan Sabariah. Beliau tetap meneruskan perjalanan ke Sabah sebagai mewakili TGNA bagi memenuhi hasrat para tetamu yang hadir. Inilah nilaian isteri seorang tokoh besar, yang mana pada saat suami beliau uzur untuk hadir, dan disaat sepatutnya beliau berada disisi suami, namun pengorbanan yang di tonjolkan menjadi contoh pada muslimat di jalan dakwah dan perjuangan ini.

Gambar sekitar Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Negeri Sabah:


Ucapan oleh DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (fb DAP Sabah)

Ucapan Doto' Husam Musa (fb DAP Sabah)

Bendera dan Benner Tuan Guru memenuhi bandar Kota Kinabalu (fb Azman)


Menyambut Isteri TGNA, Tuan Sabariah di KKIA (fb team media Putatan)- macam kenal ja sebelah kiri tu



nie dari lensa ku..

Mursyidul Am PAS tetap tidak menghampakan tetamu yang hadir

 comey-comey belako.. maksud aku yang ditengah tu.. ;)

Ini kalau puteri UMNO tolak.. memang rugi

Benteng pertahanan keselamatan sepanjang program.. tahniah buat gabungan tenaga Unit Amal Sepanggar, Tuaran dan Kota Belud. Jangan main-main, semua jenis angkat besi ba itu orang.. ;)


Thursday, March 15, 2012

123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit):
[TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!

Lahirul Latigu,
Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah.


Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".

NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli.

Wednesday, March 14, 2012

Azhan Atan bersama Santai Anak Muda

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Sepanggar baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Santai Anak Muda yang menampilkan bekas Juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan. Program yang dianjurkan ini membuktikan bahawa PAS khususnya Dewan Pemuda sentiasa mencari alternatif terbaik sebagai ganti kepada hiburan yang melalaikan.

Program yang diadakan di perkarangan Pasaraya Lintas ini mendapat sambutan dari para tetamu yang hadir serta pelanggan yang kebetulan berada di lokasi tersebut. Saudara Azhan Atan telah menyampaikan beberapa buah lagu dan diakhiri dengan alunan zikir yang menenangkan jiwa. Rata-rata tetamu yang hadir sangat gembira dan terkejut dengan pendekatan yang dibawa oleh DPP Sepanggar serta mengalu-alukan program sebegini diadakan pada masa-masa akan datang.

Gambar sekitar program:



Sunday, March 11, 2012

TERKINI: Himpunan '123BANGKIT' berjaya menyerah memorandum (update)

Seawal pagi lagi aku dah berada di tapak perhimpunan.. badan letih sangat.. tak larat nak tulis banyak, layan gambar himpunan ini.. apa2 pun terbaik kepada penganjur himpunan..!


 6.30 pagi lagi polis sudah bersedia di tapak perhimpunan

Rakyat berkumpul sebelum bergerak ke pejabat Ketua Menteri (berlatarkan banggunan Yayasan Sabah) 

Ucapan bersemangat oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Zulfikar Abd Mijan

Blogger Monazmuslim (ketua Umum SBS Media) bersama jurugambar bebas 

 Polis mengawal lalulintas

 Pergerakan rakyat ke pejabat Ketua Menteri Sabah

Hj. Hamzah, Tim. Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah turut serta bersama rakyat

Polis membuat halangan di hadapan jalan ke banggunan Ketua Menteri

Boleh tahan jugak FRU nie.. tapi tak seganas FRU Bersih ;)

 Bila lagi nak rasa lepak sebelah pickup polis, kalau ikutkan nak ambil gambar dari dalam.. haha..

 Bersama wakil kaum Iban dari Tawau

Ketua Pemuda, Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah

Aku cuba upload sebanyak mungkin gambar.. tapi berukband nie lembab.. nak mudahnya bleh terus ke laman rasmi himpunan.. gambar aku jugak tu.. klik disini (http://www.facebook.com/123bangkit/photos)

Himpunan juga diadakan di Semenanjung

 Mahasiswa di Pasar Seni, Kuala Lumpur

 Mahasiswa di Ayer Keroh, Melaka

Pembetulan: Memorandum tidak diserahkan, ini adalah kerana Ketua Menteri Sabah hanya menmghantar wakil. Pihak penganjur akan mengadakan tarikh baru untuk menyerah sendiri ke tangan Ketua Menteri. BERSEDIA untuk BANGKIT 2.0

Friday, March 9, 2012

Pendedahan: Kenali penulis Islamreturn

Inilah gaya penulis sebenar Islamreturn.. hari-hari memerah otak untuk menulis isu-isu dan masalah kebobrokan UMNO/BN.


Kalau macam nie.. compom UMNO gulung tikar PRU-13 nanti.. ;)

Thursday, March 8, 2012

Ketua Pemuda PAS Sabah saman JKR negeri (update)

Satu sidang media tentang laporan polis dan saman terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan diadakan esok. Ini adalah sebahagian dari rentetan keadaan jalanraya di Sabah yang teruk dan membahayakan pengguna jalanraya.

Laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah di balai polis Beluran

Keadaan tayar kereta yang perlu ditukar akibat jalanraya yang rosak@berlubang (kejadian sebelum ini)

Isu jalanraya di Sabah yang teruk pernah aku tulis baru-baru ini, rujuk disini.

............................................................................................................

 Laporan terdahulu dari Sabahkini.net (link disini)

JALAN ROSAK PENYEBAB KEMALANGAN BERGANDA

OLEH: SHAIMON S JUMAIDI FOTO: BASRI HJ OSMAN

 

KURANGNYA perhatian pihak kerajaan menyelenggara Jalanraya Kinabatangan-Lahad Datu (yang digelar Lebuhraya Persekutuan di Sabah) yang dalam keadaan berlubang di sana sini, menjadi punca utama berlaku kemalangan maut; sehingga mencederakan dan mengorban beberapa nyawa manusia yang tidak berdosa.


Dalam kejadian terbaru yang berlaku di Lot M, Kinabatangan Lahad Datu; dua kemalangan di tempat berasingan berlaku pada hari yang sama iaitu apabila Van UMNO Kinabatangan yang terbabas kerana cuba mengelakan lubang besar yang terdapat di atas jalanraya tersebut.

Sementara sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda juga terlibat sama dalam kemalangan setelah kenderaan yang dipandu agak laju, terbabas, kemudian terbalik.


Pegawai Kanan Perhubungan Parlimen Kinabatangan, Basri Hj Osman yang menyaksikan kedua-dua insiden tersebut menjelaskan kepada pihak Sabahkini.Net kelmarin bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada jalanraya yang rosak teruk kerana kontraktor penyelenggara cuai dan Jabatan Kerjaraya gagal memastikan Jalanraya berkenaan selama setiap masa.

“Mujurlah kemalangan yang berlaku hari ini tidak sampai mengorbankan nyawa,” kata Basri yang merayu bagi pihak UMNO Kinabatangan agar kerajaan dapat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan segera ke atas jalanraya maut berkenaan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kata Basri, beliau bimbang jika jalanraya ini tidak siap guna sebagai Lebuhraya Persekutuan, maka Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan menjadi Hari Raya Korban kerana pasti ramai pengguna terkorban seperti tahun lalu dan sebelumnya!
 

Wednesday, March 7, 2012

PAS kawasan Sepanggar cabar UMNO turun '123 BANGKIT'

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Berikutan himpunan kembalikan tanah adat '123BANGKIT' yang akan diadakan pada 12hb Mac 2012 nanti, PAS kawasan Sepanggar hari ini mencabar agar UMNO turun bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak rakyat Sabah. Sekirannya UMNO tidak berbuat demikian, ini bermakna slogan mereka 'Tradisi Membela Rakyat' hanyalah retorik semata-mata. Malah menunjukan bahawa UMNO bersama-sama BN Sabah perlu dipersalahkan sekiranya hak-hak tanah adat di Sabah tergadai pada masa akan datang.



Program himpunan tersebut adalah anjuran sebuah NGO 'Bela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). PAS Kawasan Sepanggar dengan ini akan menyokong penuh himpunan tersebut dan akan turun bersama-sama rakyat. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar saudara Saifuddin Samsuddin, Dewan Pemuda kawasan Sepanggar sedang mengadakan roadshow dari kampung ke kampung bagi menerangkan isu ini kepada seluruh masyarakat tempatan. DPP Sepanggar juga akan menggerakan ahli berserta masyarakat sekitar Sepanggar untuk turun bersama-sama ke perhimpunan tersebut nanti. Pada himpunan tersebut satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut jaminan dan pengembalian status tanah adat yang dinafikan.

Lokasi dan laluan perhimpunan '123 BANGKIT'



Sehubungan dengan itu rakyat Sabah diseru untuk berkumpul di lapangan parkir kereta Anjung Selera, Teluk Likas seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise untuk penyerahan memorandum tersebut. Sebarang maklumat terkini berkaitan himpunan tersebut boleh di ikuti di laman facebook [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit).

Sunday, March 4, 2012

Himpunan Isu Tanah dan Makan Malam bersama Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya
Bersama YAB Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) pada 18hb Mac 2012 d Star City Conference Asia City. Turut hadir sama ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Sila hubungi 0138857019 (Wan) untuk mendapatkan tiket.



Himpunan: 123 BANGKIT
Penyerahan memorandum Isu Tanah Adat Negeri Sabah bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Berkumpul pada 12hb Mac 2012, pukul 9.00 pagi. NGO, Parti Politik dan semua rakyat yang prihatin dijemput hadir untuk menyatakan hak. Anjuran: TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)



UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD