HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, July 30, 2011

BUANG BANNER PAS SEMPENA RAMADHAN TINDAKAN TIDAK BERTAMDUN

Berita ini aku dengar semasa berada di Kundasang ketika mengikuti Permukiman Jentera Pilihanraya PAS kawasan Sepangar. Semasa pulang dari permukiman, bersama-sama aku ialah sdra Zaman (krew SBS Media) telah berbincang panjang lebar tentang isu ini. Pernah juga, ajk penerangan Pemuda PAS Sepanggar satu ketika dahulu memohon pada DBKK (Dewan Bandara Kota Kinabalu) untuk memasang benner perayaan, tetapi pegawai terbabit meminta untuk mendapatkan permit polis dahulu.. (kepala hotak dia..) Sahabat aku tanya kepada pengawai tersebut, kalau UMNO gantung benner pun kena mintak permit polis juga kah..? Terdiam dia. 


Selain dari isu tersebut, kami berbincang tentang UMNO yang mempergunakan kemudahan UMS untuk bermesyuarat secara terang-terangan. Juga berkaitan pengurusan pembaikan jalanraya di Sabah yang dianggap pelik di Malaysia. Iaitu, masa yang terlalu lama diambil untuk membaiki jalanraya, tanyalah pada rakyat Sabah kalau tidak percaya apa yang kami bincang ini (InsyaAllah, sekiranya tidak tersekat kehendak ini, aku akan dedahkan isu jalanraya (baikpulih) ini pada masa akan datang). Kesimpulan yang dapat kami buat, ada lagi pemimpin di Sabah yang bersikap primitif sehingga bertindak seperti negeri ini mak babak dia yang punya!

 ...........................................................................................

Sumber: http://paspensiangan.blogspot.com/




Ketua Penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Sulaiman menolak tindakan pihak tertentu yang sengaja membuang banner dan sepanduk sempena Bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh Pas kawasan di Beaufort dan Sepitang.

Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS,sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di pejabat Daerah.

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu,mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.

Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap "bagai katak bawah tempurung".Pas hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan,kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.

Pas Sabah menasihatkan puak-puak ini  agar insaf dengan tindakan seperti buang banner,banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah.

"Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini",tambah Hisammuddin.

Thursday, July 28, 2011

Marina Mahathir mula dilondeh oleh Blogger Pencacai UMPorNO

Salam perjuangan..

Seketika tadi aku sempat melayari blog pencacai UMPorNO dan inilah yang aku jumpa.


Antara kata-kata pencacai tersebut:
"Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang".

Marina Mahadhir (anak Dewa sembahan Pencacai) pun mereka sanggup hina dan londeh, apatah lagi pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Aku yakin gambar itulah sebenarnya yang membuatkan pencacai UMPorNO berbulu telinga (yang sememangnya jenis telinga berbulu) sehingga bermula dari 9Julai hingga ke hari ini tak dapat tidur malam. (blog yg dimaksudkan rujuk disini).

p/s: kalau dah sama-sama berada dalam tong najis, masing-masing tak bau apa-apa (apa-apa pun semoga Marina Mahathir kembali menemui jalan yang benar..)
 .....................................................................................................

Sedikit kisah bergambar aku semasa Day-709 yang lalu (yang pasti gambar aku nie, comfirm pencacai UMPorNO tak berbulu)


Aku dan teman-teman dari Sabah memasuki KL seawal pagi pada 9hb tersebut (sememangnya seorang kelibat polis pun aku tak berselisih). Kemungkinan polis pun belum bangun solat subuh agaknya. Aku, Julfikar dan Abg.Nazri (ketua umum SBS).

Sebelum polis buat kacau, kami sempat berfotografi bersama saudara jijul (yang juga antara krew SBS). Ini antara model-model yang sempat kami persembahkan.


Masa nie kami di depan banggunan Kota Raya, sedang berarak menuju ke menara Maybank. Terpaksa undercover guna kain batik (dah semua kedai tutup, nak beli satu apa pun tak dapat). Di sebelah aku tu Julfikar (jangan main-main, itu bakal YB Parlimen Sepanggar..)

 Inilah laluan tikus yang terpaksa aku dan ramai lagi redah bagi mengelak dari ditangkap oleh polis yang semakin menggila memburu peserta himpunan. Rasa macam zaman di RMC dulu pulak bila bab-bab redah meredah nie.

Ini paling aku tak tahan nak gelak.. sempat lagi bakal YB aku nie mintak tangkap gambar dia lepas kena 'bom asap'. (mata merah tak hilang lagi..) Tak terfikir aku..

Lakonan Semula: Disinilah aku berehat seketika apabila polis mula melepaskan 'bom asap' yang menyebabkan ramai yang sesak nafas. Bersama-sama aku ketika itu adalah dua orang pemuda cina dan seorang pemuda melayu. Kami bersama-sama berkongsi garam bagi menghilangkan kepedihan akibat 'bom asap'.

Undercover masa balik dari himpunan keesokannya (di dalam LRT). Biasalah, SB dimana-mana...

Alhamdulillah selamat menaiki pesawat kembali ke Sabah. Keazaman kami akan kembali ke KL sekiranya BERSIH 3.0 diadakan sekali lagi. Ini perjuangan kami demi masa depan Malaysia yang lebih Demokrasi.

Monday, July 25, 2011

Bergelap: Antara Pencuri dan Pemimpin

Salam perjuangan..

Baru-baru ini kawasan Sepanggar terpaksa bergelap beberapa jam oleh kerana kes kecurian kabel yang berlaku. Aku sendiri pada waktu itu hampir-hampir saja mengambil keputusan nak cari hotel di sekitar kk, kalau bukan kerana anak yang kepanasan tak dapat tidur. Malah jiran aku, membawa anaknya ke dalam kereta yang dipasang aircond bagi menidurkan anaknya itu. Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri kemudahan-kemudahan penting seperti kabel elektrik. Berita sepenuhnya boleh dibaca dari keratan akhbar dibawah:


Namun, pernahkah kita terfikir akan kesengsaraan masyarakat pendalaman Sabah yang masih tidak dapat menikmati kemudahan elektrik. Persoalannya, bagaimanakah semua ini boleh terjadi..? Sedangkan Sabah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan sektor pelancongan. Kekayaan ini sepatutnya telah lama dirasai oleh rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan. Namun, hakikatnya rakyat Sabah yang tinggal di pendalaman, malah pinggir pekan (15-20km) juga turut menerima tempias penderitaan ini. Kemana peruntukan yang sepatutnya diterima untuk menyediakan kemudahan asas (elektrik). Alasan 'peruntukan telah diluluskan' sering dijadikan pemanis mulut bagi menyedapkan hati. Ini tahun 2011 bai! bukan tahun 1980.. peruntukan sepatutnya telah lulus 10-20 tahun yang lalu!

Akibat pemimpin mencuri khazanah negara, akhirnya yang menanggung derita ialah generasi kita.

Inilah pencuri yang sebenar! Kalau pencuri kabel kita maki kerana kita bergelap dan kepanasan, kenapa kita tidak pernah memaki pemimpin yang mencuri wang rakyat, menyebabkan masyarakat terpaksa bergelap dan langsung tidak menikmati nikmat cahaya pada waktu malam.

Itulah beza darjat antara Pencuri dan Pemimpin!

p/s: Itu orang memang cilakak punya olang!

Friday, July 22, 2011

Bob Lokman di Kota Kinabalu



Antara program yang diaturkan:

1. Kuliah Subuh dan Magrib
2. Ramah Mesra dan Minum Pagi bersama Bob Lokman
2. Forum 'Kampungku, Syurgaku'
4. Borak Santai bersama Bob Lokman

Banyak lagi. (berita terkini akan dipostkan..)

Thursday, July 21, 2011

Kes Mohd Ashraf: TV3 PUNCA GEJALA TUKAR JANTINA!

Salam perjuangan..

Sebenarnya kes permohonan tukar status jantina ini bukanlah suatu yang perlu dihairankan. Perkara ini pernah aku tulis di blog ini satu masa dahulu, dibawah tajuk 'TV3 Mempromosi Transeksual'. Ini bukti apa yang telah aku katakan sebelum ini.

...................................................

TV3 Mempromosi Transeksual

Segmen Pengacara Jemputan Nona: Evolusi Tarian

Program NONA pada 8hb baru-baru ini telah memaparkan satu segmen berkaitan dengan evolusi tarian. Pada mulanya segmen tersebut memaparkan tarian makyong yang menunjukan para penari perempuan yang berlenggang lenggok. Penulis tidak berhajat untuk mengulas tarian makyong, para pembaca boleh merujuk tentang ’MakYong’ di http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong.

Setelah itu paparan evolusi tersebut diteruskan dengan satu tarian terkini yang dipanggil 'Paper Doll Dance'. Menurut pengacara jemputan tersebut, tarian ini bermula pada tahun 70an lagi dan berkembang pesat pada akhir 90an. Sedutan persembahan tarian tersebut diambil dari satu majlis hari jadi seorang anak kenamaan yang beragama Islam ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16. Apa yang mengejutkan, penari-penari tarian ini terdiri daripada golongan transeksual (tukar jantina) dan mereka ini beragama Islam.

tarian ala 'tiger show'

Golongan ini berpakaian seksi dan membuat persembahan tarian yang tidak sopan dan menghairahkan. Semasa diwawancara, salah seorang daripada penari tersebut menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah banyak membuat persembahan di luar negara, seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Eropah. Penari itu menyatakan bahawa, tarian ini tidak salah dan tidak boleh dianggap tidak bermoral kerana tarian ini hanyalah sekadar hiburan. Malah mereka juga sedih kerana telah terlalu lama mereka didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka berharap dengan tarian ini dapat membuka peluang mereka untuk bersama-sama berada di dalam masyarakat tanpa disisihkan.


Apa yang menyedihkan, pengacara Nona tersebut telah membuat kesimpulan bahawa tarian ini hanyalah sekadar untuk memeriahkan seni tarian agar lebih berwarna warni. Beliau juga menyarankan kepada penonton agar jangan takut untuk mencuba dan anggaplah ianya sebagai hiburan semata-masa. Penulis dan isteri yang menyaksikan segmen tersebut berasa amat kecewa dengan rancangan NONA yang telah bersekongkol mempromosikan golongan transeksual, walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam dan tatasusila masyarakat Malaysia.

........................................................

Jadi, sebenarnya siapa yang harus kita salahkan sekiranya gejala ini semakin merebak dan berani diistiharkan secara terbuka. Mampos UMNO kerana membiarkan budaya ini dipromosikan dimedia-media dan akhirnya masyarakat rosak akibat mereka!

Sunday, July 17, 2011

Catatan Akhir buat Dr. Lo' Lo'

Al-Fatihah.. Tiada bicara lagi yang mampu untuk diluahkan di atas kehilangan ini.. Allahuakbar!

Thursday, July 7, 2011

TERKINI: Latihan Rusuhan di Kota Kinabalu

Tadi sahabat aku telefon dari KK, mengatakan bahawa ada latihan FRU di bandar Kota Kinabalu. Aku pun suruh diorang ambil gambar sekitar latihan tersebut. Siap dengan tentera lagi turun, apa cerita..? Layan..

Lokasi: Padang Mardeka, Kota Kinabalu












Wednesday, July 6, 2011

Program Dato' Seri Presiden di Pendalaman Sabah

Ini antara gambar-gambar yang sempat aku cilok dari Facebook Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah sempena lawatan Tn. Guru Presiden.

Lokasi: Kg. Pulutan, Pensiangan.

 Ketibaan Presiden PAS disambut dengan paluan gong dari penduduk setempat

 Ketibaan rombongan ke Kg. Pulutan

 Tuan Guru Presiden merasmikan simbolik kehadiran PAS ke Kg. Pulutan

 Acara menanam pokok

 Ucapan Presiden PAS

Wakil penduduk menyampaikan ucapan aluan

Rombongan Presiden PAS diarak dengan motosikal oleh pemuda/belia kampung

Tuesday, July 5, 2011

Siapa Hj. Paiman Hj. Abd Karim?

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/

Setelah bertemu dengan beberapa orang (saksi) yang mengetahui tentang kejadian seorang pemuda dihalau dari Masjid Bandaraya, Likas baru-baru ini, DPP Sepangar telah dimaklumkan siapakah sebenarnya Hj. Paiman Hj. Abd Karim.

1. Beliau sebenarnya adalah bekas AJK Masjid Bandaraya, Likas.
2. Beliau juga adalah suami kepada Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun (wakil rakyat UMNO dan juga Exco Wanita UMNO) yang kini menyandang jawatan di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. (rujuk disini: http://www.sabah.gov.my/adminstructure/govstructure.asp?section=statecabinet)


Hj. Paiman Hj. Abd Karim bersama isteri beliau (Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun) pada majlis makan rasmi.

Kejadian yang berlaku itu juga sebenarnya bukanlah arahan rasmi pihak masjid kerana ianya adalah merupakan tindakan individu.Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mengingatkan agar beliau tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut kerana semata-mata isteri beliau adalah seorang menteri di Sabah. Sepatutnya beliau harus memahami bahawa asas keharmonian masjid sebagai institusi yang menghubungkan silaturahim sesama Islam haruslah diutamakan.

Pada kesempatan ini, DPP Sepangar sekali lagi menyeru agar rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya bangkit menuntut pilihanraya yang bersih dan adil melalui program BERSIH. Tuntutan BERSIH tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerajaan tetapi seharusnya dilihat sebagai memperbetulkan sistem Demokrasi Malaysia yang tempang akibat dari kebobrokan pemimpin UMNO/BN dalam mengurus tadbir.

Ayuh kita berbaju BERSIH ke Stadium! Daulat Tuanku!

Salam perjuangan..

Walaupun berita yang diterima agak mengecewakan, tapi aku yakin bahawa rakyat kini berada pada pihak yang MENANG! Tawaran stadium tetap kami sambut, namun untuk kami berundur tidak sekali..!

Setelah ditawarkan stadium kami terima, ini pula tawaran kami untuk diterima TANPA SYARAT:-

1. Terima tuntutan 8 perkara BERSIH
2. Hentikan sebarang tangkapan dan bebaskan semua tahanan
3. Kembalikan semua barang-barang yang dirampas
4. Jangan halang rakyat untuk kembali ke jalanraya sekiranya semua perkara diatas ditolak

Rakyat menjunjung setia Titah Tuanku, Daulat Tuanku!

p/s: Aku yakin pimpinan PR dan BERSIH mempunyai strategi tertentu untuk menjayakan himpunan bersejarah ini.

Monday, July 4, 2011

Ceramah Presiden PAS di Kota Belud mendapat sambutan

Kota Belud, 4hb: Sambutan penduduk Kota Belud terhadap kehadiran Dato Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang diluar jangkaan apabila dewan lokasi ceramah ajuran PAS Kota Belud penuh dengan tetamu yang hadir. Turut sama pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Saudara Aminuddin Aling, YDP PAS Kota Belud Ustaz Mustaqim Aling, ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu, Setiausaha PKR Negeri Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Belud, Saudara Saidil Simoi.

Menurut Ust Mustaqim di dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat pihak tertentu yang tidak membenarkan bendera PAS dinaikkan diluar dewan. Ini merupakan sistem demokrasi yang songsang apabila pemimpin UMNO hadir, bendera UMNO boleh dinaikkan, namun apabila ada pemimpin PAS yang hadir sebaliknya pula. 

Dato Seri Presiden ketika menyampaikan ucapan beliau

Kehadiran tetamu yang memenuhi setiap ruang dewan

Kemuncak ceramah tersebut ialah pada sesi ucapan Presiden PAS, dimana DS Tn.Guru Hj.Abd Hadi Awang telah menerangkan sejelasnya tentang konsep 'Ke Arah Negara Berkebajikan'. Konsep ini, bukan sahaja menumpukan kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, namun juga merujuk kepada kepimpinan negara yang adil, amanah dan bersih. Namun apa yang berlaku sekarang, kekayaan negara telah diagihkan kepada ahli keluarga pemimpin dan kroni-kroni terdekat. Inilah yang menyebabkan rakyat terus hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mengenai perhimpunan BERSIH yang akan diadakan, PAS komited bahawa perhimpunan tersebut aman dan tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan. Sebaliknya UMNO melalui PERKASA yang mengugut ingin menumpahkan darah dan menimbulkan huru-hara.


Tn.Guru Presiden merasmikan 'Pelancaran Borang Tanah Felda Plantation' peringkat Kota Belud

Pada majlis tersebut juga, Pengerusi NGO ANAK, Mazlan Aliman telah melancarkan 'Borang Tanah Felda Plantation'. Menurut beliau, agenda Buku Jingga yang akan mengembalikan Felda Plantation kepada rakyat akan dilaksanakan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Menurut beliau lagi, di Sabah sahaja terdapat 100 ribu ekar tanah Felda Plantation yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah yang berkelayakan. Apa yang penting, kerajaan Barisan Nasional mesti ditumbangkan pada PRU ke13 nanti sekiranya ingin melihat agenda ini dapat dilaksanakan, menurut beliau.

Lagi gambar sepanjang program:


 Penyokong Pakatan Rakyat dari Pitas (3 jam perjalanan) turut hadir mendengar ceramah

 Kaunter pendaftaran borang tanah, daftar pemilih dan ahli PAS turut dibuka

 Saudara Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah) ketika menyampaikan ceramah beliau

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut sama hadir menyerikan majlis


Gambar terbaik dari Islamreturn untuk para pembaca:

 Pemimpin berjiwa rakyat: Dato Seri Presiden ketika menjamu selera, di sebelah beliau saudara Zulfikar Abd Mijan yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sepangar

Program Dato Seri Tn.Guru Abd Hadi Awang sepanjang di Sabah: 

 Menyambut Tn.Guru Presiden di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Sidang Media di Pejabat PAS Putatan

Sebelum berangkat ke Kota Belud, Presiden PAS telah sudi merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan yang kini menjadi milik (aset) PAS di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu (Pejabat PAS Putatan, rujuk disini). Seterusnya Dato Seri Presiden telah mengadakan 'sidang media' sejurus selepas merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan (disini dan disini).

Keesokannya beliau akan bergerak ke Pulutan, Pensiangan dan menziarahi penduduk pendalaman Sabah. Manakala pada sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di di Hotel Juta, Keningau.

-nantikan berita rombongan presiden di Sabah-

Sunday, July 3, 2011

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) NGO YANG BODOH SANGGUP JD BARUA UMNO..

Entah apa punya cetek 'akal' sedangkan berilmu.. Bab nie memang aku berbulu.. Harap saja tarbiah dan kitab usrah berlapis-lapis.. (maaf lah ayat agak pelik sikit.. hanya utk mereka yang pelik apabila berucap.. Apa pun, ISMA diharap terus memberi sokongan terhadap usaha BERSIH di dalam memastikan perjalanan sistem Demokrasi di Malaysia tidak dicabul oleh UMNO/BN yang semakin rakus dengan kuasa).

clik untuk besarkan..

Ketua wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd Salleh, berkata pelbagai aktiviti dan program oleh agensi kerajaan dan swasta terpaksa dibatalkan dan di tunda kerana dikhuatiri terjejas akibat perhimpunan itu..

Menurutnya pihaknya merancang untuk mengadakan konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 di PUTRAJAYA 9JULAI terpaksa di tunda ke tarikh lain..

Sumber utama: disini

Friday, July 1, 2011

TERKINI: Pemuda yang memakai baju kuning ditahan di Kota KInabalu (update)

Berita yang baru aku terima, beberapa orang pemuda yang memakai baju kuning telah ditahan di Kota Kinabalu sebentar tadi. Mereka telah dibawa ke balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu.

Antara Pemuda PAS Sepangar yang hadir bagi memberi sokongan moral kepada yang ditahan

Ketua Pemuda PAS Sabah (dua dari kiri) dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah (dua dari kiri)

Kehadiran pemuda PAS dan PKR di IPD Karamunsing memberi sokongan kepada mereka yang ditahan

Bergambar bersama Hj Ansori (peguam)

Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu ketika memberi kenyataan media

p/s: Aku mendapat bisikan dari teman-teman yang berada di IPD yang menyatakan, ada diantara anggota polis yang merungut banyak kes-kes jenayah yang belum selesai tetapi mereka terpaksa di sibukkan dengan tangkapan 'baju kuning'.

Laporan Harakahdaily

KOTA KINABALU, 2 Julai: Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata ketua pemuda, Lahirul Latigu. “Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah," tegas Lahirul. Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10  pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.

Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK. Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.

Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka ditangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning. “Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja. “Saya tidak berpakaian Bersih malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju Bersih 2.0," kata Zaiem.

Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.

Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD