HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, January 31, 2011

Tenang persis Batu Sapi

Salam perjuangan..

Berita kekalahan PAS di Tenang aku terima ketika di Ranau semasa sedang bersama-sama pemuda di dalam aktiviti Tamrin Qiadi. Semasa menerima berita tersebut, apa yang terbayang difikiran aku ialah Batu Sapi. Sebagaimana jentera PAS di Batu Sapi bergerak berhadapan dengan pengundi tegar BN (sama seperti Felda di Tenang) yang mana segala isu yang disampaikan langsung tidak memberi kesan kepada mereka. Tambahan lagi, UMNO/BN meneruskan kempen ugutan terhadap masyarakat membuatkan para pengundi berasa bimbang dan takut untuk memberikan undi mereka kepada PR. Inilah sahaja taktik yang mampu digunakan oleh UMNO selain daripada longgokan duit bagi membeli undi.

Namun di sebalik kekalahan PAS di Tenang, hati aku agak terhibur kerana sasaran UMNO untuk memperolehi 5000 undi majoriti tidak tercapai. Ini membuktikan bahawa pengaruh UMNO di sesuatu kawasan masih boleh dicabar pada masa-masa akan datang. InsyaAllah, dengan segala usaha yang dilipat kali gandakan, aku yakin bahawa para pengundi akan dapat menilai semula kehadiran PAS di kawasan mereka.

Kesempatan ini, aku ucapkan tahniah kepada seluruh jentera PAS dan DHPP serta rakan Pakatan dari PKR dan DAP kerana menunjukan semangat juang yang tidak pernah luntur. Juga kepada semua blogger Pakatan serta penyokong Pakatan di atas kesungguhan kalian menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia. Juga tidak dilupakan kepada Cikgu Mala. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.. Allahuakbar!!

p/s: PRU ke 13 menanti untuk mengajar UMNO/BN bahawa kuasa mereka dihujung usia..

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD