HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, January 4, 2011

Lagi Pembalakan Haram di Sabah- Harta Rakyat Sabah di Rompak

Pembalakan haram pada kali ini telah didedahkan oleh PAS kawasan Keningau. Ini adalah hasil daripada permintaan orang kampung yang ingin mendedahkan projek rompakan harta rakyat Sabah. Maklumat yang saya terima dari saudara Salman (ketua penerangan pemuda) mengatakan bahawa masyarakat setempat terpaksa berhadapan dengan sumber air tercemar akibat dari kerja-kerja pembalakan haram yang telah menjejaskan kawasan tadahan air mereka. Ini mengakibatkan air untuk diminum menjadi merah dan pakaian turut berwarna merah.

Lagi gambar aktiviti pembalakan:

Laluan keluar masuk membawa balak yang dirompak

Antara balak-balak curi yang dikumpul

BUKTI: Hutan simpan menjadi mangsa orang-orang tertentu merompak harta rakyat Sabah

PAS kawasan Keningau mendepani menuntut hak pribumi Sabah yang dirampas

Aduan pembalakan haram tidak diendah menteri

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KENINGAU, 5 Jan: Aktiviti pembalakan haram mengakibatkan penduduk kampung Batu Luriyan Sook berdepan pencemaran sumber air apabila sungai utama di kampung itu kini mengalirkan air lumpur.

Dalam aduan kepada Harakahdaily mereka mendakwa, aktiviti itu sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu dan kini menyukarkan penduduk di kampung itu.

Lebih mengecewakan ujar mereka, kawasan Batu Luriyan tersebut adalah di dalam Parlimen Persiangan iaitu di bawah Tan Sri Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mereka mendakwa aktiviti pembalakan haram itu tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang sedia ada dengan melakukan aktiviti pembalakan di tanah hutan simpan kerajaan.

Masalah mereka turut mendapat perhatian PAS kawasan Keningau yang turun membuat tinjauan bersama penduduk pada 2 Januari lalu..

Mereka diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan, Hisammuddin Sulaiman yang turun padang bersama Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul latigu beserta beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain.

Hishammudin dalam responnya ketika lawatan itu berkata, beberapa aduan telah dibuat kepada pihak kementerian yang juga ahli parlimen kawasan tersebut, namun tidak diendahkan.

"Kegiatan pembalakan haram tersebut jelas menceroboh tanah hutan simpan yang telah digazetkan kerajaan, apatah lagi tindakan haram tersebut mengakibatkan pencemaran bekalan air penduduk.

"Yang menghairankan Tan Sri Joseph Kurup tidak lansung mengendahkan aduan walaupun beliau Timbalan Menteri yang jaga alam sekitar,” katanya.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD