HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, January 31, 2011

Tenang persis Batu Sapi

Salam perjuangan..

Berita kekalahan PAS di Tenang aku terima ketika di Ranau semasa sedang bersama-sama pemuda di dalam aktiviti Tamrin Qiadi. Semasa menerima berita tersebut, apa yang terbayang difikiran aku ialah Batu Sapi. Sebagaimana jentera PAS di Batu Sapi bergerak berhadapan dengan pengundi tegar BN (sama seperti Felda di Tenang) yang mana segala isu yang disampaikan langsung tidak memberi kesan kepada mereka. Tambahan lagi, UMNO/BN meneruskan kempen ugutan terhadap masyarakat membuatkan para pengundi berasa bimbang dan takut untuk memberikan undi mereka kepada PR. Inilah sahaja taktik yang mampu digunakan oleh UMNO selain daripada longgokan duit bagi membeli undi.

Namun di sebalik kekalahan PAS di Tenang, hati aku agak terhibur kerana sasaran UMNO untuk memperolehi 5000 undi majoriti tidak tercapai. Ini membuktikan bahawa pengaruh UMNO di sesuatu kawasan masih boleh dicabar pada masa-masa akan datang. InsyaAllah, dengan segala usaha yang dilipat kali gandakan, aku yakin bahawa para pengundi akan dapat menilai semula kehadiran PAS di kawasan mereka.

Kesempatan ini, aku ucapkan tahniah kepada seluruh jentera PAS dan DHPP serta rakan Pakatan dari PKR dan DAP kerana menunjukan semangat juang yang tidak pernah luntur. Juga kepada semua blogger Pakatan serta penyokong Pakatan di atas kesungguhan kalian menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia. Juga tidak dilupakan kepada Cikgu Mala. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.. Allahuakbar!!

p/s: PRU ke 13 menanti untuk mengajar UMNO/BN bahawa kuasa mereka dihujung usia..

Wednesday, January 26, 2011

AMARAN : Wabak demam dan batuk sedang melanda

Aku terima email pagi ini berkenaan deman yang melanda di Singapura, berikut ialah email yang dimaksudkan:

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

COUGHS, COLD, FEVER AT EPIDEMIC LEVEL

UNUSUALLY large numbers of people are falling ill with sore throats, the common cold, fever and diarrhoea - numbers large enough to classify the infections as an epidemic.

Last week, polyclinics saw more than 20,000 patients with such problems - an indication that the infections have passed the epidemic threshold and are now spreading rapidly in the community.

Polyclinics see roughly 20 per cent of primary care patients, so the Ministry of Health (MOH) uses its patient numbers to gauge the level of infectious illnesses in the country.

When the numbers at polyclinics top 17,032 cases a week in the case of acute respiratory infections (ARI), it is severe enough to be classified as an epidemic.

Last week, 18,377 patients turned up at polyclinics with ARI, a term used to cover a range of infections such as the common cold, influenza, bronchitis and pneumonia. This is almost 1,000 cases more a day than the norm.

In fact, the number of such patients at polyclinics jumped from 2,842 a day the previous week to 3,341 last week.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI

KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.

Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Dua minggu lepas saya demam dan batuk. Minggu lepas anak perempuan saya pula yang kena. Minggu ni anak lelaki saya. Tempat kerja saya pun sama, seorang demi seorang MC, ada yang masuk wad. Rupa-rupanya di Singapura dah isytihar wabak batuk, selsema dan demam sedang melanda, tapi kenapa tak kecoh di Malaysia? Mungkin semua pihak dan media sedang sibuk di DUN Tenang agaknya.

Kawan saya yang masuk hospital kata, doktor menasihatkan para pesakit jangan sekali-kali makan buah …… yang banyak terdapat sekarang kerana ianya banyak mengandungi bahan kimia dan memburukkan lagi kesihatan kita semua.

Alhamdulillah, anak-anak saya sudah mula pulih. Banyakkan beri minum air kosong yang masak. Air kelapa amat baik untuk demam terbukti sejak dahulu dan secara saintifik, insyaAllah. Ada tanda demam, jumpa doktor terlebih dahulu untuk dapatkan diagnos dan rawatan.

Singapore
Jan 21, 2011


p/s: Rasanya demam dan batuk dah merebak, ahad lalu aku dikejutkan jam 3 pagi apabila ulfah tiba-tiba menagis dan mengadu sakit di telinga. Badan panas tiba-tiba, terus sahaja aku dan isteri ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan. Rupa-rupanya jangkitan batuk telah merebak ke telinga, itu yang menyebabkan telinganya sakit. Alhamdulillah, hari nie ulfah dah baik, dan mula ke PASTI. Apabila aku bertanya teman-teman sekerja, rupa-rupanya ramai yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah/tadika, juga disebabkan demam dan batuk. Semoga Allah melindungi kita dari sebarang penyakit yang merebak.. amin..

Monday, January 24, 2011

Tahniah Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat kerana anda lebih mulia daripada ULAMA UMNO

Salam perjuangan..

Sebenarnya aku dah maleh nak sebut lagi bab ini, pandai-pandai lah nak faham..


sumber1: http://paspb2.blogspot.com/

Labis, 24 Jan- Hu Pang Chaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) meminta parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan Gerakan jangan memutarbelitkan isu Islam demi kepentingan politik.

Menurut beliau, sekiranya MCA dan Gerakan faham berkenaan Islam, sudah pasti mereka tidak akan menakutkan pengundi-pengundi Cina di Dun Tenang dengan kenyataan yang negatif terhadap Islam.

"Jangan tunjuk kepandaian dengan agak mereka itu seperti seorang imam," ujarnya mengulas isu calon PAS Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki dalam kempen pilihan DUN Tenang yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bukan Presiden MCA itu sahaja, malah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang turut memainkan isu ini lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

Jelas Hu, ada tradisi negara luar yang tidak bejabat tangan seperti wanita di Thailand. Mereka tidak berjabat tangan dengan lelaki.

"DHPP menyokong perjuangan PAS, mencabar MCA untuk berdebat secara terbuka jika isu ini jika mereka masih tidak faham," tambahnya ketika menjawab temubual wartawan Sinar.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam.

"PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam," jelasnya.

........................................................................

sumber 2: http://g-82.blogspot.com/


Semenjak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, kita dalam lihat bagaimana penerimaan mereka terhadap Islam semakin hari semakin teserlah. Mereka mula membaca Al-Quran, mula masuk masjid dan surau untuk mendengar kuliah agama, mula bersedia berbuka puasa dengan orang islam dan banyak lagi.

Kagumnya, apabila karpal Sikh yang dulu mengatakan langkah mayatnya jika mahu laksanakan negara islam, tetapi mula toleransi dan bersedia berbincang tentang cita-cita PAS itu.

keadaan ini berbeda dengan UMNO, yang sejak dahulu, kini dan selama-lamanya berusaha mencandukan agama Islam demi mendapat sokongan orang islam, dan menajiskan agama untuk mendapat undi dari non Muslim.

mereka tidak puas-puas untuk menajiskan agama demi kepentingan parti mereka, hatta terpaksa menjadikan islam sebagai bahan propaganda. Ia tidak lain, tindakan memberi gambaran buruk terhadap Islam, seterusnya menjauhkan lagi non Muslim yang semakin mahu mengenali Islam.

kemana ulama-ulama UMNO? tindakan pimpinan UMNO ini adalah zalim, maka wajib ditegur terhadap tindakan mereka. Kalau Ulama Muda UMNO boleh menulis artikle mengutuk tindakan PAS, mana artikle ulama Muda UMNO yang mengkritik tindakan pimpinan UMNO ini?

Mungkin Ulama Muda UMNO akan menjawab, bahawa mereka menegur dengan adab. Mereka menegur menggunakan saluran parti, iaitu berbisik-bisik. Walau pemimpin mereka kekal dengan kezaliman itu, mereka tetap menjaga adab menegur. Kekal menggunakan saluran parti. Jika inilah keadaan UMNO, tidak hairan parti itu semakin lama semakin hancur sehingga kejahatan mereka diumpamakan oleh bekas perdana menteri sebagai busuk sampai ke ususnya.

sekian

Wallahu 'Alam


Tuesday, January 18, 2011

United Munafiqun National Organisation (UMNO)- 2 (update)

Seperti yang dijanjikan pada tulisan yang lalu (disini). Mari kita saksikan "Apabila golongan munafiq bergabung di dalam satu pertubuhan yang bernama UMNO". Inilah hasilnya..!


Mereka berdoa dan bersolat seperti kita..






Tapi inilah hakikatnya..!


Anak Mahathir Mohamad

Anak Mahyudin Yassin

Anak Najib Razak


Mereka Berpakaian seperti kita..




Tapi inilah hakikatnya..!

Anak Ismail Sabri Yaakob

Anak Nazri Aziz


Mereka memang seperti kita..






Tapi inilah hakikatnya..!






"Sekiranya ada seorang munafik yang bernama Abdullah b.Ubai yang mengaku sahabat Rasulullah mampu mengucar-ngacirkan kekuatan Islam ketika itu, persoalannya bagaimana pula akan terjadi sekiranya golongan munafik ini bergabung didalam satu organisasi besar seperti UMNO?"


Monday, January 17, 2011

Produk Gula-Gula: Clorets

Alhamdulillah, aku dan sahabat2 telah selamat kembali dari keningau hari ahad yang lalu. Memang banyak berita dan isu terkini tentang kezaliman BN akan didedah kan pada masa terdekat. InsyaAllah aku cuba untuk memuatkan berita berserta gambar sekali.

Pagi ini selepas buka email, aku terbaca satu penemuan tentang makanan (gula-gula) yang di sertakan dengan agenda pihak-pihak tertentu. Seterusnya boleh baca dibawah:

Pada 22.12.2010 yang lalu saya telah menerima email dari seorang sahabat baik. Pada awalnya saya kurang yakin dengan email berantai yang sering kita terima dan kita tidak pasti kebenarannya. Jika kita menghantar (forward) email yang tidak sahih akan timbul satu fitnah yang berpanjangan. Kekadang email yang kita terima sudah diubahsuai (edit) oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Sebelum saya forward email dibawah saya cuba mencari bukti kebenarannya. Pada 26.12.2010 saya telah membeli gula-gula “Clorets Infinity” seperti yang diberitahu di kedai serbanika yang dimaksudkan. Bila dibuka penutup, saya terus beristiffar, ternyata dan apa yang saya dapati email dibawah ini adalah benar. Begitulah caranya orang kafir latnattulah menyebarkan ajaran sesat untuk menyembah syaitan secara senyap/halus.

Jika tidak diambil peduli ini bermakna, jika kita orang islam membeli produk Clorets, sudah pastilah sedikit sebanyak kita menyumbang dana ke agama sesat tersebut. Dan, secara tidak langsung atau tidak sengaja di dalam poket manusia terutamanya orang-orang islam akan terdapat salib di dalam poketnya walaupun dia sedang solat jika ianya tidak mengetahui. Ini salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk bila mengerjakan solat atau ibadah lain kerana kita sering menggunakan produk yang tidak tentu asal usulnya, tidak halal yang kita gunakan atau makan.

Pandainya tindakan orang-orang kristian menyebarkan agamanya kepada manusia dan kita orang islam semua tahu, mereka semua adalah golongan orang-orang yang sesat di sisi ALLAH SWT.

Mulai hari, sama ada di dalam poket, kereta atau di rumah kita yang mempunyai produk gula-gula Clorets buangkan kedalam tong sampah. Kita orang-orang islam berjanji untuk BOIKOT (tidak membeli/mengguna) produk clorets atau sekutunya.

Ini adalah bukti yang benar:





Berhati-hati apabila membeli produk yang mempunyai agenda tertentu terhadap umat Islam..

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD