HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, February 24, 2010

Kes Anwar: Tanda aras sistem kehakiman Malaysia

Salam perjuangan.

Malaysia sejak mendapat kemardekaan dari British telah mengamalkan 'Common Law' di dalam sistem perundangannya. Merujuk kepada wikipedia:

Common law merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang ramai negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka. Ia dinotakan untuk cirinya yang mempunyai undang-undang bukan status dengan konsep duluan mengikut didapati daripada keputusan-keputusan mahkamah terhadap kes terdahulu yang merangkumi masa berabad-abad.

'Common Law' adalah undang-undang ciptaan manusia, maka selagi ianya hasil ciptaan manusia, selagi itulah ianya akan terdedah dengan pelbagai kelemahan dan manipulasi oleh sesetengah pihak. Walaupun undang-undang ini mampu mengawal perlakuan jenayah, tetapi ianya tidak mampu untuk membendung pertambahan kes-kes baru dan berulang.

Kes Anwar Ibrahim: Memaparkan kelemahan 'Common Law'.

Kes yang melibatkan DS Anwar Ibrahim merupakan tanda aras kepada sistem keadilan di Malaysia. Sebagai rakyat biasa, saya berasa gundah-gulana memikirkan keputusan yang bakal dihadapi oleh DSAI. Bukan kerana beliau seorang yang disegani atau pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi kerana ianya melibatkan sistem kehakiman (penegak keadilan) di Malaysia.

DSAI sebagai individu yang berpengaruh serta mempunyai kekuatan karisma yang baik malah beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia juga berhadapan dengan konspirasi politik, maka apakah jaminan lagi bagi seorang rakyat biasa?

Berikut adalah kes-kes yang menjadi rujukan (tanda aras) sistem kehakiman bagi rakyat biasa.

1. Pembunuhan penduduk Kg. Memali yang sehingga kini masih ditunda untuk dibicarakan.
2. Tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara.
3. Rampasan wang royalti kerajaan Terengganu (2001) dan kerajaan Kelantan (sekarang).
4. Kes pembunuhan Altantuya.
5. Kes pembunuhan Kugan.
6. Kes pembunuhan Tan Beng Hock.
7. Rampasan kuasa di Perak.

dan lain-lain..

Semua kes-kes yang disebutkan di atas memerlukan kepada perlaksanaan sistem keadilan yang benar-benar telus dan tiada campur tangan dari mana-mana pihak. Sekiranya tidak, Malaysia bakal menuju ke sebuah negara hukum. Maka kesannya, anak-anak kita akan hidup di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem kehakiman yang penuh dengan korupsi.

Selamatkan MALAYSIA
kembali kepada
KEADILAN ISLAM

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD