HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Tuesday, December 29, 2009

Imarahkan Masjid atau Jaga Periuk Nasi?

Sumber: http://passepanggar.blogspot.com/
Oleh: Nazir


Dewan Pemuda PAS Sepanggar (DPPKS) telah lama memulakan usaha menanam benih Islam dan ilmu ke dalam jiwa masyarakat yang kontang. Nyata masyarakat yang begitu mengharapakan anjakan kehidupan beragama di dalam hidup mereka memberi ruang seluasnya kepada mana-mana individu untuk menyuntik jiwa sanubari mereka dengan nilai-nilai Islam dan pembangunan ummah. Malah, rakyat Sabah semakin menyedari akan sifat Islam yang 'alamiy atau world, dan meyakini Islam sebagai penyelesai kepada kemelut ekonomi, pendidikan dan sosial yang 'meribut' mutakhir ini.

Justeru DPPKS merasa kecewa apabila kesedaran yang mula merebak di dalam diri ahli masyarakat tersekat oleh kepentingan dan permainan politik sesetengah pihak yang diberi 'mandat sementara' menguruskan rumah-rumah Allah di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Keupayaan ahli-ahli PAS menyampaikan ilmu dihalang oleh sebab ideologi 'hijau' yang mereka dukung, walaupun ianya tidak dizahirkan secara terus-terang di dalam kuliah dan perkongsian ilmu yang dilaksanakan.

Gambar hiasan

Perbualan dengan rata-rata ahli jamaah surau dan masjid yang diziarahi di sekitar kawasan Sepanggar mengakui bahawa tempat ibadat mereka langsung tidak hidup dengan suasana ilmu. Menurut mereka lagi, individu yang bertindak menghalang penceramah yang dianggap 'berhaluan kiri' menyampaikan ilmu biasanya hanya seorang atau dua yang mempunyai pengaruh dan berkepentingan.

Lebih menyedihkan apabila kepentingan peribadi tersebut menzalimi hak golongan yang lemah, misalnya apabila usaha Dewan Pemuda PAS cuba menyampaikan sumbangan beras kepada 30 keluarga muallaf di sebuah surau di daerah Tamparuli pada sambutan Hari Raya Aidiladha yang lepas dibatalkan setengah jam sebelum program oleh Pengerusi Surau, hanya dengan alasan 'kalau PAS yang bagi tak boleh, nanti periuk nasi saya dan anak isteri bermasalah.'

Mengulas isu berkenaan, Ketua Dewan Pemuda PAS Sepanggar, Saudara Amir Saifuddin Samsuddin menyatakan. "Begitulah budaya yang telah dipupuk oleh UMNO/BN sejak bertahun-tahun lagi. Ini penting bagi UMNO kerana selagi mana rakyat tidak berilmu, selagi itulah rakyat akan terus diperbodohkan dan UMNO akan terus berkuasa."

Menurut beliau lagi "Fungsi masjid dan surau wajib dikembalikan sebagaimana di zaman Rasulullah. Selain menjadi tempat ibadat, ia menjadi tempat tentera berkumpul sebelum berperang, ia menyediakan ruang perbincangan dan penyelesaian masalah umat dan ia menjadi tempat pengagihan sumber kekayaan negara. Tetapi hari ini yang menjadi keutamaan UMNO ialah, rakyat mesti disekat daripada mendapat ilmu dan kefahaman Islam, walaupun ilmu itu semata-mata berkisar tentang keindahan dan keadilan Islam. Oleh yang demikian DPPKS akan terus berusaha agar institusi masjid berjaya dibebaskan dari cengkaman mereka yang berkepentingan."

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD