HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Thursday, October 15, 2009

STAY ALiVE Shop kini di Pulau Pinang

Tahniah kepada saudara inksensi atas kejayaan beliau membuka sebuah kedai (One Stop Center) untuk remaja. Sebelum beliau balik ke semenanjung dahulu, beliau pernah menyatakan hasrat tersebut pada saya. Semoga usaha beliau membuahkan kejayaan kepada dunia dakwah masa kini. Blog kedai beliau boleh dilihat di sini (http://stayaliveshop.wordpress.com/).
..........................................................................................................................

STAY ALiVE Shop


Alhamdulillahirobbil alamin Segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Disebalik ujian yang Allah berikan kepada saya, Allah telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah buat hambanya yang kerdil & lemah ini. Kedai ini diharap menjadi sebuah one-stop center untuk mereka yang inginkan produk muslim & mencari bahan menambah ilmu, disamping menjadi tempat lepak bermanfaaat untuk remaja dll. Selain itu, diharap ia dapat menjadi pusat maklumat, terutamanya untuk perkara atau aktiviti berkaitan Islam ataupun komuniti muslim.

Mulai Oktober 2009M, STAY ALiVE Shop telah mula beroperasi di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, P. Pinang.

Maka dengan ini projek STAY ALiVE saya telah memasuki Fasa 2 dalam Peringkat Pertamanya. Plan asalnya hanyalah untuk memulakannya di sini dengan kiosk sahaja, tetapi saya melihat peluang & kebetulan yang ada sebagai sesuatu yang tidak patut disia-siakan. Lalu dengan usaha & tawakal, saya memulakan perniagaan kedai STAY ALiVE ini yang lebih merupakan sebuah kedai mini. Mini ini merujuk kepada saiznya, selain ia mewakili 30% sahaja dari plan STAY ALiVE Shop yang sebenarnya. Pun begitu, STAY ALiVE Shop pertama ini menawarkan pelbagai produk muslim yang merangkumi buku, majalah, cenderamata, produk keperluan harian, t-shirt, cd, vcd, & pelbagai lagi.

One stop center untuk remaja

Anda boleh rehat bersantai sambil membaca di sofa yang kami sediakan =)

Novel kreatif untuk remaja

Kisah beliau pernah saya coretkan di dalam blog ini dahulu, lihat di SINI.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD