HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Saturday, October 3, 2009

ORANG-ORANG YANG LALAI @GHAFILUN

sumber: http://yusofembong.blogspot.com/


Ghafilun atau Ghafilin adalah bentuk jama’dari lafaz mufrad "Ghafil", yang ertinya adalah orang yang lalai. Iaitu golongan yang lalai dengan ayat-ayat Allah yang berupa perintah dan larangan janji serta ancaman-Nya, yang di akhirat kelak akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT. Mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara, sehingga mereka melupakan kehidupan akhirat yang abadi.

Mereka dilalaikan oleh harta benda kekayaan, pangkat, anak pinak dan kenikmatan hidup dunia. Semua itu tidak salah dan tidak dilarang jika diperolehi secara yang halal dan diredhai Allah. Semua itu hendaklah menjadi wasilah atau alat bukannya matlamat. Iaitu matlamat untuk mengabdikan diri kepada ALlah.


وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَآ أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَـمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَـفِلُونَ
"Sesungguhnya kami menjadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A’raf:179)


Ciri-ciri orang yang lalai kepada Allah.

1. Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah.

Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)

2. Mereka yang hanya mengetahui/nampak yang lahir/zahir (saja) dari kehidupan dunia.
Mereka terus menerus menempuh jalan yang sesat,tidak mahu mengikut jalan yang benar.

Allah berfirman: "Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka apabila melihat ayat-ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka milihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu, adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka selalu lalai daripadanya."
(Al A’raf-146).

Hanya satu jalan sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai iaitu firman Allah:

﴿وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالاٌّصَالِ وَلاَ تَكُنْ مِّنَ الْغَـفِلِينَ
"Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf ayat 205

Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan bagi kita terhindar dari menjadi golongan yang lalai. Sekian terima kasih.


Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku kerana kelalaian ku terhadap fatamorgana dunia ini. Ya Allah, aku pasti akan bertemu Mu, tetapi jangan lah Kau ambil diri ku ini ketika aku lalai mengingati Mu, Ya Allah. Amin..

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD