HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Wednesday, April 22, 2009

Pakatan Rakyat memiliki kualiti kepimpinan

Anwar Ibrahim pencetus reformasi.
Sebelum ini penulis pernah berjanji untuk mengulas sedikit tentang kelebihan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin. Sebelum meneruskan penulisan ini, ingin penulis tegaskan disini bahawa penulis bukanlah peminat individu, tetapi penulis lebih memfokuskan kepada agenda perjuangan, kekentalan dan strategi taktikal seseorang pemimpin. Kehadiran DS Anwar Ibrahim ke persada politik pembangkang sebenarnya suatu hikmah yang dirancang oleh Allah s.w.t. Masakan seorang yang telah menjadi orang no.2 negara dan pada bila-bila masa sahaja boleh dilantik menjadi perdana menteri boleh berada di kerusi ketua pembangkang kini. Tidak perlu rasanya penulis mengulas lebih lanjut tentang kelebihan DS Anwar Ibrahim, tetapi cukuplah penulis katakan disini, kenapa Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz sentiasa berada disisi DS Anwar Ibrahim di dalam sesuatu isu.

Strategi 'Defensif dalam Ofensif'
Antara perkara yang sangat menarik perhatian penulis adalah isu 16 Sept yang di war-warkan oleh DS Anwar Ibrahim. Adakah isu ini penting? Bagi penulis PENTING. Sama ada 16 Sept itu betul atau tidak itu adalah persoalan kedua, tetapi kenapa krisis 16 Sept penting? Bagi penulis ianya penting kerana isu ini merupakan senjata 'defensif dalam ofensif'. Bacaan politik DS Anwar Ibrahim sebenarnya tepat, sekiranya isu 16 Sept tidak dirancang, sudah pasti negeri-negeri Pakatan Rakyat akan berada dalam keadaaan serangan yang hebat dari UMNO/BN. Maka isu 16 Sept merupakan rancangan terancang bagi memastikan negeri Pakatan Rakyat dapat stabil dan dalam keadaan 'defensif' untuk tempoh tertentu (kerana baru memenangi pilihanraya) dan dalam masa yang sama kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) berada pada kedudukan 'ofensif' dari Pakatan Rakyat. Ini lah yang penulis maksudkan strategi 'defensif dalam ofensif'. Walaupun isu 16 Sept ini mengundang pelbagai cercaan dan kelemahan, tetapi dapatkah pembaca bayangkan, sekiranya isu ini tidak dirancang, apakah akan UMNO/BN akan buat kepada negeri Pakatan Rakyat? Kerana kita tahu UMNO/BN akan buat apa sahaja asalkan mereka berkuasa (penulis berpandangan, Kerajaan Perak akan jatuh tidak sampai 3 bulan).

DS Ir Nizar penerus agenda reformasi
Tadi penulis katakan bahawa penulis bukanlah peminat individu, tetapi apa yang penulis tekankan adalah agenda perjuangan, kekentalan dan strategi taktikal pemimpin. Selain dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Presiden, DS Ir. Nizar Jamaluddin merupakan permata kepimpinan nasional yang perlu di beri perhatian. Penulis berpendapat bahawa DS Ir. Nizar adalah versi baru reformasi rakyat Malaysia. Kerna itulah DS Anwar Ibrahim di dalam ceramahnya pernah menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya melepaskan Malaysia kepada DS Ir. Nizar untuk meneruskan agenda 'Malaysia Baru'. Penulis yakin bahawa lahir pemimpin itu adalah dari sifat ketakwaan dan kesabaran beliau dalam menghadapi mehnah dan tribulasi. Umpama untuk terhasilnya seketul emas memerlukan proses tekanan yang luluhawa yang lama, yang akhirnya menghasilkan suatu yang amat berharga. Situasi ini (tekanan dari UMNO/BN) akan melahirkan lebih ramai kepimpinan yang berkualiti. Kesimpulannya, penulis yakin bahawa PAS/Pakatan memiliki aset emas yang banyak yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa.

No comments:


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD