SELAMAT BERMUKTAMAR
PEMUDA ISLAM SABAH
1-3 MEI 2009
KINABATANGAN
PEMUDA ISLAM SABAH
1-3 MEI 2009
KINABATANGAN
Semasa penulis dan family menjamu selera di 'Anjung Selera' (lokasi yang menyediakan gerai-gerai makan dan pemandangan yang indah di tepi laut) baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk membeli sebuah DVD filem terbaru Thailand. Mungkin sebelum ini filem-filem Thailand banyak memaparkan filem-filem seram dan aksi, namun tidak banyak dari filem-filem tersebut yang menarik perhatian penulis untuk menonton apatah lagi membeli DVD (pirate). Namun filem terbaru Thailand ini telah merembeskan hormon adrenalin penulis untuk membelinya dengan harga RM7. Filem Thailand yang penulis maksudkan adalah 'Queen of Langkasuka'.
Penulis tidak berhajat untuk mengulas sipnosis filem tersebut atau ingin mempromosi kepada pembaca tentang filem tersebut (pembaca boleh melihat sipnosis filem tersebut DISINI). Tetapi apa yang penulis inginkan ialah, 'bermuhasabah' tentang apa yang pernah penulis katakan sebelum ini melalui tulisan yang lalu, iaitu 'Filem Malaysia: Kenapa tidak mengangkat martabat bangsa'.
Seperti kebiasaan mana-mana filem yang dihasilkan, ianya tidak akan terlepas dari agenda mengangkat mana-mana bangsa atau agama. Seperti juga filem 'Kingdom of The Heaven', yang mengisahkan penaklukkan kembali 'Salehhuddin Al-Ayubbi' ke atas Kota Palestin, telah memaparkan kesatriaan 'Pejuang Kristian'. Maka begitu juga filem 'Queen of Langkasuka', filem ini memaparkan kehebatan Siam semasa zaman keagungan pemerintahan Langkasuka.
Dato' Seri..tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak. Apa cerita ?
Sebelum ini penulis pernah berjanji untuk mengulas sedikit tentang kelebihan DS Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin. Sebelum meneruskan penulisan ini, ingin penulis tegaskan disini bahawa penulis bukanlah peminat individu, tetapi penulis lebih memfokuskan kepada agenda perjuangan, kekentalan dan strategi taktikal seseorang pemimpin. Kehadiran DS Anwar Ibrahim ke persada politik pembangkang sebenarnya suatu hikmah yang dirancang oleh Allah s.w.t. Masakan seorang yang telah menjadi orang no.2 negara dan pada bila-bila masa sahaja boleh dilantik menjadi perdana menteri boleh berada di kerusi ketua pembangkang kini. Tidak perlu rasanya penulis mengulas lebih lanjut tentang kelebihan DS Anwar Ibrahim, tetapi cukuplah penulis katakan disini, kenapa Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz sentiasa berada disisi DS Anwar Ibrahim di dalam sesuatu isu.
Tadi penulis katakan bahawa penulis bukanlah peminat individu, tetapi apa yang penulis tekankan adalah agenda perjuangan, kekentalan dan strategi taktikal pemimpin. Selain dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Presiden, DS Ir. Nizar Jamaluddin merupakan permata kepimpinan nasional yang perlu di beri perhatian. Penulis berpendapat bahawa DS Ir. Nizar adalah versi baru reformasi rakyat Malaysia. Kerna itulah DS Anwar Ibrahim di dalam ceramahnya pernah menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya melepaskan Malaysia kepada DS Ir. Nizar untuk meneruskan agenda 'Malaysia Baru'. Penulis yakin bahawa lahir pemimpin itu adalah dari sifat ketakwaan dan kesabaran beliau dalam menghadapi mehnah dan tribulasi. Umpama untuk terhasilnya seketul emas memerlukan proses tekanan yang luluhawa yang lama, yang akhirnya menghasilkan suatu yang amat berharga. Situasi ini (tekanan dari UMNO/BN) akan melahirkan lebih ramai kepimpinan yang berkualiti. Kesimpulannya, penulis yakin bahawa PAS/Pakatan memiliki aset emas yang banyak yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa.
Ketika bersekolah rendah, penulis pernah menyaksikan sebuah filem pengkisahan semula perjuangan Datu Paduka Mat Salleh. Sebaliknya penulis belum menemui mana-mana novel pengkisahan perjuangan Datu Mat Salleh sehingga kini. Mungkin ada, atau mungkin juga belum diterbitkan lagi. Moga-moga ianya menjadi sebahagian koleksi pribadi penulis sekiranya penulis terjumpa.
Disebelah kubu pertahanan Datu Mat Salleh terdapat sebuah lagi kubu pertahanan pengikut beliau. Kehadiran penulis ke tapak kedua kubu ini, didapati masih ada peninggalan bekas kubu tersebut. Ini membuatkan penulis berasa sangat puas kerana masih dapat menyaksikan kisah sejarah hebat ini melalui peninggalan-peninggalan ini. Kejatuhan kubu ini membuatkan pertahanan Datu Mat Salleh menjadi goncang dan akhirnya jatuh ke tangan penjajah. Selain dari itu kekakalan Datu Mat Salleh ini juga adalah akibat dari pembelotan sebahagian daripada suku kaum yang bersama-sama Datu Mat Salleh. Kejatuhan kubu pertahanan beliau pada 1 Feb 1900 ini menyaksikan penjajah telah dapat menguasai Negeri Sabah ini 100% tanpa apa-apa lagi penentangan dari penduduk dan pimpinan setempat (pedih dihati penulis mengenangkannya). Maklumat mulut yang penulis terima, mayat Datu Mat Salleh tidak ditemui, dan sehingga kini tidak seorang pun tahu dimana kubur Datu Mat Salleh. Semoga roh beliau dan pengikutnya diterima sebagai sebahagian daripada syuhada-syuhada yang mempertahankan tanah air dari penjajah kafir.
Bersama ini juga penulis sisipkan 'Memorial Penjajah' di Kundasang yang juga penulis berkesempatan untuk mengunjunginya sebelum ini. Penulis tinggalkan persoalan ini kepada rakyat Sabah, di antara kedua-dua memorial ini, yang manakah yang menjadi kebanggaan anda sebagai rakyat Sabah?
Pada 10 April baru-baru ini telah diadakan mesyuarat kedua blogger Sabah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Hj. Rahim telah memutuskan beberapa perkara berkaitan gerak kerja blogger Sabah. Antaranya, petugas blogger Sabah akan bersatu dibawah satu nama iaitu 'Sahabat Blogger Sabah'. Mesyuarat juga melantik blogger Abu Nuha sebagai pengerusi dan blogger Islamreturn sebagai setiausaha. Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 10 orang blogger ini telah berjanji untuk memberi komitmen yang terbaik bagi menjadi penyalur maklumat kepada rakyat. Nantikan kemunculan secara rasmi 'Sahabat Blogger Sabah' ke dalam arena Media Maya.
Petang tadi penulis berkesempatan untuk bersama-sama dengan sebuah NGO Islam menziarahi pesakit di Hospital Queen, Kota Kinabalu. Program ziarah hospital ini merupakan program rutin NGO-NGO Islam di Sabah pada setiap hujung minggu. Walaupun program ini kelihatan remeh, tetapi kesannya adalah amat besar kepada dakwah Islam. Ini adalah kerana, diketahui umum bahawa gereja-gereja di Sabah sentiasa melaksanakan program ziarah ini di hospital-hospital seluruh Sabah.
Penulis dedikasikan kemenangan ini untuk Pn. Norlaila yang dizalimi oleh kerajaan UMNO/BN. Sehingga kini suaminya masih belum dibebaskan dari tahanan ISA walaupun telah 7 tahun ditahan tanpa bicara. Walaupun ianya tidak setanding dengan pengorbanan dan kesabaran mu tetapi ingatlah, doamu sentiasa di dengari oleh Yang Maha Perkasa. UMNO/BN pasti akan menuju kehancuran di atas kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap diri dan keluargamu. Allahuakbar!!!
Satu ketika dahulu penulis pernah menyatakan bahawa, Pilihanraya Permatang Pauh adalah episod pembersihan terhadap 'tohmah dan fitnah jijik terhadap DS Anwar Ibrahim'. Manakala Pilihanraya Kuala Terengganu adalah episod pembersihan terhadap fitnah ke atas 'perlaksanaan hukum hudud'. InsyaAllah dengan izin Allah, kemenangan Pilihanraya di Bukit Gantang ini pula adalah episod pembersihan terhadap fitnah 'rampasan kuasa oleh regim UMNO/BN'.
Itulah tanda kejayaan di dalam DAKWAH..! Ini menunjukan Islam itu adalah sempurna dan boleh diterima oleh semua umat manusia. Tetapi UMNO membencinya, sebagaimana mereka membenci untuk melaksanakan perintah yang terdapat di dalam Al-Quran. UMNO benar-benar memalukan umat Islam..!
Tun Mahathir hanyalah simbol kepada Maha Zalim..! Kita hanya menantikan doa Allahyarham Doto' Fadhil Noor (yg amat penulis kasihi), di makbulkan Allah s.w.t. Kehancuran dan kebinasaan UMNO akan di saksikan oleh Tun Mahdhir sendiri sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Bagi penulis, Tun Mahadhir hanya akan memberi bebanan kepada UMNO akibat dari tindakan lalunya yang zalim.
Salam perjuangan..
Fahamkah kita bahawa ISA digunakan untuk menahan sesiapa yang didapati mengancam keselamatan negara (sebenarnya UMNO/BN). Rakyat terpaksa turun naik mahkamah semata-mata untuk mendapatkan perintah mahkamah (hebeous corpuse) semata-mata untuk menafikan penahanan ISA. Rakyat terpaksa melutut dihadapan SUHAKAM semata-mata ingin membebaskan saudara mara yang teraniaya di Tahanan ISA. Rakyat terpaksa berhempas pulas, mencari jalan membantu ahli keluarga tahanan ISA yang menderita. Tetapi dengan begitu mudah apabila seorang yang bernama Najib ini atas status Perdana Menteri, tidak sampai 2 minit memutuskan untuk membebaskan tahanan ISA (tidak semua).