HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)

HOMESTEY DI KOTA KINABALU, TAIPING & BUKIT MERAH (SERENDAH RM99*) HUBUNGI: 013-4898247 (SAIFUDDIN)


.

Monday, February 18, 2013

WAJIB TONTON: BAYU PERUBAHAN

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan kerjasama KinabaluTV. Semua rakyat Malaysia khususnya anak muda perlu lihat video ini.

Bayu Perubahan.. Ini kali lah..!


Bah.. layannnzz...

Tuesday, January 8, 2013

HKR#KL112 Islamreturn akan rakam sejarah kebangkitan rakyat Malaysia

Salam perjuangan..

Laman ini menjadi saksi bahawa aku pernah menjejak kaki mendepani kezaliman sebuah kerajaan yang bernama Barisan Nasional. BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 melakar sejarah tersendiri pada aku dan laman ini sebagai bukti memaparkan tindakan tersedak UMNO/BN menggunakan POLIS dalam menghadapi kebangkitan rakyat. (rujuk disini dan disini)

Sekali lagi HKR#KL112 akan menyaksikan bahawa rakyat tidak akan sekali menyerah kalah dan akan terus berjuang sehingga kezaliman dan penyelewengan kerajaan sedia ada dihentikan dan diganti dengan sebuah kerajaan yang BERSIH dan ADIL serta BERKEBAJIKAN.

Kehadiran aku pada kali ini akan membawa misi rakyat Sabah yang ditindas terhadap hak pemilikan tanah mereka yang dinafikan oleh Kerajaan Musa Aman.

Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) adalah sebuah NGO yang mendepani isu-isu berkaitan tanah rakyat Sabah yang dinafikan oleh UMNO/BN. TABAH pernah menghimpunkan rakyat dihadapan pejabat Ketua Menteri bagi menuntut penyelesaian terhadap isu-isu tanah yang tidak diselesaikan. (rujuk disini)

Anda akan lihat logo ini akan berkibar di KL 112 nanti.. Ayuh Rakyat Malaysia!



Thursday, November 1, 2012

Bicara Pendidik di Kuala Penyu dicemari agenda politik UMNO/BN

Salam perjuangan..

Aku baru mendapat berita (melalui whatapp) dari teman guru disana, tentang majlis yang diadakan khas untuk guru-guru di daerah Beaufort (kuala penyu). Nama majlis tersebut ialah 'Bicara Pendidik Demi Negara' dengan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sabah. Namun selepas majlis tersebut, ucapan diambil alih oleh seorang Ketua Cawangan Khas Kontijen Polis Sabah dari Ibu Pejabat Polis Kepayan.

Majlis pada awalnya dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Sabah

Paru guru merasa muak dengan ucapan KEJI serta FITNAH mula beransur keluar dari dewan

Maka bermulalah ceramah politik KOTOR wakil UMNO yang beruniform. Antara yang di basuh guru-guru ialah termasuk Himpunan Hijau yang menjadi ancaman, TABAH (NGO Bela Tanah Rakyat Sabah) yang dikatakan tidak berdaftar dan juga Sang Saka Malaya yang dikatakan hasrat pembangkang mahu menubuh republik dengan menyingkirkan raja-raja Melayu. Termasuk isu BERSIH yang dituduh mengancam keselamatan negara kerana diterajui oleh Ambiga.

Penceramah BANGANG yang dimaksudkan (berbaju biru)

Inilah kerja BODOH UMNO/BN apabila menjadikan para pendidik/guru tempat untuk mereka melepaskan geram dan tuduhan. Aku rasa memang usia UMNO dah sampai hujung betul sudah ni..

Tuesday, October 30, 2012

Koleksi ucapan pemimpin Pakatan Rakyat pada Konvensyen Politik Baru Sabah

Kredit to KinabaluTV


















Berita lanjut boleh rujuk blog member aku ni- blogger Abu Nuha (rujuk disini)



ADUN Sekong (BN) dikatakan punyai gundik PTI?

Kebelakangan ini terlalu banyak isu di Sabah yang perlu rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui. Pada masa yang sama aku dilanda virus malas menulis dan diserang bekteria suka membaca yang menyebabkan blog nie sunyi seketika.

Aku mulakan dengan isu ADUN BN (UMNO) yang bengong sorang ni. Kerana mungkin inginkan perhatian disebabkan PRU13 yang semakin dekat ini, beliau tiba-tiba muncul di Dewan Undangan Negeri Sabah dengan membawa isu yang HAPRAK. Sepatutnya kawasan beliau yang terlalu daif yang perlu dibincangkan di DUN, tetapi sebaliknya beliau membawa isu Ketua Pemuda PAS Sabah pula.


Kesempatan ni juga, aku nak ucap terima kasih banyak kepada YB bodoh sorang ni, kerana beliau terlupa dengan mengangkat isu ini sebenarnya beliau mengiktiraf kehadiran PAS di Sabah yang semakin menggugat dan bakal meranapkan UMNO dan BN. Malah serangan beliau kepada Ketua Pemuda PAS bukan sahaja merugikan beliau dan BN Sabah tetapi ibarat menepuk air di dulang. Ini kerana beliau sendiri tercalit dengan projek IC Projek (rujuk disini)

Selain terpalit dengan IC Projek beliau juga terlibat skandal gundik simpanan. Aku terima messege dari whatapp saudara Lahirul Latigu. Mesege ini beliau foward dari laman Facebook beliau,

"salam pertemuan kembali saudara Lahirul. saya hanya tahu bahawa saudara adalah Ketua dewan pemuda PAS sabah pada tahun lepas. rupanya saudara meneruskan perjuangan saudara sejak dari UUM lagi. kita adalah satu batch sesi 1998-2001(kalau saya tidak tersilap). saya kagum dengan usaha-usaha saudara dalam membangkitkan kesedaran rakyat sabah daripada terus di jajah oleh BN bin UMNO. sejak kebelakangan ini saya nampak saudara sedang diserang oleh puak BN bin UMNO berkaitan dengan status kewarganegaraan saudara dan daripada kenyataan saudara, status kewarganegaraan saudara sememangya tidak perlu diragui dan saudara adalah WARGANEGARA MALAYSIA. sebab itu, saya merasa amat kelakar bila adun sekong Datuk Samsudin Yahya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar supaya tubuhkan RCI untuk menyiasat kewarganegaraan saudara. sekiranya saudara bercadang untuk mengeluarkan kenyataan media(akhbar atau internet) untuk timbal balas kenyataan adun sekong ini, saya sarankan supaya saudara membangkitkan isu GUNDIK Datuk 'S' (samsudin yahya) iaitu Pia Binti Dahlan (670315-12-5012) yang mendapat kewarganegaraan songsang melalui datuk s, Siapakah Pia dan siapakah Dahlan? Pia ialah perempuan Visaya atau orang Sabah panggil 'Tagalog' dari Manila yang memasuki Sabah secara sah sebagai pekerja sosial tetapi gagal memperbaharui pasportnya dan menjadi PATI di Sabah..." (mesege seterusnya terlalu detail pendedahannya sehingga aku pun bimbang nak masukkan ke dalam blog ini)

Namun bagi lebih mengetahui siapa Datuk Samsuddin boleh rujuk disini dan disini.

Hasil dari isu ini, pelbagai pihak telah tampil membela saudara Lahirul Latigu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah bagi membuktikan bahawa beliau adalah anak jati Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah.

Lahirul Latigu merupakan Ikon anak muda Sabah yang berani bangkit menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini menzalimi rakyat Sabah. (gambar: ketika beliau ditahan pihak polis dengan tangannya digari dibelakang seperti penjenayah hanya kerana terlibat dengan BERSIH 2.0)
 

Pada pemerhatian aku, serangan demi serangan terhadap PAS di Sabah kebelakangan ini menunjukkan bahawa PAS Sabah semakin diterima oleh rakyat Sabah bagi menjatuhkan BN pada PRU akan datang.


UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD

UNGGUN BERSIH ITU TELAH DINYALAKAN OLEH AS-SYAHID BAHARUDDIN AHMAD